Friday, December 31, 2010

entry penutup 2010..

Assalamualaikum,
entry penutup untuk tahun 2010....terlalu banyak peristiwa berlaku dalam tahun ni...
bagi aku, 2010 adalah turning point yang sangat mencabar( 2 bulan poket kosong, pertukaran dari swasta ke kerajaan,perpindahan dari kerja di bandar ke kerja di kampung)...next year dah suku abad umur aku...
aku mengharapkan aku menjadi lebih matang dalam semua hal...termasuk hal kerja...
pengalaman kerja 1 1/2 di swasta, banyak membantu aku untuk survive di matrikulasi 'baru' ini....

mungkin kerja di goment yang aku rasakan sekarang...tidak seseronok dan sebebas di swasta..plus pulangan yang tinggi untuk prestasi kerja yang bagus....
cuma mungkin di goment...lebih terjamin...tapi kalo next year, swasta pon ade pencen..keadaan mungkin berbeza..

masa menulis entry ini...sudah genap 10 bulan aku di matrikulasi....dan banyak usaha yang aku cuba lakukan bersama anak2 buah yang bersemangat untuk menstabilkan setiap aspek ict di kolej ni...web,network,pc,maintanance dan macam2 lagi....masih customer xpuas hati..dan memang aku sendiri pon xpuas hati dengan aku sendiri...banyak lagi kelemahan dalam pengurusan yang aku xtahu nak buat...dan aku masih xtahu mana nak cari cikgunya...dan banyak bende lagi yang aku masih xboleh nak ajar anak buah aku buat (semua bab teknikal, dari nak handle desktop client, setup server dan software, commissioning network,dokumentasi dan lain2)...


untuk menyesuaikan diri amat mengambil masa..lebih-lebih lagi tanpa 'guidance'..semua kene cari sendiri..bezenya kerajaan banyak pekeliling kene rujuk tapi aku xtahu nak rujuk mana...tengah mencari...di swasta, tidak banyak sangat....budaya kerja matrikulasi, masih belum dapat diadaptasikan sepenuhnya....aku penuh harapan, semua orang boleh kerja secara professional....kesilapan dijadikan panduan untuk penambahbaikan..sebab naik taraf dari sekolah ke matrikulasi ini..tiada panduan yang jelas...kita perlu bentuk budaya dan cara kerja kita sendiri... 


fokus kerja berbeza...
perbezaan ini mungkin sebab tujuan dua jenis industri ini....

KERAJAAN = perkhidmatan dan kebajikan
SWASTA = perkhidmatan dan keuntungan

di swasta, aku rasa lebih bebas untuk kreatif, asalkan boleh bawa keuntungan kepada syarikat..birokrasi kurang...communication cukup dengan supervisor sahaja...latihan diberikan untuk laksana projek...
di kerajaan,masih boleh kreatif tetapi ada peraturan dan kekangan akta...banyak perkara perlu dirujuk dan banyak xtahu nak rujuk mana, dan kelulusan daripada orang atasan yang berlapis-lapis...latihan perlu minta( jadi kalau xtahu kat mane nak minta,xde la dapatnye)..latihan yang diberikan pun, kalau ada budget..ini pendapat dari kacamata aku dalam situasi sekarang...mungkin xbetul pon...

jadi harapan dihujung tahun ini...biarlah pengalaman mengajar..dan InsyaAllah..aku berusaha untuk jadi lebih tersusun next year...lagi2 kena jadi bos orang(xsanggup rase)

Wallahua'lam..

Wednesday, December 15, 2010

14 Disember

Assalamualaikum,
tiada apa yang istimewa pon mengenai entry kali ni pada tarikh ni..
sekadar bersyukur yang permohonan aku untuk bertukar,
tiada halangan dari BM....tetapi dengan pengganti....
erm...kena buat follow-up..cari pengganti..inform la ek..
kalo ade yang berminat, PTM F41

Thursday, December 02, 2010

Silaturrahim: Perbezaan masa belajar dan masa kerja

Assalamualaikum,
Entry kali ni,hanya untuk renungan..
SILATURRAHIM sesama ISLAM

Sewaktu belajar dahulu, aktif berpersatuan dan berorganisasi..ala professional la....selalu la jgk bertikam lidah, berhaluan kiri dan sebagainya...bergaduh...xsependapat...
itu adat biasa dalam organisasi...
cuma akan baik kembali selepas minta maaf, menangis sama2..kutuk belakang xyah citer la...tapi bukan sentuh hal peribadi
masa buat program...90% dari komuniti bagi komitment..maklumla budak2 lagi dan tidak akan meleret-leret sehingga 2,3 minggu xbertegur...

cuma kali ini, bila sudah bekerja...lain pulak jadinya...perkara yang sama seperti diatas berlaku...sentuh hal tepi kain orang dan  ada yang sampai xnak bertegur sapa sampai berminggu-minggu...professional kah kalo macam ni...

kekadang terfikir...organisasi pelajar lagi professional dalam buat kerja...berbanding organisasi sebenar yang bekerja..

kekadang rasa malu ngan budak..

Wednesday, November 24, 2010

HASRAT

HASRAT,

Diri ini bukan sesiapa,
seorang yang masih belum sempurna agamanya,
dan terlalu kerap turun naik iman nya...
Sesekali terasa malu kepada-NYA lantaran dosa yang menggunung..
Betul...aku manusia biasa..bukan maksum seperti para nabi dan rasul...
ceteknya ilmu di dada...menjadikan diri ni alpa..

Aku bukan seorang yang alim,tapi aku cuba baiki diri...
Insyaallah, asasku kukuh..
aku cuba jaga syariat sedaya mampu..
namun selalu tersasar dek godaan dan cabaran dunia hari ini..
betapa susahnya menjaga hati...
betapa susahnya menjaga pandangan..
betapa susahnya menjaga lisan..
betapa susahnye menjaga pendengaran....

Sebahagian dari agamaku telah kuselesaikan..
dan aku amat bersyukur kepada-NYA kerana mempermudahkan bagi aku...
dan ada sebahagian lagi masih menjadi tanda-tanya...
dan ia menjadi satu HASRAT

Hampir setiap hari aku berdoa-NYA..tidak mengira masa dan tempat...memohon ilham dan memudahkan jalan supaya aku dapat membuat pilihan mengikut jalan mana yang di redhai oleh-NYA...
agar tercapai HASRAT itu...

Kerana HASRAT itu..
terkadang menjauhkan aku daripada-NYA...
munajat ku kepada-NYA kurang...
yang menambahkan titik-titik dosa dalam amalan ku..
Aku malu kepada-NYA...
kerana aku alpa dan lalai..
Padahal aku tahu syariat,hukum dan dalilnya!!!.... 

Usaha masih ku lakukan...dan akan ku  teruskannya....
Namun betapa susahnya ku rasa..
kerana prinsip ku goyah....
untuk mencapai HASRAT...
menyempurnakan agamaku...


P/S: kepada pembaca,mungkin anda tidak faham entry kali ini..dan memang saya tak nak bagi paham pon...sekadar saya nak menulis...coretan untuk diri sendiri..

Thursday, October 28, 2010

Mahar Cinta

Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Monday, October 25, 2010

Sepi Tanpa Cinta dia

Assalamualaikum,

"sepi tanpa cinta"
satu ungkapan yang menggambarkan diri aku sekarang,
Bukan Cinta Allah yang tidak pernah putus....
Tapi cinta manusia...
Hari ini aku mengakui....walaupun Cinta Agung tidak pernah padam sejak azali lagi..
Namun sebagai makhluk, aku tidak boleh terlepas dari perasaan ini...
Sedang kan ADAM sunyi tanpa HAWA...inikan pula aku...

"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui".
(Surah Yaasin 36 : 36)

Dalam adat melayu, lelaki perlu mencari wanita....dan entah bila adat ini akan berubah
Dalam agama, tidak mengapa pihak mana pun yang mula dulu...
tapi semua berpandukan syariat.....

Yang terjadi sekarang...Alhamdulillah..semakin ramai wanita yang solehah...xkurang juga lelaki yang soleh...
namun spesis ini yang agak lambat bertemu jodoh...
Ini pandangan aku sahaja mengenai situasi zaman ini dan tidak tahu sama ada ada orang yang setuju atau tidak..

"lelaki yang baik malu dan tidak yakin untuk menyatakan hasrat, dan wanita yang baik tidak begitu berusaha mencari selain menunggu"...
maaf kalo tersilap....
Tapi aku yakin...setiap orang ada jodohnya...tidak terkecuali juga aku...InsyaAllah..cuma belum sampai waktu...Bersedia kah untuk berumahtangga..InsyaAllah..aku sudah sedia..cuma calon belum ku temui..

Cuma Cinta-NYA yang menjadi pengubat sepi...tiada penghabisan...banyak sungguh nikmat dalam hidup ini yang diberikan-NYA kepada aku walaupun agak awal berbanding orang lain.ALHAMDULILLAH..
Dan DIA ada perancangan-NYA sendiri untuk aku...tapi konsep Qada' dan Qadar itu, masih perlu aku turuti..

Ok, cukup setakat ini sahaja...jarang aku membuat entry seperti ini...Cukup la Allah Sebagai Wakil..

Wallahua'lam

Sunday, October 10, 2010

JIKA AKU JATUH CINTA

YA Allah,
Jika aku jatuh Cinta,
Cintakanlah aku pada seseoarang yang melabuhkan cintanya pada MU,
Agar bertambah kekuatan ku untuk menyintai MU,

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu,

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati MU,

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan MU,

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunjat di sepertiga malam terakhirMU,

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang Menyeru manusia kepadaMU,

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU,
jangan Kau biarkan aku melampaui batas,
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada MU..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday, September 25, 2010

~Sanggupkah Aku Mewakaf Diri Di Jalan-Mu~

Assalamualaikum,

Agak lama tak menjenguk blog ni...
Satu persoalan yang bermain di kepala aku sekarang ni...
sanggupkah aku mewakafkan diri.....
ia memerlukan komitment tinggi dan banyak pengorbanan...
Alhamdulillah..dengan status aku sekarang mungkin aku sudah dikatakan agak stabil berbanding dahulu..
cuma itu la, terasa jauh di dasar hati..aku perlu juga melakukan sesuatu untuk agama walaupun sedkit....
supaya aku akan ada matlamat dan tujuan yang tidak sia-sia...
dan aku perlu bersedia untuk menghadapi apa jua halangan nanti...

setakat ini..yang bermain di kepala aku..sekiranya aku sangggup..adalah Ummi..

Tapi apa-apa pun....aku rasa aku perlu juga melakukan sesuatu bagi tidak mengsia-siakan hidup aku..selama aku perlu berkhidmat di sini..yang entah untuk berapa lama..
Ya Allah....beri kanlah aku petunjuk dan pilihan yang terbaik dalam menjawab kegusaran ini..

Wallahua'lam

Tuesday, September 14, 2010

Takbir Kemenangan

Assalamualaikum wbt...
Agak lambat juga update blog ni sempena syawal tahun ini.....apa-apa pun selamat menyambut aidilfitri, satu kemenangan untuk umat islam....
 
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah
Allah Maha Besar dan Maha Agung dan segala puji bagi Allah
.
Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Tiada Tuhan melainkan Allah
Dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walau orang-orang kafir membenci
Tidak ada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya, dan Dia menolong akan hambaNya
Dan Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya
Tiada Tuhan melainkan Allah
.
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Dan bagiNya segala puji.

Friday, September 03, 2010

'Ibadur Rahman( Hamba Allah )

Assalamualaikum wbt,

ketika berkesempatan balik ke kampung pada cuti Nuzul Quran yang lalu,penulis sempat menghadiri Iftar di Masjid Abu-Bakar,Kg Kadok Dalam.
Sebelum berbuka, penulis berkesempatan mengikuti kuliah sebelum berbuka di masjid berkenaan, yang membicarakan tajuk 'Ibadur Rahman atau Hamba Allah..
Disini dikongsikan terjemahan ayat 63 hingga 77, Surah Al-Furqan yang menerangkan 12 ciri-ciri 'Ibadur Rahman:

63.Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman ( yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan-santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab,hadapkan kata-kata kepada mereka, meraka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

64.Dan mereka ( yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan meraka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

65.Dan juga meraka yang berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhan kami sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami,sesungguhnya azab seksanya itu amat mengerikan.

66."Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";

67.Dan juga mereka (yang diredahi Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

68.Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak( yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

69.Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,-

70.Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik,maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

71. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh,maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

72. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang ) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

73.Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka,tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

74.Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang ( mahu) bertaqwa.

75.Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.

76.Meraka kekal di dalam Syurga itu;amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

77.Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau kamu tidak adanya doa ibadat kamu kepada-Nya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telah pun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu);dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab ( disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

Itu terjemahan dalam bahasa Melayu...Semoga kita dapat memahami maksud dan ciri-ciri 'Ibadur Rahaman kerana telah jelas maksud ayat-ayat ini...dan semoga boleh kita jadikan renungan dan mengaplikasikan ciri-ciri ini dalam diri kita sendiri( pesanan untuk penulis juga)..

Wallahua'lam.

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka ~Adakah Kita Benar-benar Merdeka?~

Assalamualaikum..
Selamat Hari Merdeka untuk seluruh rakyat malaysia.....atau khususnya  rakyat Semenanjung sahaja bak kata kawan lama masa kerja di swasta dulu..sebab Hari Merdeka hanya melibatkan Tanah Melayu ( termasuk Singapura ) dan bukan termasuk Sabah & Sarawak kalo 31 Ogos 1957 ...Kalo Selamat Hari Malaysia...baru betul  kerana pada 16 September 1963(itu dah termasuk Sabah dan Sarawak.. ), baru la wujud Malaysia dan Hilang la perkataan Melayu di peta dunia....jadi kata-kata Hang Tuah yang diwar-warkan mungkin tak tepat...yang tinggal kat Malaysia ni satu jer yang ade lagi...KTMB (Keretapi Tanah Melayu BERHAD)..tapi tu syarikat,bukan tanah milik Melayu..ok cukup takat ni...bukan nak bela Melayu pon,semua bangsa adalah ciptaan Allah..dan bersebab...

Allah berfirman :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujuraat 49:13)


Persoalannya..
Adakah kita betul-betul merdeka??? Atas kertas, secara hitam putih..InsyaAllah mungkin sudah....tapi secara rohani dan kehidupan kita, mungkin kita tidak akan merdeka selama-lamanya....dan tak mungkin penulis pun dapat merubah satu dunia untuk memerdekakan diri..

Betul..kita Hamba...tetapi hamba Allah yang merdeka....
Tetapi penjajahan dalam hidup kita oleh "sekutu" Iblis dan Syaitan,  tak mungkin akan berakhir dengan mudah...bukan agama-agama di dunia ini yang dimaksudkan( sebab kebayakan kata sembah Tuhan dan Syaitan itu adalah watak jahat, Black Metal je kot terbalik)...tetapi gerakan yang bertopengkan agama yang keji itu la sebenarnya.

Dari mula terbentuknya janin dalam kandungan hingga la kita kembali kepada-Nya...sebenarnya kita tidak pernah bebas dari cengkaman sekutu Iblis (Azazil) ini...sehinggalah betul hampir sangat Hari Kiamat..

Renung-renung kan..

Apa-apa pun Selamat Hari Merdeka..

Wallahua'lam.

Tuesday, August 17, 2010

HIDUP SETIAP HARI DI MATRIK JENGKA DI BULAN PUASA

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit perharian aku sebagai PTM kat Jengka ni masa bulan puasa ni..

bangun sahur pkl 4@5,air sejuk saja-->solat subuh(kat surau kalau xterlajak)-->baca Quran kejap-->iron baju-->bersiap ke ofis--->masuk opis(pikir ape nak buat arini)-->check email-->tepon kontraktor--->tepon PTM lain(tanye care)--->tanya jurteknik(kalo ade masalah,soklan pertama"ko kat ne ek?,nak mintak tolong...bla..bla..bla"--->jawab call staff2 yag ade kemuskilan ICT--->pikir macam mana nak bayar hutang ICT--->semak duit cukup ke x--->tengok aduan--->call vendor tanye harga--->jumpe pengarah(kalo perlu)--->minta tolong pegawai khidmat pelanggan call sape2 yang berkaitan--->solat zohor(kalau terrajin ke surau)--->sambung balik hal2 td--->abis keje--->balik umah(solat asar)---> beli makanan--->azan magrib(buka puasa)--->solat magrib(kalau sempat pegi surau)--->ready untuk solat isyak dan terawih---->balik terawih,ngaji kejap--->,buka laptop..masuk facebook,chatting---> call adik,ummi atau sedara tanye kabar--->tgh malam,update server(mane2 server yang perlu patch)-->cari maklumat hal2 ict--->rancang sikit bende nak buat esok---> pkl 2 tido...--->mula balik dari awal....



~BOsAn KAn HiDup AkU~!

Apa-apa pun aku masih bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan di dunia ni sebagai hamba-Nya di bulan yang penuh kerahmatan ni...Terima Kasih Allah..

oo..lupa...update blog bila rase bosan sangat di tgh2 malam...
Wallahua'lam

Monday, August 16, 2010

Terima Kasih Tuhan

Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

a a a a a....

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rahmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

By~Mawaddah

PS: Pada tarikh ni ,dah cukup 3 tahun aku berblogging, cepat betul masa ek..

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum,
selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia...
semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..Insyaallah...
Dan syukurla kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk beribadah dengan tenang di bulan ini..Terima kasih Allah..Terima Kasih Allah...
Insyaallah...

Friday, August 06, 2010

::Serabut kepala::Internet di Kolej::

Assalamualaikum,

Cuma nak kongsi sket keserabutan di kepala aku sekarang....

KPMNet - lebih sesuai jadikan "intra network" macam network tentera sahaja....aksess untuk buat kerja sahaja...bab tu tersangat puas hati..laju..tapi bila nak browse internet....processing filtering jadi lebih penting dari "kebebasan bersuara".
Jadi macam mana nak buat R&D untuk inisiatif Open-Source yang kebanyakkannya ditulis dalam forum,blog,social networking dan nak download bahan2 (source-code,software) yang sekarang banyak di letakkan dalam sharing server(eg Rapidshare,4Share..etc)..?

Wireless- not stable, bilangan AP xcukup dan reka bentuk bangunan banyak sebabkan signal fluctuate....signal xleh nak properly propagate dalam bentuk radius.Jadi bebudak sekalian, harap sabar la menanti ek,aku akan pikirkan cara nak bagi semua boleh guna wireless kat kolej ni.

tu je kot..

Wassalam

Friday, July 30, 2010

Pindah Rumah

assalamualaikum,
bermula minggu depan, aku akan berpindah ke rumah baru...duduk dalam kolej je lepas ni....atas saranan ummi aku..aku relakan la..gaji aku dipotong total RM 300...rase2nye...akan akan abis lebey kurang je jugak kalo dibandingkan dengan duduk di luar...mungkin ni mase terbaik untuk duduk dalam..sebab dah nak puasabualn 8 ni...boleh la berjimat(harap2)...

k.la..tu je kot update hujung bulan Julai ni...
harap2 aku boleh beramal dengan sebaiknya..sebab surau pon depan rumah je...Insyaallah..doakan ek..
wassalam..

Wednesday, July 07, 2010

Bersediakah aku?

Assalamualaikum,

Bersediakah aku?...ada satu niat yang fitrah berlegar di hati ku sejak akhir-akhir ini...Cuma bersediakah aku???
Hanya Tuhan yang Tahu....Wallahu'alam...

Wednesday, June 16, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA

Assalamualaikum,

cuti-cuti malaysia, tu gelaran yang adik bongsu aku cakap...
maklumla..die lah yang xpernah  jalan mane2 sebelum ni....adik beradik lain pernah jugak sebelum arwah ayah ku tiada...

sebenarnya bukan niat asal nak bercuti, cuma pergi melawat adik ke-3 aku di Nilai,Negeri Sembilan...
tapi sebab pergi awal,3 ari jadi,..kira macam bercuti jugak la...

aku bawak family ke Port Dickson,Melaka,KL(KLCC dan KL tower)...kira ok jgk la untuk adik bongsu aku tu...jalan2 semasa cuti sekolah...gambar2 dan video agak bayak..tapi aku xambil plak dr adik lelaki aku...so xleh upload la kat sini....huhu

aku sangat gembira......

kalo boleh nak cuti panjang lagi..tapi kene balik jugak bertugas....

Cukupla kot takat ni menulis..salam

Saturday, June 12, 2010

Menganiaya Diri Sendiri

Firman Allah dalam surah Az-Zukhruf (43:76) yang bermaksud;

"Dan tidaklah Kami menganiaya mereka,akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri".

satu ayat dari terjemahan Al-Quran...yang membawa aku menulis entry ini...
memang banyak sangat perkara yang aku lakukan, sebenarnya menganiaya diri sendiri,
semua membawa mudarat...biarpun mengetahui perkara itu memang salah tapi buat juga...

kerana memang sifat manusia yang lemah,tidak boleh lari dari membuat pertimbangan yang salah.
Ya Allah, berilah aku peluang dan ilham untuk memperbetulkan keadaan..
Perkara yang lepas, biarkan berlalu...cuma harapan aku,mana-mana hati seseorng yang tidak sengaja aku sakiti...memaafkan aku......aku ini seorang yang bodoh pasal jiwa manusia..

Bersalah dengan Allah,Allah Maha Pengampun...tapi kalau bersalah dengan manusia???
Walaupun maaf dipinta..tapi dihati tetap ada luka...

Friday, May 28, 2010

Masa Lalu..Kekadang Aku Rindu dan Pilu

Assalamualaikum,
agak lama aku xmenulis...bukan xmahu..tapi xathu apa nak tulis dan sangat sibuk...
aku pon kerap lalai...
Bila hujung2 minggu, aku selalu lepak di ofis sahaja,buat kerja...kalo ikutkan..keje xpernah abis..
tp aku suka kerja aku...
tetapi hakikatnya..aku kesunyian










seorang demi-demi seorang member2 mendirikan rumahtangga...dan aku xsempat nk attend pon....sibuk dengan kerja dan uruskan hal keluarga..

baru seminggu lepas aku ke Nilai, hantar adik aku sambung belajar di Tahmidi USIM....dan sekarang tinggal ummi dan adik bongsu aku sahaja di rumah..

bertambah risau la aku..takut peristiwa lepas berulang lagi....harapkan bapa sedara pon...xguna.....bagi aku die dah aku xanggap seorang manusia yang baik dah..xbertanggungjawab...

dah memang takdir aku kot...sentiasa jauh dari keluarga...semakin aku usaha untk kembali ke kg...semakin jauh aku dibawa nasib...ntah bila akan berubah...aku macam putus harap untuk berdoa...

sekali sekala teringat masa sekolah menengah dulu,masa matrik.masa di UiTM, semua member2 ok je..masing2 ade geng..tapi aku???persoalan juga bagi aku....

aku xboleh jadi kawan yang baik kot...xde pon yang kamceng abis..natah bila aku boleh jumpe balik semula semua orng yang aku anggap kawan...

sekarang aku di pahang....jengka lagi...tengah2 antara sebelah barat dan sebelah timur...keadaan yang serba salah...sama jauh...kawan di sebelah barat pon xdpt jumpe...dan kawan sebelah timur pon xjumpa jgk....berada di jengka, hari2 jumpe babi dan kera je di tepi jalan.

keadaan sekarang betul2 mebuatkan aku sunyi bila xde kerja...

Masa Lalu..Kekadang Aku Rindu dan Pilu

Monday, April 12, 2010

Hilang Arah


Assalamualaikum wbt..

Agak lama aku tak update blog ni...sebab terlampau sibuk...
suasana ditempat kerja baru ni...perlu sesuaikan diri dengan cepat..

Aku jadi hilang arah..kepada Ilahi pon xmenentu jiwa..aku terasa alpa..
keegoan aku terserlah kembali..hati aku lalai..akhirnya..hari ini aku tersedar..Syukur pada-Mu ya Allah..Kau masih menyayangi ku..


Dosa lampau menggamit kembali..sebulan lamanya..Alhamdulillah..aku kembali ke pangkal jalan...sebulan lalu waktu dimana aku sangat kritikal...keimanan,kewangan,keluarga,tugas..semua teruji...semua bersimpang-siur minta ditunaikan. aku betul2 hilang arah...tidak tahu mana satu nk mula atau selesaikan..

Mesti xde sapae pon pon paham post ni kan,xpe aku je tahu..apa2 pon,
Doakan aku selamat menempuhi segala yang mendatang..Amin

Monday, March 22, 2010

Pengajian Tinggi

Assalamualaikum,

Sekarang musim sibuk dengan kemasukan ke institusi pengajian tinggi..banyak pilihan..adik sendiri xterlepas jugak ...harap die dapat apa yang die cita-citakan..

Minggu lepas aku cuti dua hari, isnin dan selasa...balik kg..semata-mata nak bincang pasal hal ni dengan adik aku dan ummi aku....memikirkan baik-buruk setiap pilihan tu..selebihnya terserah pada dia untuk memilih...

sepupu-sepupu yang sama SPM dengan adik aku pon turut datang ke rumah.....isi borang...bebincang juagak..tu yang xsempat balik ari isnin...terpaksalah minta 1 hari lg cuti..semua bende sekarang online...ada baik dan buruk nye...tapi..lebih senang dan jimat la...realibilitinya..Wallahua'lam..

tengok la macam mana rezeki diorang nanti..yang pasti,aku doakan yang terbaik buat mereka..jangan jadi "trial" macam aku..haru hidup..huhu

Monday, March 08, 2010

Tempat Baru,Pengalaman Baru,Dunia Baru

Assalamualaikum,
agak lama xupdate blog nie...
semuanya sebab agak sibuk..

2 minggu lepas sibuk siapkan handover document kat globeOSS (company lame).
seminggu lepas, sibuk berpindah dan mencari maklumat pasal kerja baru ni..

oh ya...aku sekarang bertugas sebagai kakitangan kerajaan..dah keluar dari sektor swasta...Syukur Alhamdulillah...dapat juga kerja kerajaan...tapi banyak jugak la baik buruk nye...gaji aku mula basic balik..(sengket abis la.huhu)..dan satu lagi,ditempatkan di kementerian pelajaran,bahagian matrikulasi...Jengka...isk3...

pengalaman baru dan amat berbeza dengan sektor swasta...lebih kepada pengurusan(bayak borng die..adoi)dan kurang teknikal(critical)...virus tu biasa la...tapi yang menariknye...kat sini akan menggunakan UBUNTU sepenuhnya menjelang 2011...

lupa pulak nak bagitau, aku di tempatkan di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang..lokasi Jengka Pusat..sebalah UiTM Jengka..asalnya ingatkan balik ke Matrix Gambang...rupenya lagi jauh ke dalam..huhu

ok la...cukup la setakat tu...

Assalamualaikum..

Wallahua'lam

Thursday, February 18, 2010

Kekasih Ku



 

Nak cerita sikit  tentang KEKASIH saya?(Saya taip huruf besar tu sebab saya terlampau sayang kat DIA) penyayang sifatNya....Betul ni, tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa saya susah, minta tolong sajalah pada DIA. Tentu akan datang bantuan. Bila saya susah hati, boleh terus ngadu kat DIA.-direct. Yang bestnya tu, bila saya ngadu kat DIA, terasa aman saja. Segala resah gelisah hilang. Sudah tentulah....KEKASIH, kan? Ish beruntung betul dapat KEKASIH cam nie...Tak pernah sakitkan hati saya. Bila-bila masa aja saya boleh contact DIA. DIA available 24 jam..Kadang-kadang saya menangis bila contact DIA. Hanya DIA la yang boleh memberikan saya ketenangan...

Yang seronok tu, sebab betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye le, cinta punya pasalkan? DIA tak kisah pun kalau saya tak ingat kat DIA. DIA tetap setia bersama saya. Tapi rugilah saya, sebab kalau saya ingat dan contact je DIA, pasti macam-macam boleh dapat. Tak kiralah, material ke spiritual ke...kadang-kadang DIA lindungi saya setiap kali saya ingat DIA. emmm memang KEKASIH sejati le tu!

Bila saya rindu kat DIA, baca saja surat-surat yang DIA bagi tu. Hati saya yang resah pun boleh sembuh balik…Macam-macam nasihat ada dalam tue. Siap bagi example nak bagi saya faham. Sebab DIA sayangkan saya, DIA ada bagitau cara hidup yang paling DIA suka. Sebelum ni pernah gak saya frust, memang sedih betul pada masa tu. Ye le, cinta bagai nak rak tiba-tiba putus begitu aje. Tapi KEKASIH saya yang ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita saya yang frust tu. Siap bagi semangat lagi.DIA tak cemburu sikit pun. Cuma saya yang cemburu dengan DIA.

Memang ramai yang jatuh cinta dengan DIA, jadi saya kenalah betul-betul. Kata org putih...what you give, you get back...jadi, kalau saya berusaha lebih sikit saya dapat lebih le,kan? Bertuahnya saya rasa kalau saya mendapat tempat yang special dalam hatiNya. 
KEKASIH saya ni teramat baik. Perfect! Tu yang kadang-kadang area 3-4 pagi di tengah malam, kalau saya terjaga, sudah tentu saya akan contact DIA. Rindulah!. Masa tue takkan ada orang gangu kami berbual. Tenang je rasa bila ‘berbual-bual’ denganNya. Saya luahkan segala yang saya mahu. Saya mintak maaf kerana selalu abaikan DIA dan kadang-kadang tak dengar larangan dan pesanan DIA. DIA memang selalu ada untuk saya. DIA cuma tunggu saya berjumpa DIA jer.. Sayangnya kat DIA.

Sebenarnya KEKASIH saya ni kaya.millionaire..billionaire.dan ntah apa-apa naire lagi.. DIA tu sangat pemurah. Semua keperluan hidup saya DIA support.caya tak? Free of charge. Masa saya mula-mula hidup kat dunia ni lagi, DIA dah support saya. Tapi saya tak sedap hatilah..mesti kena hargai apa yang DIA bagi tu,kan?? Mak saya kata, kalau orang dah bagi tu, ambil aje walau kita suka atau tak suka. Lepas tu, pandai-pandailah membalas budi..Tu yang buat saya sanggup berkorban apa saja. Saya cuba sedaya upaya membalas segal budi baik DIA.

DIA memang suruh saya belajar bersungguh-sungguh. Kalau boleh belajar segala ilmu. Sebab, KEKASIH saya ni memang bijak, pandai, genius dan lain-lain. DIA kata, tanpa ilmu setiap amal yang saya buat jadi sia-sia saja. DIA pun tambah sayang kat saya kalau saya rajin belajar.

Malu le nak cakap ni, sebenarnya emmmmm,.saya belum pernah jumpa dengan DIA. Belum bersedia laa. Tapi KEKASIH saya ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari le saya ni. Tapi kecut perut jugak!

Saya mesti bersedia awal-awal. Daripada surat DIA yang ada tu, saya tahu apa yang DIA suka dan apa yang DIA tak suka. Mestilah saya nak buat apa yang DIA suka, jadi bertambah-tambah sayang le DIA kat saya, kan? Takpelah, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji dengan sesiapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang tak pernah saya terfikir pun! Ish!! Rindu  sangat dah ni!!

KEKASIHKU. SAYA BERJANJI, SAYA AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI. WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA SAYA TETAP BAHAGIA.. ITULAH KEKASIHKU. ALLAH S.W.T. CINTA TERAGUNGKU!!!

Friday, February 12, 2010

Kaitan Qada' dan Qadar Dalam Kehidupan

Assalamualaikum wbt...

Ramai yang tidak faham rukun iman yang ke-6 ni, apa sebenarnya kalau ia dikaitkan dengan kehidupan kita...
Antara 5 lagi rukun iman, ini lah yang paling berkait rapat dengan kita...sebagai hamba Allah..
Ia banyak melibatkan aqidah sebenarnya...iaitu kepercayaan...
Kebanyakkan orng hanya paham Qada' dan Qadar itu sesuatu yang tersurat di Luh Mahfuz lagi...dan tidak akan berubah...senang citer nye selalu je cakap "dah qada' dan qadar macam tu, nak buat macam mana lagi?"..

Sebenarnya konsep yang difahami ini tidak tepat...penerangan secara ringkas oleh ustaz di link dibawah:
(ikuti commentnya sekali,mungkin sesetengah persoalan anda akan terjawab)

Links:
http://buluh.iluvislam.com/?p=30

Rezeki,Jodoh,Maut dan..semuanya adalah dalam pengetahuan Allah....tetapi kita diberi PILIHAN untuk berusaha kearah yang lebih baik...

Kalau secara logiknya, kenapa kita dikurniakan AKAL, ANGGOTA, KEBIJAKSANAAN...untuk kita menjalani kehidupan seharian kita?mesti ada gunanya..

Kita juga disarankan berusaha berikhtiar seperti mana yang disaran dalam Surah As-Syams:

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya).Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambahtambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
( Surah Asy-Syams 91:8-10)

Setiap perbuatan kita,pilihan kita ada baik dan buruknya..bergantung la pilihan mana yang kita mahu..dan setiap pilihan ada ketentuannya( maksud header blog ini).


Seperti kata ustaz dalam link diatas, jarang ulama' yang akan membahaskan atau memperincikan hal Qada' dan Qadar ini tanpa keperluan....sebab ia melibatkan aqidah (rosak aqidah rosak iman)..jadi cukup la setakat ini untuk saya jelaskan..

Wallahua'lam

Sunday, January 31, 2010

Terima Kasih Allah-Best Birthday Ever

Allah berfirman: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Ath-Thalaaq 65:2-3)

Alhamdulillah....

ayat(terjemahan)diatas sebenarnya Ayat seribu Dinar...
Sememangnya kena dengan situasi aku sekarang...best birthday ever( ceh...pengumuman tu!!)

p/s:Jadi selalula baca ek..ayat tu.

Team buildng company di Port Dickson 30hb & 31hb...sambut birthday disana...main sukan air (jetsky...banana boat..kayak...berenang) yang sememangnya dah lama teringin.......lebih menggembirakan..Surat JPA plk sampai di kg suh lapor diri hujung Feb ni.....penantian lebih setahun..akhirnya terjawab..

Satu Pakej Lengkap...Alhamdulillah...
Masa aku taip entry ni...tengah siapkan resign letter kepada bos aku...sedey la pulak rs...lebih2 lagi lepas "vacation" ni...bukan xseronok keje kat sini....cume sape xnak keje kerajaan kan?

Ade hikmah disebalik kejadian ini...dan aku harap@doakan biarlah ia satu ketentuan yang terbaik untuk aku...

Hidup mesti diteruskan....
Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang ucap selamat hari jadi kepada aku....

Satu pemberian yang bermakna dari-Nya untuk aku diusia ini...berkat doa semua orang..Terima Kasih

Alhamdulillah..

Wednesday, January 20, 2010

Syukur



“Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia,maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya?”
-(Faatir 35:3)-

Assalamualaikum wbt.

Aku sengaja masukkan entry kali ni..bukan sebab ape…sebab aku baru terasa betapa beruntungnya aku dengan semua nikmat yang telah Tuhan berikan kepada aku…banyak perkara yang aku dapat lebih awal dari mereka yang seusia dengan aku..Alhamdulillah

Bukan semua yang aku hajatkan dapat seperti mana yang aku mahukan..tapi setelah aku fikir-fikirkan….sebenarnya semua permintaan aku kepada-Nya..sebenarnya dimakbulkan..walaupun secara tidak langsung.

Alhamdulillah….

Bukan aku tidak sedar semua nikmat ini, cuma baru saat ini baru aku terfikir …setelah aku termenung memikirkan setiap peristiwa dalam hidup aku bermula dari saat aku baligh hingga sekarang.. sememangnya Tuhan memakbulkan semua permintaan hambanya ini..

Cuma saranan aku yang xseberapa ini kepada semua teman-teman,y ang paling penting, sentiasa berkomunikasi dengan Allah, atau dengan kata lain sentiasa berdoa@berserah kepada-Nya dalam semua hal…bukan sekadar selepas sembahyang sahaja…setiap masa yang mampu..tidak perlu di lidah…sekadar monolog dalam hati pun tidak mengapa…dan istiqamah…Tuhan itu Maha Memahami….

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"-(Mukmin 40:60)-

Wallahua’lam



Sunday, January 17, 2010

Redha

Assalamualaikum,

tajuk yang ringkas sahaja..tapi itulah hakikatnya..kita seharian...sedar atau tidak kita kena redha..

Kadang-kadang semua yang berlaku didalam hidup kita, bukan lah perkara yang kita ingin kan ia berlaku...semua adalah Qada' dan Qadar.....

tapi kita perlu sedar satu perkara..

Kekadang Kita Hanya Perlu Akur dan Redha Dengan Ketentuan-Nya yang diluar Keupayaan yang telah diberikan-Nya Kepada Kita, walaupun Sedih Dan Tersiksa,Sukar diterima pada awalnya ,Setiap Kejadian itu ada Hikmah Dan Iktibar Yang Ingin Disampaikan-Nya Kepada Kita...Kita Bukan Wali-wali Yang Suci Atau Nabi Yang Maksum Yang menerima Ilham Dan Wahyu, Jadi Melalui Cara iniLah Kita diberi Pengajaran dan Iktibar...Redha adalah Paling Utama..

seperti kata Dr Mohd Asri dalam blognye: Kemanisan Dalam Ujian

Peringatan buat diri sendiri juga...

Setiap pilihan ada ketentuannya...

Wallahua'lam..

Thursday, January 07, 2010

Tawar Hati

Assalamualaikum,

tajuk yang sedih,bagi aku la.....Arini ari ke 4 keje....aku dah mula tawar hati .....bukan citer pasal bende lain...KERJA...
aku dah mula tawar hati nk kerja kat company ni....bukan sebab ape...dalam mase 2 bulan ni..aku dah tertinggal
banyak bende...banyak xtahu....technology baru..xsempat nk kejar...rs macam malas dah kerja dalam telco industri....24-7 standby..declare je kerja office..tp hakikatnye x pon..

DoaKan Aku dapat kerja Lain ek....

Wassalam

Wednesday, January 06, 2010

Mukaddimah 1431 Hijrah(2010)

Assalamualaikum,
Pada saat menulis entry ni, sudah 2 minggu kembali ke tanah air lepas menunaikan ibadat haji bersama Ummi...
terasa macam cepat sangat masa berlalu..kalau boleh nak berada lama lagi di sana....sangat-sangat tenang..
tiada la tempat yang paling tenang kat dunia ni setakat ni yang aku rasa setenang di sana,terutama semasa berada di Madinah...
oh ya...nak bercerita pasal perkara di sana, Ummi cakapxpayah tulis la dalam blog...kalo orang nk tau sahaja, baru cerita...jd minta maaf..tapi video dan gambar2 ada..huhu

hari ni dah masuk hari ke-3 kerja..dan sememangnya sangat sibuk..tiada orang pon di pejabat...aku pon xberada di pejabat...sekarang fasa "switch over" untuk project tu...jadi kene kerja time pkl 1 pagi la...baru xganggu sangat "public"..

ok la, cukup la itu sebagai mukkaddimah untuk tahun ni...kepada pengunjung2 blog,doakan aku supaya terus berjaya dalam apa jua aku lakukan...untuk ke Fasa hidup aku yang seterusnya..Aminn..

Wassalam