Monday, May 13, 2013

After 4 month...sinar baru bermula lagi


 

Assalamualaikum w.b.t


Rasanya kalau rumah dah bersawang..tapi nasib baik la blog je..

Sebenarnya, selama 4 bulan ni, terlalu banyak yang berlaku...sinar baru bermula lagi..


Adik lelaki aku yang selalu ada di kampong, dah kene ke Sarawak ( JQAF di sana),
Adik perempuan aku dah abis belajar dari IPG Batu Rakit tu(aku masih xleh ingat nama betul ipg tu), tunggu posting..dan aku pula, dah capai satu matlamat.

Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakkal,
aku dah dapat bertukar jabatan yang dekat sikit la dengan kampung, dengan kata lain boleh berulang(tapi 120 km juga pergi balik setiap hari)...Ini merupakan satu pengorbanan aku, khas untuk kebajikan keluarga, terutama buat Ummi.Ceria dah sikit hidup dia.

Selama 3 tahun 1 bulan di jabatan lama, banyak kenangan dan pengalaman yang aku lalui,terasa amat la sayang nak tinggalkan...tapi rasanya cukup la bakti yang aku lakukan disana, anak-anak buah dah boleh berdikari untuk meneruskan tugas.....apa-apa pun family first kan....

Aku masih dalam proses menyusun cara hidup baru di kampung buat masa ini, tanggungjawab sosial sudah boleh nak dilakukan dengan sebaik mungkin....menjaga silaturrahim sanak-saudara..hubungan dengan orang-orang kampong..dan lain-lain

Lupa nak bagitahu, aku mula berada di kampong dari bulan Mac lagi, tapi bulan April baru dapat bertugas di tempat sekarang...aku masih mengharapkan aku boleh kembali ke sistem matrikulasi, sama seperti di jabatan lama, cuma lokasi nya lebih dekat iaitu, pasir puteh ( 20 km je)..tapi itupun sekiranya memang khidmat aku diperlukan la..

Alhamdulillah, bila berada di kampong, kesempatan bersama keluarga walaupun waktu malam je setiap hari, kecuali hujung minggu, dapat aku manfaatkan sepenuhnya..banyak sebenarnya yang nak dilakukan, tapi masa yang tidak berapa mengizinkan..sebab keluar rumah selepas subuh, sampai balik sebelum magrib...ntah untuk berapa lama la kali ini( tempat dulu 3 tahun), tapi perancangan Tuhan adalah yang terbaik..

Buat masa ini, aku di jabatan baru, masih mencari rentak untuk bekerja..8 Mei lepas, cukup sebulan aku kat sini...tiada sebarang sentuhan yang boleh aku lakukan lagi untuk membantu agensi ni buat masa ini...cuma yang aku nampak, hal pengurusan masih jauh ketinggalan dari jabatan dulu...bukan nak mengata, tapi itu la kot yang akan menjadi fokus aku untuk berkerja di sini...bab-bab teknikal, hanya perlu sedikit tunning je..

Dari segi sistem-sistem ICT, nampaknya penyandang dulu, dah banyak betulkan( berbanding tempat lain yang masih haru-biru)..jadi aku boleh maintain je la...cuma yang aku boleh buat adalah struktur balik je sedikit nanti...

Ok la, cukup la setakat ini, kalau banyak lagi, akan asyik mengulang point yang sama.Aku amat mengharapkan, bagi yang membaca entry ni, doakan kesejahteraan aku di sini, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, diberikan kelapangan masa dan dijauhkan dari segala musibah...

Wallahua'alam..


Sunday, January 13, 2013

Merancang dan Bertindak

Assalamualaikum wbt,

Entry terakhir pada tahun 2012 adalah 23 Disember 2012.Ini pula adalah entry pertama di 2013.
Permulaan tahun baru biasanya ramai yang berazam macam-macam,yang pasti aku hanya ingin meneruskan segala perancangan dari akhil baligh dapat dilaksanakan sebaik mungkin,InsyaAllah.
 
Bercerita mengenai perancangan, tahun ini merupakan satu "turning point" buat kali ke 3 dalam hidup setakat ini.2,3 perkara yang dah di"hold"kan selama 3 tahun ini, perlu dilaksanakan dengan sedaya upaya.Ada perancangan masa pendek dan masa panjang, tapi semua itu tidak akan berlalu sekiranya tiada 'action'.

Perlu bertindak mengikut Sunnatullah dan Syariatullah.Secara umumnya supaya Tidak Rugi di Dunia, dan Tidak Rugi di Akhirat...Husnul Khatimah.

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan ); dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan ) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya", 
( Surah Al-Ankabut 29:69)  

Tidak banyak yang boleh di coretkan kerana semua perkara ini, adalah terlalu peribadi.
Doakan aku untuk terus berusaha dan berjuang.

Wassalam.