Sunday, January 13, 2013

Merancang dan Bertindak

Assalamualaikum wbt,

Entry terakhir pada tahun 2012 adalah 23 Disember 2012.Ini pula adalah entry pertama di 2013.
Permulaan tahun baru biasanya ramai yang berazam macam-macam,yang pasti aku hanya ingin meneruskan segala perancangan dari akhil baligh dapat dilaksanakan sebaik mungkin,InsyaAllah.
 
Bercerita mengenai perancangan, tahun ini merupakan satu "turning point" buat kali ke 3 dalam hidup setakat ini.2,3 perkara yang dah di"hold"kan selama 3 tahun ini, perlu dilaksanakan dengan sedaya upaya.Ada perancangan masa pendek dan masa panjang, tapi semua itu tidak akan berlalu sekiranya tiada 'action'.

Perlu bertindak mengikut Sunnatullah dan Syariatullah.Secara umumnya supaya Tidak Rugi di Dunia, dan Tidak Rugi di Akhirat...Husnul Khatimah.

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan ); dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan ) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya", 
( Surah Al-Ankabut 29:69)  

Tidak banyak yang boleh di coretkan kerana semua perkara ini, adalah terlalu peribadi.
Doakan aku untuk terus berusaha dan berjuang.

Wassalam.