Friday, June 26, 2009

Terima Kasih Allah

Pertama sekali,
Kebelakangan ni terlalu banyak bende yang aku fikirkan...dan tiada penyelesaian untuk setiap persoalan itu...

bahagian ini, terima kasih Allah kerana menemukan aku jawapan yang aku boleh terima untuk setiap persoalan itu..terima kasih Allah...
dan juga kepada terima kasih En.Fuad melalui blog beliau http://www.fuadlatip.com/v1/

Yang penting adalah komunikasilah dengan Allah....kita memiliki tahap keimanan yang berbeza..tapi adalah amat mudah untuk kita berkomunikasi dengan Allah sebenarnya...daripada "bercakap dengan diri sendiri" atau "termenung"...cuba tukarkan dengan mengadu kepada Allah...luahkan apa yang kita fikir,apa yang kita rasa,apa yang kita tidak suka, apa yang kita tidak mahu dan sebagainya...Allah itu Maha Mengetahui segalanya...

Dan percayalah, Allah akan menjawabnya melalui gerak hati,ketenangan jiwa dan idea ke dalam diri kita...

Mohon la selalu dengan menyatakan seperti doa istikharah( dalam post sebelum ini).

Sewaktu menulis entry ni, hari ini adalah hari jumaat pertama bulan Rejab....bulan yang sangat sesuai untuk mendekatkan diri kepada Allah...

Mungkin untuk banyakkan ibadat,selawat dan amal ibadat lain..amat sukar..lebih-lebih lagi bila kita jarang buat..(ingatan buat diri sendiri juga..huhu)..tapi mulakanlah dengan sentiasa mengucapkan "TERIMA KASIH ALLAH" dalam setiap perkara yang kita dapat..contohnya lampu jadi hijau bila kita hampir ke traffic light...Insyaallah..dengan izinnya...kita akan dapat rasakan betapa dekatnya Allah dengan kita dan betapa banyaknya nikmat yang dikurniakan kepada kita..

sewaktu menulis entry ni, saya baru lepas balik dari menunaikan solat jumaat...Alhamdullillah..
tenang kembali terasa..sewaktu bangun dari tidur pagi tadi begitu "serabut"nya fikiran ni..(xtahu la ape yg lekat kt dalam otak ni,tapi yang pasti pasal perasaan la,pasal keje tu jarang sgt).

terima kasih Allah kerana mengizinkan aku keberanian untuk tulis entry ni..

kepada para sahabat,yang rasa seperti saya yang "tercari-cari erti hidup", boleh la singgah diblog En.Fuad..mungkin anda akan dapat input dari penulisan beliau..

Terima Kasih Allah...

Repost of my life( Modeless)

life must go on..
life is about effort...not just rely,
life is about sharing..not just daring,
life is about tolerance..not just obey,
life is about togetherness....not just alone,
life is about living....not just loving,
life is about belief in faith....not just"hentam sajala"
life is about friendship...not just"lovely-lovey"
life is about dynamic...it is not static..
life is always change...but the essence remains..

sometimes life required hypocrite..is it true??

Thursday, June 25, 2009

Istikharah

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu petunjuk yang baik dengan pengetahuanMu yang luas, dan aku memohon agar diberikan kekuatan kepadaku dengan kekuatanMu,dan aku memohon kemurahanMu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak memiliki kuasa, dan Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui dan Engkau mengatahui perkara ghaib.Ya Allah! Jika engkau mengetahui pekerjaan ini(disebutkan perkara yang sedang dihadapi) baik bagiku, bagi agamaku, kehidupanku dan hari pembalasanku, maka berikanlah kepadaku dan permudahkan ia bagiku. Kemudian berilah keberkatannya kepadaku, dan jika Engkau mengetahui perkara ini buruk bagiku, bagi agamaku, kehidupanku dan hari pembalasanku, maka jauhkanlah ia dariku dan berilah kepadaku kebaikan dimana-mana sahaja, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan kepada ahli keluarganya."

Sunday, June 21, 2009

Beberape Perkara Dalam Hidup aku

Setakat umur aku 23 tahun ni...aku menginginkan beberapa perkara utama dalam hidup aku,

1. nak pegi haji dan umrah,insyaallah seberapa banyak yang mungkin,
2.menjadi anak yang baik dan taat kepada ibubapa,terutama kepada Ummi aku...akau berjanji dengan diri aku sendiri..aku akan jaga ibu sebaik mungkin..
3.menjadi abang yang baik...aku harap adik2 aku paham bukan senang jadi abang yang kena "act" sebagai ayah juga ni..banyak yang perlu aku korban kan..
4.mendapat pekerjaan yang baik,rezeki yang halal, dan kalo boleh memulakan perniagaan sendiri sebelum umur 30(insyaallah)..
5.mendapat jodoh yang solehah,memahami dan bersama aku selagi hyat dikandung badan.(sekarang xde lagi..huhuhu)

banyak lagi impian....tp pada tahap yang lain pulak..huhu...

Wednesday, June 17, 2009

Permaisuri Hatiku

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

( korus )
Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu

By:Hijjaz

Monday, June 15, 2009

DOA UNTUK KEKASIH

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…

Maka jodohkanlah kami…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandangan ku…
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…
Amin… Amin… Amin…Ya rabbal ‘aalamiin…

Maksud Usaha Seorang Lelaki

tak tahu la kene ke x tajuk kat atas tu...tapi renungan buat semua kaum Adam(fikir-fikirkan):

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu kepada anak-anak saya kelak, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anak saya kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

footnote: sy ambik dr mana dah xingat,tapi tq kepada penulis..

Tuesday, June 02, 2009

Antara Seorang Muslim & Seorang Solehah.

Malam itu, aku nekad untuk mengenalinya..

Satu pengalaman baru buat aku…pengalaman yang menyedarkan aku sebenarnya.Hakikat yang betapa kerdilnya aku jika dibandingkan dengannya.

“Assalamualaikum.salam ukhuwah.minta maaf kalo mengganggu.nombor ni adik saya yang bagi.Betul ke ni nombor liza?”

“Waalaikummussalam..encik ni nak cari liza mana ni?saya bukan Liza Hanim..encik ni salah hantar msg ke?”

“Salam.Selamat pagi.Maafla untuk SMS sy semalam.Saya tak tahu pulak ni bukan nombor Liza Hanim.Tapi kalo memang nombor die,tak da pasal pon kalo saya nak “message”.Liza tu,saya tak tahu pon name penuhnya,orang suruh saya cari sendiri.susah betul camni”

“Ok la,ada ape2 sign yang menunjukkan yang Liza yang awak nak kenal..email ke..ape2 je..takut salah orng je..nak tau jugak..ape tujuan awak nak kenal Liza”

“OK,ni emailnya…nur_salsabila@yahoo.com..betul ke email awak?Apsal lain benor ejaannya?Ni pon orng bagi..saya tak tahu betul ke tak..hurm..awak dah abis belajar yerk?dah start cari kerja atau masih berehat lagi?”

“Awak xabis lagi jawab soalan saya”

“OK,saja nak berkenalan,tak salah kan?(sebab ada orng bg nombor).”

“Rileks dulu..xabis lagi ni..ape matlamat hidup awak seblm mati..apa maksud awak saja nak berkenalan..sebab orng bagi nombor..?”


“Saya nak hidup ni sentiasa dalam rahmat-Nya.Paling tak pun,sempat pegi Haji dulu. Saya ni jenis malas nak “mengayat” ni-(awak pon mesti tau kalo lelaki nak mengorat perempuan macam mana kan?).Jadi kalo tak sudi,terserahla.Puas hati ngan jawapan saya?”

“lupa pulak nak tambah,kalo bab mengayat ni,bagi saya hipokrit,tak ikhlas.baik jadi diri sendiri,kalo orang tak suka pon,sekurang-kurangnya kita jujur”

“ada apa2 lagi nak tau? Kalo tak de,boleh la jawab soalan2 saya tadi pulak.ok?sebelum tu,nama penuh awak ape?”

“Agak sensitive jugak awak ni ye..semua yang saya buat ada motif dan sebabnya..boleh nak Tanya lagi?”

“tak tahu la sensitive ke tidak..saya memang cmni..kalo ada soalan lg,sila kan.Tapi cmna saya nak kenal awak ye?ade fs,facebook,YM ke?saya tak tahu awal “follow” ke tak benda2 ni,saya tak berapa jugak tapi saya kena tahujgk sebab dr “background” IT.Sekarang saya Tanya awak pulak,apa matlamat awak sebelum mati?”

“Matlamat hidup saya,”simple” je..tapi memerlukan pengorbanan yang besar dan berterusan..hidup dengan islam..bekerja demi islam..camne plk dengan perancangan dan sumbangan awak untuk mendapat rahmat Allah..?”

“Insyaallah,saya amalkan segala suruhan dan tinggalkan larangan-Nya.Cuba jadi anak yang baik kepada ibu saya.Saya tahu saya tak sempurna dan banyak kelemahan.Erm..setahu saya, awak tengah sibuk sekarang..ada program ape yerk?”

“Alhamdulillah..mesti mak awak sayangkan awak..bertuah mak awak dapat anak macam awak…mungkin soalan “last” sebelum saya buat kesimpulan..saya nak kongsi ilmu sket dengan awak..boleh awak bagitau ape yang dikatakan dengan politik islam..ape pandangan awak tentang politik Malaysia hari ni?”

“Pasal politik ni, saya tak da ilmu sangat,pasal politik islam lagi la.Tapi bagi saya,politik ni mesti mengutamakan kepentingan rakyat,pemimpin mesti adil,tak boleh ada kepentingan diri,jaga amanah yang diberi.Kalo politik Malaysia,saya tak berminat sangat sebab bagi saya,permainan dan isu2 politik Malaysia tidak matang.Dunia luar mesti ketawa ja kat Malaysia ni..tu je kot..xleh komen lebih,kan lain pulak jadinya..”

“Okey la…sebelum saya buat kesimpulan akhir..saya bagi ruang untuk awak Tanya saya..Insyaallah, saya akan jawab setakat yang saya mampu..silakan..”

“Ape benda la kesimpulan yang awak nak buat ni?...soalan saya,ada dalam msg2 sebelum ni,awak jawab je semua,ikhlas.saya Cuma nak kenal je awak dulu.memandangkan awak dari bidang Syariah,lepas ni”maybe” lagi banyak benda yang saya nak bincang.Saya pernah belajar syariah jugak sket, tapi “general” saja sebab Major saya IT”

“Nama saya Rosliza Ismail..Anak Jati Kelantan..email tu memang saya punya..baru abis belajar..Sarjana Muda Syariah..sekarang sedang bekerja untuk islam..matlamat saya dah bagitau tadi…saya baru selesai “handle” program “Lambaian Menara Gading” untuk adik-adik yang bakal ke IPTA/TPTS..rasanya saya dah jawab semua..ada ape2 lagi yang tertinggal..?”

“Satu je lagi…berkaitan hal2 komuniti cyber?awak memang xde joint?( sebab kalo boleh, saya nak kenal juga rupa awak, sebab saya rasa,awak dah pon tengok rupa saya kan?).Yang lain tu.saya ucapkan Terima kasih.”

“Maafla,saya xreti pasal IT ni…boleh saya buat kesimpulan sekarang?”

“Terserah”

“Dari kaji selidik yang saya buat…memang saya akui…minat saya pada awak ada..Cuma ideology,cara dan matlamat kita jauh berbeza…kita tak serasi la…saya msg dengan awak bukan saja nak mengayat awak..bukan sekadar untuk berkawan dan berkenalan..tapi untuk mencari bakal suami..selain itu Islam melarang perhubungan antara lelaki dan perempuan kecuali untuk memilih pasangan hidup…dan yang lain2..yang tidak termasuk dalam kategori maksiat dan dosa..oleh kerana itu…kita berhenti disini sahaja sebelum terlajak..saya mohon maaf dari awal hingga akhir..saya doakan awak bertemu jodoh yang sesuai dan serasi hingga akhir hayat.”

“Waalaikummussalam.Saya pon ucapkan terima kasih.saya tidak pernah lagi msg dengan mana2 perempuan macam saya msg dgn awak.Awak ada matlamat yang jelas.susah nak jumpa orng macam awak sekarang.apa-apa pon, teruskan matlamat awak.”

“Terima kasih juga kerana memahami..dalam hidup kita..semua kena ada perancangan..kta nak buat sesuatu kena ada perancangan..kita nak buat sesuatu yang baik..lagi la perlukan perancangan yang teliti..cuba kita perhatikan..orang yang nak mencuri..macam mana dia punya perancangan…polis pon xdapt kesan..maksudnya dia Berjaya mencuri dengan perancangan yang teliti…meski pon nak buat jahat..kita lebih2 lagi..betul x/..sorry ceramah sket dah…”

“tak pe..saya lagi suka kalo ade orang ingatkan saya.sedikit sebanyak, kalo pasal pilih pasangan hidup,saya akui,saya sependapat seperti awak.Dan perbezaan ideology,cara berfikir tu bagi saya, bergantung kepada suasana disekeliling kita,cara kita dibesarkan.Dan ia boleh berubah.”


“Assalamualaikum,maaf sekali lg.Tapi saya perlu juga jelaskan(supaya saya rasa lega).Kalo awak mencari calon suami, saya juga mencari calon isteri, tapi bukan untuk kawen terus sekarang, sebab saya perlu bersedia dengan seadanya untuk nafkah zahir dan batin.Bukan sekadar menyediakan keperluan pakaian, tempat tinggal, makan dan minum untuk secara zahir nya, malah untuk batin(bukan hubungan seks sahaja seperti tanggapan ramai orng sekarang), pengetahuan agama yang cukup untuk membimbing isteri dan menndidik anak2.Tanggung jawab terhadap ibu jaga harus lebih diutamakan daripada isteri bagi seorang lelaki yang muslim.Berkawan pulak maksud saya,bukan “couple” macam budak2 sekarang,sebab sampai sekarang pon, saya tak berpasangan sebab saya percaya pada jodoh, dan jodoh itu di tangan Tuhan.

Seperti mana mksd hadith,nikahilah perempuan berdasarkan 4 perkara:

1. Harta
2. Keturunan
3. Rupa
4. Agama

Namun, yang terbaik pilih la kerana agamanya, nescaya kamu berbahagia
(riwayat Bukhori dan Muslim)

Bab politik dan agama, saya akui pengetahuan saya cetek sebab saya meningkat dewasa dalam arus yang berbeza. Sekadar ingin menjelaskan,sekian.Wassalam”

“tak pe la..saya dah buat keputusan setelah berfikir panjang tadi..saya tenang dengan keputusan yang saya buat..sebab tu saya lambat balas msg awak…mungkin ada hikmahnya..maaf saya harap awak faham dengan pendirian saya..terima kasih”

“Ye, saya paham.saya Cuma bagi penjelasan je.sebab saya bukan tahu sangat cara berkomunikasi dengan perempuan sebenarnya.lagi2 dengan orang macam awak.saya Cuma nak betulkan percepsi awak je.Saya tahu,saya mana layak dengan awak pon.lagipon saya tak kenal pon siapa awak sebenarnya.”

Adakah ia akan berakhir disini….Hanya Tuhan sahaja yang tahu…