Friday, December 31, 2010

entry penutup 2010..

Assalamualaikum,
entry penutup untuk tahun 2010....terlalu banyak peristiwa berlaku dalam tahun ni...
bagi aku, 2010 adalah turning point yang sangat mencabar( 2 bulan poket kosong, pertukaran dari swasta ke kerajaan,perpindahan dari kerja di bandar ke kerja di kampung)...next year dah suku abad umur aku...
aku mengharapkan aku menjadi lebih matang dalam semua hal...termasuk hal kerja...
pengalaman kerja 1 1/2 di swasta, banyak membantu aku untuk survive di matrikulasi 'baru' ini....

mungkin kerja di goment yang aku rasakan sekarang...tidak seseronok dan sebebas di swasta..plus pulangan yang tinggi untuk prestasi kerja yang bagus....
cuma mungkin di goment...lebih terjamin...tapi kalo next year, swasta pon ade pencen..keadaan mungkin berbeza..

masa menulis entry ini...sudah genap 10 bulan aku di matrikulasi....dan banyak usaha yang aku cuba lakukan bersama anak2 buah yang bersemangat untuk menstabilkan setiap aspek ict di kolej ni...web,network,pc,maintanance dan macam2 lagi....masih customer xpuas hati..dan memang aku sendiri pon xpuas hati dengan aku sendiri...banyak lagi kelemahan dalam pengurusan yang aku xtahu nak buat...dan aku masih xtahu mana nak cari cikgunya...dan banyak bende lagi yang aku masih xboleh nak ajar anak buah aku buat (semua bab teknikal, dari nak handle desktop client, setup server dan software, commissioning network,dokumentasi dan lain2)...


untuk menyesuaikan diri amat mengambil masa..lebih-lebih lagi tanpa 'guidance'..semua kene cari sendiri..bezenya kerajaan banyak pekeliling kene rujuk tapi aku xtahu nak rujuk mana...tengah mencari...di swasta, tidak banyak sangat....budaya kerja matrikulasi, masih belum dapat diadaptasikan sepenuhnya....aku penuh harapan, semua orang boleh kerja secara professional....kesilapan dijadikan panduan untuk penambahbaikan..sebab naik taraf dari sekolah ke matrikulasi ini..tiada panduan yang jelas...kita perlu bentuk budaya dan cara kerja kita sendiri... 


fokus kerja berbeza...
perbezaan ini mungkin sebab tujuan dua jenis industri ini....

KERAJAAN = perkhidmatan dan kebajikan
SWASTA = perkhidmatan dan keuntungan

di swasta, aku rasa lebih bebas untuk kreatif, asalkan boleh bawa keuntungan kepada syarikat..birokrasi kurang...communication cukup dengan supervisor sahaja...latihan diberikan untuk laksana projek...
di kerajaan,masih boleh kreatif tetapi ada peraturan dan kekangan akta...banyak perkara perlu dirujuk dan banyak xtahu nak rujuk mana, dan kelulusan daripada orang atasan yang berlapis-lapis...latihan perlu minta( jadi kalau xtahu kat mane nak minta,xde la dapatnye)..latihan yang diberikan pun, kalau ada budget..ini pendapat dari kacamata aku dalam situasi sekarang...mungkin xbetul pon...

jadi harapan dihujung tahun ini...biarlah pengalaman mengajar..dan InsyaAllah..aku berusaha untuk jadi lebih tersusun next year...lagi2 kena jadi bos orang(xsanggup rase)

Wallahua'lam..

Wednesday, December 15, 2010

14 Disember

Assalamualaikum,
tiada apa yang istimewa pon mengenai entry kali ni pada tarikh ni..
sekadar bersyukur yang permohonan aku untuk bertukar,
tiada halangan dari BM....tetapi dengan pengganti....
erm...kena buat follow-up..cari pengganti..inform la ek..
kalo ade yang berminat, PTM F41

Thursday, December 02, 2010

Silaturrahim: Perbezaan masa belajar dan masa kerja

Assalamualaikum,
Entry kali ni,hanya untuk renungan..
SILATURRAHIM sesama ISLAM

Sewaktu belajar dahulu, aktif berpersatuan dan berorganisasi..ala professional la....selalu la jgk bertikam lidah, berhaluan kiri dan sebagainya...bergaduh...xsependapat...
itu adat biasa dalam organisasi...
cuma akan baik kembali selepas minta maaf, menangis sama2..kutuk belakang xyah citer la...tapi bukan sentuh hal peribadi
masa buat program...90% dari komuniti bagi komitment..maklumla budak2 lagi dan tidak akan meleret-leret sehingga 2,3 minggu xbertegur...

cuma kali ini, bila sudah bekerja...lain pulak jadinya...perkara yang sama seperti diatas berlaku...sentuh hal tepi kain orang dan  ada yang sampai xnak bertegur sapa sampai berminggu-minggu...professional kah kalo macam ni...

kekadang terfikir...organisasi pelajar lagi professional dalam buat kerja...berbanding organisasi sebenar yang bekerja..

kekadang rasa malu ngan budak..