Friday, October 19, 2012

Imperfection is perfect

Assalamualaikum,

Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh,
Dan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran,
Serta oarang-orang yang berpesan-pesan dengan kesabaran.
( Surah Al-As 103:1-4)

lama tidak mencoret, tetapi coretan kali ini adalah lebih kepada cara berfikir..
iaitu "Perfectionis"....atau yang sentiasa mengharapan kesempurnaan dalam apa-apa hal terutamanya kerja..
Dulu saya juga begitu,sehingga terlupa hakikat kejadian manusia itu sendiri.

Dalam mencapai kesempurnaan dalam semua perkara contohnya kerja,
terkadang kita terlupa,sampai bila pun kita berusaha, sebagai manusia ini tidak akan sempurna...Ketidaksempurnaan itu lah sebenarnya yang menjadikan kita manusia.
Yang perlu berusaha demi mencapai apa yang dihajati.

Hakikat manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Tuhan.
Kita manusia adalah paling sempurna penciptaannya berbanding makhluk-makhluk lain.
Namun kita adalah tetap Hamba Tuhan yang merdeka.
Hanya Tuhan Yang Maha Sempurna.

Nafsu yang menjadikan kita rasa diri kita tidak sempurna, dan oleh itu lah kita perlu kawal nafsu itu dengan Iman supaya boleh mendorong kepada perkara positif, iaitu Berusaha.

Kita mungkin boleh mencapai 99% sempurna( walaupun pasti tiada manusia mencapainya), dari segala segi,
tapi tidak akan mungkin mencapai 100%..

Seoarang sahabat saya pernah menyatakan, "kalau kita ni 100% semua kerja sempurna, kita bawah sket je dari Tuhan"

Mungkin sebab ini lah mengapa Firaun mengaku sebagai Tuhan, kerana Allah memberikannya kuasa,kesihatan dan kekayaan yang sempurna kepadanya...semua rakyatnya tunduk, patuh dan takut kepadanya....sehingga dia lupa ada yang lebih sempurna darinya.Dengan takdir Allah, beliau meninggal dunia hanya kerana seekor nyamuk yang kecil masuk ke telinganya, yang tidak mahu keluar walau pelbagai cara dibuat dan menghisap darahnya.Maka tidak ada gunanya "kesempurnaan" beliau disitu.

Apa yang cuba diutarakan disini, sebenarnya lebih kepada cara kerja, kita boleh bekerja sehingga 99% sempurna, tapi tidak mungkin 100% error free...istilah komitment 101 %...adalah mitos bagi seorang manusia....Kepada yang menjadi BOS..jangan la menekan anak buah sehingga limit, kerana kita adalah manusia, yang bukan 100% sempurna.

Berhikmah la menggunakan "ketidaksempurnaan" anak-anak buah anda itu untuk mencapai misi yang hanya akan maksimanya 99.999999999.............% sempurna. Ruang 0.0000001....% itu la kerja sebenarnya...berusaha untuk lebih 'sempurna'.

so imperfection is actually perfect...

Wallahua'lam