Saturday, May 30, 2009

My "life"

life must go on..
life is about effort...not just rely,
life is about sharing..not just daring,
life is about tolerance..not just obey,
life is about togetherness....not just alone,
life is about living....not just love,
life is about belief in faith....not just"hentam sajala"
life is about friendship...not just"lovely-lovey"
life is about dynamic...it is not static..
life is always change...but the essence remains..

so..who is my "life"???

Friday, May 29, 2009

Lambaian Kaabah...

Aku di call oleh Tabung Haji Kota Bharu (seminggu lalu), di Tanya nak pegi Mekah x kali ni…
So dengan tanpa fikir panjang nye, aku terus katakan “YA”..

Seruan ke Tanah Suci tu, aku dapat Tahun lepas lagi sebenarnya..tetapi sebab mak aku xdapat..so aku mintak tangguh… kuota tu aku bg peluang pada mak cik sedara sebelah arwah ayah aku…

Menjadi satu impian juga dalam hidup aku..nk ke Tanah Suci seawall usia yang mungkin…mungkin tahun ni dah sampai waktunya…

Baru semalam ibu aku dapat surat dari tabung haji, die terpilih tahun ni..tp aku mungkin lambat sket,sebab status aku adalah mahram ibuku…aku harap kali ini merupakan sesuatu yang pasti….

Insyaallah…kan ku sahut seruan-MU…

Hati ku Berbicara( version Jiwang sket)

16 May 2009

Ada satu perubahan yang aku rasakan setiap kali aku dilamun perasaan kasih kepada manusia dihati…

Aku menjadi lebih tenang,lebih beriman,lebih matang…

Aku tidak tahu,mungkin dah sampai masanya aku mencari teman untuk hidup bersama..

Tapi siapa???
Satu persoalan dalam otak aku…

Sama macam adakah aku akan dapat kerja lepas degree…satu dah terjawab…
Sekarang macam rasa nk ada kekasih plk…macam mana ni??

Tanggungjawab aku pada keluarga masih xselesai pon lg(memang xkan selesai pon)…

Dulu pernah jatuh cinta dengan seorng yang solehah..tapi xlama sebab mak aku xmerestui…
So sekarang, aku kembali kesorngan lagi…
Aku xtahu bila akan berjumpa seseorng yg mampu mengisi kekosongan di hati ni…

Tapi betul, seperti yang aku nyatakan tadi,kalo aku dilamun perasaan ini,aku jadi seseorang yang lebih beriman, lebih kyusuk dalam ibadat..kenapa ye?

Aku perlukan “cahaya Kemuliaan” itu….
Dia dah di depan mata..tp dia dah berpunya..walaupun bukan secara hakiki..

Aku xtahu kenapa,masih timbul perasaan ku terhadapnye(mengucapla)…..

Mungkin perasaan itu memberi aku rasa bertanggungjawab untuk semua sekali..
Diriku dan orang yang berada disampingku..

Paling tepat..ia memberikan ketenangan..”kesempurnaan”..itulah sebetulnye…

Hakikat sebenarnya,aku sendiri pun tidak pasti…ada jadoh ada adala(insyaallah)…

Sekarang focus aku ialah kepada family aku dulu…

Thursday, May 28, 2009

Sebuah Pertemuan

ni satu nasyid sebenarnye..aku xtahu la apesal aku suka sangat dengar nasyid ni...
album dah lame dah...tetiba skrng baru terase minat utk aku layan..hairan betul...
mybe ade kaitan dengan mood aku skrng kot..huhhuhu..

apa-ape pon.. ni la senikata nye:

Sebuah Pertemuan
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


*mendalam jugak maksud tu...huhuhuhu

Thursday, May 21, 2009

Muda atau Matang???

Muda atau matang???
persoalan yang baru terlintas kat otak aku ni,(sebab xleh bagitau)
so aku search la kat internet,hasil nye..ni la kot orng yg sependapat ngan aku..
Dipetik dari http://mfrstudio.board-realtors.com/arkib-f22/kisah-orang-orang-muda-t65.htm

Pada waktu ini umur saya sudah pun 23 tahun.Umur itu boleh dikatakan muda jika mengikut tafsiran orang-orang muda zaman sekarang. Namun kalau diikutkan pada zaman kini umur 40 tahun pun masih dianggap umur pemuda!

Saya tidak termasuk dalam golongan yang berkepercayaan seperti itu atas sebab kesedaran akan keadaan diri saya sekarang. 23 tahun itu waktu yang amat panjang. Jika seseorang lelaki membiarkan rambutnya tanpa dipotong selama 23 tahun, kemungkinan rambutnya mencecah kaki atau lebih akan terjadi.

Saya percaya diri saya sudah tua walaupun tidak setua mana, dan apa yang pasti saya bukan saja sudah mampu menilai buruk baik suatu pekerjaan malah sudah ada dalam pengetahuan saya akan situasi dunia lampau dan kini serta mampu pula menganalisis dan merancang situasi akan datang. Jika keupayaan itu sudah dipunyai oleh seorang lelaki seperti saya maka saya menganggap sudah cukup untuk digelar seorang tua yang bila-bila saja akan bertemu ajalnya.

tanggungjawab orang tua 23 tahun

seorang tua berumur 23 tahun seperti saya sebenarnya punya tanggungjawab yang lebih berat berbanding pemuda 40 tahun yang masih keanak-anakan.Jika seorang pemuda 40 tahun yang keanak-anakan membuat keputusan atau tindakan yang tidak matang, maka kita masih boleh memaafkan mereka kerana mereka masih orang muda. Tetapi tidak bagi seorang tua 23 tahun seperti saya. Jika saya membuat keputusan atau tindakan yang tidak matang maka saya sebenarnya telah menzalimi diri saya sendiri atas kerana seorang tua sepatutnya menunjukkan contoh yang matang kepada orang muda.

adalah bersalahan dari segi hukum rasionalnya seorang tua berumur 23 tahun bertindak bagai orang muda yang tidak matang kerana tindakan tidak matang hanya terhasil dari pemikiran yang cetek pengetahuan dan tidak cukup terlatih dengan pengalaman. Lalu apa yang akan diperkatakan jika seorang tua berumur 23 tahun masih kurang pengetahuan dan tidak melatih dirinya dengan pengalaman? tentu sekali itu adalah orang tua berumur 23 tahun yang tidak sedar diri! Orang tua berumur 23 tahun itu perlu sedar dirinya bahawa dia sudah terlalu tua untuk menjadi seperti orang muda!

kata yang terpalit

salah satu perkara yang saya perlu akui adalah banyaknya kata-kata saya yang sedar diri sudah tua tetapi bertindak atau meletakkan diri seperti orang muda. Situasi ini sering digelar orang sebagai cakap tak serupa bikin, atau lebih tepat sudah terpalit kata-kata saya pada diri saya atas sebab perbuatan dan tindakan saya.

atas kesedaran itulah maka saya mengarang karangan ini, untuk menceritakan pada saya kisah orang-orang muda yang sering saya sendiri lakukan yang perlu dibuang dan ditinggalkan segera selepas siapnya tulisan ini.

orang muda yang teruja

orang muda sememangnya cepat teruja.logiknya kerana orang muda belum berpengalaman akan situasi yang baru sahaja dihadapinya itu maka hatinya memberontak keterujaan, girang segirangnya seakan itu satu-satunya pengalaman yang sangat besar dalam seluruh hidupnya.

tidak hairan apabila orang muda teruja bercinta, seorang lelaki muda bisa saja meluahkan kata-kata manis pada wanita muda dengan bahasa yang menjangkaui batasan, seperti "aku cinta padamu setulus hatiku," "cinta kamu sampai mati" "akan sehidup semati" "lautan api akan ku renangi" "tidak dapat melupakan mu sehingga makan tak kenyang mandi tak basah" dan sebagainya.

Namun seperti yang sering digelar masyarakat akan cinta muda teruja ini ialah cinta monyet. Cinta khayalan, cinta fantasi yang tidak berpijak di bumi nyata. jika ditanya untuk apa mencintai dan dicintai, rata-rata orang muda tidak dapat menjawabnya dengan baik dan sering sajalah mereka menjawab, "aku tidak tahu, aku hanya mencintai" atau "aku tak mengerti aku sudah jatuh cinta, adakah ini dinamakan cinta..oh!"

peralihan muda kepada tua adalah kefahaman tujuan

setiap perkara perlu ada tujuan. perkara yang tidak ada tujuan dipanggil perkara sia-sia. Pernah ditanya kepada seorang pelajar sekolah menengah atas tujuan apakah dia mula menghisap rokok, jawapannya ialah," kawan lain hisap rokok". Jelas , perbuatan menghisap rokok pada waktu awal adalah tanpa tujuan, jika ada tujuan pun itu bukanlah kefahaman tujuan tetapi alasan. Alasan untuk jadi seperti kawan, alasan mahu berlagak macho dan dewasa, alasan mahu memanaskan badan dan sebagainya.Namun, alasan itu tidak membuktikan apa-apa akan tujuan menghisap rokok menyentuh mekanismenya.

Jika alasan ingin memanaskan badan digunakan, atas faktor asap rokok itu punya haba dan haba akan dipindahkan ke seluruh badan apabila asap melalui ruang paru-paru maka tujuan itu jelas tidak habis difahami. Faham tujuan perlu menghabiskan setiap perkara itu hingga ke titik akhirnya. Maka jika seorang remaja atau orang muda merokok dengan memberi alasan mahu memanaskan badan seharusnya difikirkan tujuan itu hingga ke proses akhir asap rokok itu yang akhirnya mendatangkan kerosakan paru-paru atas sebab faktor tar dan narkotin.

Oleh itu seorang remaja yang faham akan merokok membahayakan kesihatan adalah remaja yang sudah di ambang peralihan kepada usia tua walaupun umur mereka masih muda.Manakala seorang tua yang tidak faham bahawa merokok membahayakan kesihatan sehingga mereka tidak menolak untuk terus merokok, si tua itu belum lagi tua dalam erti kata sebenar. mereka masih muda yang keanak-anakan.

Begitu jugalah dalam soal cinta tadi. Jika seorang remaja atau orang muda memahami bahawa cinta itu naluri manusia biasa yang diwujudkan bertujuan untuk menghubungkan satu manusia dengan manusia yang lain, dan mendorong seorang lelaki untuk hidup dengan wanita dengan mendirikan rumahtangga dan keluarga demi melangsungkan fitrah manusia dalam keadaan suci supaya kehidupan manusia diredhai Allah, maka pemikiran itu sudah pun berada pada tahap peralihan usia tua.Jelas di sini bahawa faham tujuan adalah sifat yang perlu ada pada seorang individu yang mahu beralih dari usia muda kepada usia tua.Jika tidak ada faham tujuan maka individu itu masih lagi muda keanak-anakan.

Ramainya pemuda yang tidak tua

Tujuan yang paling penting untuk difahami oleh seorang muda ialah tujuan hidup. Tanpa faham tujuan hidup maka orang muda itu akan terus bergelumang dengan hal-hal remeh yang sia-sia sehingga yang kecil dirasakan besar, yang besar diperkecilkan, dan yang mana penting tidak penting tidak dapat dibeza. Tujuan hiduplah yang akan membuahkan matlamat dan perjuangan. Dan matlamat dan perjuanganlah yang akan menjadi landasan hidup manusia untuk menuju kepada titik akhir yang nyata iaitu kembali pada Allah.

Allah s.w.t tidak menjadikan manusia dan hidupkan mereka ke dunia ini dengan sia-sia atau main-main. Tidak manusia itu dijadikan melainkan untuk beribadah pada Allah. Dan Allah s.w.t memberikan ujian kepada manusia untuk menilai ibadah itu satu ibadah yang ikhlas dan taqwa atau ibadah yang kosong. Ujian Allah lah yang akan menapis manusia-manusia itu sama ada manusia yang diredhai atau dimurkai. Yang diredhai akan selamat dari azab Allah dan diberikan ganjaran selayaknya iaitu syurga Allah. Manakala yang dimurkai akan dicampak ke dalam neraka dan ada yang menjadi bahan bakar api neraka. Semoga kita dijauhkan dan berlindung dalam rahmat Allah.

Tujuan hidup yang hakiki ini jika tidak ada pada hati dan sanubari orang muda maka orang muda itu tidak akan melangkah ke alam tua. Jika mereka kembali pada Allah dalam keadaan yang serba jahil dan jijik kerana bersifat keanak-anakan walaupun sudah berkedut-kedut muka dan beruban kepala pastinya tiada malu yang lebih besar dari malu menghadap Allah sebegitu.

Ramainya orang muda yang terpesong tujuan hidup mereka. Ada yang menggilai harta benda, mahu kereta mewah, rumah mewah, hidup yang lazat melazati, yang jika difikirkan tujuan itu tidak satupun yang menghubungkan ke titik akhir yang nyata.Maka tujuan keduniaan mereka itu bukti mereka tidak memahami tujuan sebenar hidup. Mereka masih belum ada faham tujuan.

Namun, jika orang muda mengumpul harta untuk dibelanjakan di jalan Allah dengan matlamat untuk meraih kasih sayang dan redha Allah maka orang muda sebegitu sudah menghubungkan tujuan hidupnya ke titik akhir dan dia sudah pun menjadi orang yang tua dan matang.

Perjuangan orang muda yang telah tua

Kita sering melihat sejarah orang-orang muda di dalam lipatan sejarah terkenal dengan sifat yang mahu berjuang. Sifat memberontak, menongkah arus, cuba bangkit mengubah sistem yang ada merupakan antara sifat-sifat orang muda yang digambarkan. Namun, seperti yang saya nyatakan tadi jika tindakan berjuang, memberontak, menongkah arus,dan sebagainya itu tidak punya tujuan yang jelas maka perjuangan itu adalah satu perjuangan kosong dan retorik semata-mata.

Tidak hairan jika kebanyakan orang muda yang meluap-luap semangat di alam universiti menjadi malap dan layu apabila masuk ke dalam masyarakat.

Berjuang yang memahami tujuan perlulah dirangka dengan strategi yang tersusun dan sifat yang tenang membutirkan setiap langkah dan tindakan dan tidak melulu, melatah, meluap-luap marah tanpa arah, menonong membabi buta hingga tidak kisah lagi apa rancangan dan apa plannya, hanya mahu menuju dan bertindak, itu semua adalah sifat keanak-anakan dan tidak matang. Tidak menganalisis situasi secara berhati-hati dan menetapkan pendirian yang jelas antara sindrom-sindrom yang lahir dalam sebuah perjuangan tidak matang.

mustahilkah seorang muda untuk menjadi tua dan matang? tidak mustahil. telah diberitakan tadi bahawa seorang muda yang tua perlu memahami tujuan dengan faham tujuan yang jelas sejelasnya. Dengan kekuatan itu, maka dengan sendirinya orang muda itu akan kukuh matlamat dan pendirian mereka dalam berjuang. Matlamat dan pendirian yang kukuh akan membuahkan rancangan-rancangan serta strategi-strategi yang hikmah.

Monday, May 18, 2009

Lost World Of Tambun...thanks to all!!!

haha..
hepi gile...dah lame xenjoy...

fist2 sekali, aku nk ucapkan selamat pengantin baru buat Nurul@ Yuyui,
semoga berbahgia bersama Azim..hhuhu..xingat nk tnye..Honeymoon kat ne?..hehhe

berbalik pade tajuk diatas...
dah lame aku xmain air ni...memang best la...
waktu kat U, xbyk joint bebudak ni...lgpon bz ngan MPP aku tu...


banyak nk tulis ni..tp tunggu dpt gmba la dulu..baru sedap "goreng"..(aku xbwk kamera, rugi betul, tu la sape suh bg adik pinjam)..


ni perjalanan nak ke sungai petani,kedah.
Lalu terowong jgk ler....
Kumpul kat subang pukul 9 pagi(kalo ikut tentatif pkl 8).

tapi pagi tu (pkl 8) aku ke Seksyen 7, Shah Alam.
Ambik "seseorng" kat Baiduri, dan Zaprol..
then baru gerak ke subang..tapi sebelum tu ambik 3 orng lagi kat komuter batu 3,
Firdaus,Kak K, Kak Cheq(nape aku panggil kak 2 orng nie ek)....sbb tukar plan,patutnye jumpe dorng kat Subang je terus...(xtau ape hal..huhu)

dipendek kan citer,sume dah kumpul kat restoran mamak kat Subang tu,maka bermulalah "rombongan" ke Sg.Petani...ikut highway NKVE melalui sg.Buloh...dan seterusnye(aku xtau follow je orng)...tapi yg jadi lead laju giler(pecut bape la ntah)...

Rombongan kami tiba di Sg.Perak(lepas terowong tu la) dan rest sekejap....
ni Lan punye kamera so dapat la gamba ni kat R& R Sg.Perak tu..huhu..

Kami gerak pkl 11 sampai situ pkl 12..bapak laju(xtau la kene speed trap ke x)

Ade yg makan,ade yg termenung saje dan..bla..bla..bla..

pastu sambung drive pkl 1..

Bandar Laguna Merbok
kat situ la majlis Yuyui akan diadakan sebelah malamnye...
kat situ la jgk Yuyui dah sediakn Homestay utk rombongan member2 die ni..huhu
Besar jgk homestay tu..

Sebelum masuk ke umah tu,kami singgah jugak kat club(tempat majlis)..superb jgk tempat ni..



di Bandar Laguna Merbok nie, terletak jgk rumah mak sedara Kay, dan die mempelawa "rombongan" ke rumah..so ape lg(dah offer makan) pegila...

oh ye..satu fakta...kat Sg. Petani ni la tempat kelahiran "HPA".jd macam sume kemewahan yag dapt di dilihat kat bandar tu hasil dr HPA la kot..huhu(pendapat aku jer..huhuh)

Ni gamba di umah mak sedara KAy..



kami dihidang kan dngn Bubur kacang dan cucur bawang( yer la kot,aku xkenal sgt name standard ni..kalo ikut bahasa aku,"jemput-jemput" je).Ape lagi belasah la...

Pastu balik,ade jgk pegi Tesco( last minute cr hadiah..pe la bebudak ni)

Majlis Yuyui and Azim

sambung bila lapang nanti...

Friday, May 15, 2009

Kebesaran Solat 2 Rakaat

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,sayap itu antara timurdan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang

bermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak per! jalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski pun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Dipetik dari: http://serikasih.blogspot.com/2008/11/kebesaran-solat-2-rakaat.html

Kerja@Tukar Kerja@Belajar Balik

Dah pon Mei( te,
br ade rasa nk update blog...

kerja..isk xtau la nak kata macam mana....aku rasa macam anak tiri kat opis ni...
dah la mcm2 aku wat (kalo banding ngan staff lain,byk bende yg aku boleh wat) tp.......

tukar kerja?
bkn senang nk tukar kerja..
lagi2 ekonomi tgh ding-dong ni..
kerja baru kenalah lagi berbaloi..
kalo sama jgk..baik xpayah..

belajar balik?
offer dah dapat..
susah jgk walaupon separuh masa...
duit xcukup sebab dah ada "bini" ni...
lg pon dalam proses transisi plk skrng..
banyak perkara yang belum ade jawapan,
jd aku ambik keputusan tangguh dulu...6 bulan..
pastu baru pikir balik..

tu je la kot..
banyak perkara yang perlu difikirkan..