Friday, May 29, 2009

Hati ku Berbicara( version Jiwang sket)

16 May 2009

Ada satu perubahan yang aku rasakan setiap kali aku dilamun perasaan kasih kepada manusia dihati…

Aku menjadi lebih tenang,lebih beriman,lebih matang…

Aku tidak tahu,mungkin dah sampai masanya aku mencari teman untuk hidup bersama..

Tapi siapa???
Satu persoalan dalam otak aku…

Sama macam adakah aku akan dapat kerja lepas degree…satu dah terjawab…
Sekarang macam rasa nk ada kekasih plk…macam mana ni??

Tanggungjawab aku pada keluarga masih xselesai pon lg(memang xkan selesai pon)…

Dulu pernah jatuh cinta dengan seorng yang solehah..tapi xlama sebab mak aku xmerestui…
So sekarang, aku kembali kesorngan lagi…
Aku xtahu bila akan berjumpa seseorng yg mampu mengisi kekosongan di hati ni…

Tapi betul, seperti yang aku nyatakan tadi,kalo aku dilamun perasaan ini,aku jadi seseorang yang lebih beriman, lebih kyusuk dalam ibadat..kenapa ye?

Aku perlukan “cahaya Kemuliaan” itu….
Dia dah di depan mata..tp dia dah berpunya..walaupun bukan secara hakiki..

Aku xtahu kenapa,masih timbul perasaan ku terhadapnye(mengucapla)…..

Mungkin perasaan itu memberi aku rasa bertanggungjawab untuk semua sekali..
Diriku dan orang yang berada disampingku..

Paling tepat..ia memberikan ketenangan..”kesempurnaan”..itulah sebetulnye…

Hakikat sebenarnya,aku sendiri pun tidak pasti…ada jadoh ada adala(insyaallah)…

Sekarang focus aku ialah kepada family aku dulu…

1 comment:

Anonymous said...

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.