Wednesday, November 24, 2010

HASRAT

HASRAT,

Diri ini bukan sesiapa,
seorang yang masih belum sempurna agamanya,
dan terlalu kerap turun naik iman nya...
Sesekali terasa malu kepada-NYA lantaran dosa yang menggunung..
Betul...aku manusia biasa..bukan maksum seperti para nabi dan rasul...
ceteknya ilmu di dada...menjadikan diri ni alpa..

Aku bukan seorang yang alim,tapi aku cuba baiki diri...
Insyaallah, asasku kukuh..
aku cuba jaga syariat sedaya mampu..
namun selalu tersasar dek godaan dan cabaran dunia hari ini..
betapa susahnya menjaga hati...
betapa susahnya menjaga pandangan..
betapa susahnya menjaga lisan..
betapa susahnye menjaga pendengaran....

Sebahagian dari agamaku telah kuselesaikan..
dan aku amat bersyukur kepada-NYA kerana mempermudahkan bagi aku...
dan ada sebahagian lagi masih menjadi tanda-tanya...
dan ia menjadi satu HASRAT

Hampir setiap hari aku berdoa-NYA..tidak mengira masa dan tempat...memohon ilham dan memudahkan jalan supaya aku dapat membuat pilihan mengikut jalan mana yang di redhai oleh-NYA...
agar tercapai HASRAT itu...

Kerana HASRAT itu..
terkadang menjauhkan aku daripada-NYA...
munajat ku kepada-NYA kurang...
yang menambahkan titik-titik dosa dalam amalan ku..
Aku malu kepada-NYA...
kerana aku alpa dan lalai..
Padahal aku tahu syariat,hukum dan dalilnya!!!.... 

Usaha masih ku lakukan...dan akan ku  teruskannya....
Namun betapa susahnya ku rasa..
kerana prinsip ku goyah....
untuk mencapai HASRAT...
menyempurnakan agamaku...


P/S: kepada pembaca,mungkin anda tidak faham entry kali ini..dan memang saya tak nak bagi paham pon...sekadar saya nak menulis...coretan untuk diri sendiri..