Friday, October 30, 2009

Nokhtah Buat Tahun Ini...

Assalamualaikum,

Kepada kawan-Kawan yang sudi menjenguk ke blog ini,atau sesiapa sahaja yang sering ke laman blog ini...ini merupakan entry terakhir buat tahun ini...dan insyaallah entry untuk lembaran baru akan bermula balik tahun hadapan..

Saya dan Ummi akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji dan umrah bermula 14 hb November sehingga 28 hb Disember ini...mungkin saya tidak akan berkesempatan untuk menjenguk lagi ke blog ini mulai 1 hb November ini, sebab banyak persiapan yang perlu dilakukan..Insyaallah banyak yang akan saya kongsikan sekembalinya saya ke Malaysia nanti..

Doakan saya dan Ummi agar selamat ke Tanah Suci Mekah dan selamat kembali ke Tanah Air nanti..

Berjuta kemaafan dipohon sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang penulisan blog yang tidak seberapa ini...halalkan segala makan-minum..

Sehingga bertemu lagi tahun depan..

Wassallam.

Saturday, October 24, 2009

Terima Kasih Tuhan

Oleh Mawaddah:


Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

a a a a a....

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rahmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

KAWEN??AWEK??CALON??


"ko bila nk kawen?""Kete dah ade,Keje dah ade..xkan xde lagi kot?"

Assalamualaikum,


Tu soklan yang sepupu aku tanye masa raye lepas,dan semestinya ramai juga kawan2 yang tanye soklan yg sama.

Sedikit nk kongsi pendapat aku mengenai perkara ni.
Sebelum tu ,Dua fakta pasal utama dulu yang aku ingin bagitahu:
1)kawan perempuan, ramai..
2)Awek? TIDAK.
Kenapa?aku akan jelaskan..


KAWEN???
Ok, bagi aku nak kawen kene dah bersedia dari segi mental dan fizikal, dari segi nafkah zahir dan batin.

Dan jangan salah paham plk maksud nafkah zahir dan batin tu…
Kalo ikut pengetahuan aku ni(lupa plk hadith ke,ayat Al-Quran mana aku baca),

Zahir tu merujuk pada makanan,pakaian,tempat tinggal,
Batin tu pulak bukan “batin” betul je,pendidikan dan pengetahuan agama pn ye jugak,kene bg untuk isteri dan anak….sebelum tu diri sendiri la kene ambik tahu,amal(AMinn..)..

Kalo bagi lelaki lg berat,nak jadi ketua keluarga lagi…kene membimbing anak isteri lagi..kalo diri sendiri pon tunggang-langgang…macam mana?

Satu lagi,tanggungjawab lelaki plk, ibubapa masih kene jaga, kena taat, isteri pula taat kepada suami yg paling utama.

Perkahwinan juga merupakan satu kontrak sepangjang hayat yang paling banyak tanggungjawab.(kalo bercerai plk tu, Nauzubillah)

Dari segi kewangan plk,mesti stabil..maksud stabil ni,bkn sekadar ade kerja je….pendapatan tu mesti cukup untuk tanggung perbelanjaan sendiri,keperluan rumah-tangga,duit belanja anak(seksok)..dan tanggung isteri(kalo isteri xkeje)..

Dan sekiranya berlaku kecemasan, ada “back up”
Jadi macam mana?..bersedia?..kalo aku….jawapannya…Belum

AWEK?
Ok,istilah bercinta sebelum kawen ni takde dalam islam…..bukan bermaksud aku ni alim warak..Cuma…lebih baik xpayah…ade sebab la kenapa islam xbagi tu…so kalo tanye ade awek ke?..jawapannye TIDAK.

CALON?
Ha, ni aku bagitau…wanita pilihan hati aku cukup sekadar hidup dalam fitrah(jaga tutur-bahasa,solat,puasa,dan yg seangkatan dengannya)…maksud fitrah tu…biasa bg orang muslimah….bukannye kene warak..aku ni ape la sgt kan…kene la cermin diri sendiri jgk…
Rupe?sejuk mata memandang…bukan nye mesti cun abis…aku bukan hensem pon.
Dan paling penting….buleh jadi kawan dengan Ummi aku…

Cume persoalannye….ade ke wanita macam ni…xnak couple, tunang je(kalo perlu), kemudian kawen?..ade yg snggup???....
ramai yang xnak sebab xkenal hati budi..kan?

Se

Dan selalu je akan disebut,,jangan terlalu memilih…betul..jangan terlalu memilih….tetapi tetap kene pilih….ni bukan bende main….sepanjang hayat sekali je…aku xnak sampai 4…sorng je cukup…kesian sgt kalo sampai 4….dah la ko penat…yang empat-empat tu pon..mesti makan hati nye la…
Tapi kaum wanita perlu tahu jgk, kasih sayang lelaki ni unik,ia boleh dibahagi-bahagikan,tanpa berkurang…..xbermaksd dah ada yang baru, yang dah lama ni xsayang..saje je kan..huhu
k..la cukup je takat ni…kalo tulis xabis…xwat keje lain aku arini….kalo penulis betul pon bleh sampai jd berjilid2 buku…xmustahil la kan??

Sekian,Wassalam

Wednesday, October 21, 2009

Trial...Founder...Initiator...only for beginning not for the time of harvesting.

Assalamualaikum,
arini aku terasa sedikit sedih....tapi bukanlah maksudnya xbersyukur dengan apa yang sudah dikurniakan-Nya..
cuma....

Untuk UPSR, tahun aku merupakan tahun pertama 5A diperkenalkan.
Untuk SPM,tahun aku juga merupakan tahun pertama dwibahasa diperkenalkan.
Untuk Matrikulasi,tahun aku juga merupakan tahun pertama Bahasa Inggeris digunakan untuk semua bahan rujukan.

Di UiTM, batch MPP 0607, tahun pertama, SMPP diperakukan sah,tahun aku membuat perubahan organisasi utk fakulti, bg kelab persatuan pelajar..dari xde duit,sampai sekarang tiap2 hujung tahun tiap2 sem..boleh melancong....(selepas aku dah abis belajar).

Di tempat kerja pula, aku yang mulakan network company ni...kaedah2 baru menyelesaikan masalah technical...buat document2 yang xwujud...implementation/techinical planning/document utk project....memudahkan kerja staff2 lain..techinical problem solver...tapi gaji....(sebab aku bukan bodoh xtahu hal macam ni)....bukan nak demand tapi biar adil...

tapi dari semua bende ni,ape yang aku dapat?

Yang aku tahu,...PENGALAMAN...itu saja....

Aku masih xpaham apa yang cuba disampaikan-NYA melalui semua ni...

Ya ALLAH, tunjukkan la aku,paham kan la aku, apa yang ENGKAU cuba beritahu aku...

Friday, October 09, 2009

Kisah Benar : Kenapa Ada Syurga dan Neraka?

Dipetik dari : http://nowforeverkit.blogspot.com/2009/08/kisah-benar.html

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."



Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

End of my story. :-)

cerita ini pernah di siarkan di sahabat interaktif malaysia

Tuesday, October 06, 2009

Musibah?

Assalamualaikum wbt,

Disini saya masukkan ada sebilangan terjemahan Al-Quran yang menerangkan apa itu musibah...
Dan juga hadith2 mengenainya,

Saya xhurai apa2(takut salah)...

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan:"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali.Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk"(Al-Baqarah:156-157)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan:"Kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta"
(Al-Ankabut:2-3)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua kembali
(Al-Anbiya':35)

Rasulullah SAW bersabda:
Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya,hartanya,anaknya,akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa
(HR Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya
(HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
Apa pun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan,kesakitan,kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya
(HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:
Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya
(HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:
Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya:"Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar suaranya"
(HR Tabrani)

BERITA GEMBIRA BAGI MEREKA YANG DITIMPA MUSIBAH

Firman Allah
Ertinya:
Dan berilah berita gembira bagi orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah:155)

Rasulullah SAW bersabda:
Maka berfirman Allah SWT kepada para malaikat-Nya:Apakah yang diucapkan oleh hamba-Mu itu? Malaikat menjawab:"Dia memuji-Mu dan membaca Istirja',maka Allah SWT berfirman:"Bangunkanlah untuk hamba-Ku itu sebuah rumah di syurga dan rumah itu diberi nama dengan rumah pujian"
(Hadith dari Abu Musa)

UBAT BAGI ORANG YANG TERKENA MUSIBAH

Firman Allah
Ertinya:
Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata:"Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali
(Al-Baqarah:155)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula)pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kami jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Al-Hadid:22-23)

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada seseorang Islam dari golongan lelaki dan perempuan yang ditimpa suatu musibah, lalu ia ingat kembali akan musibah itu walaupun sudah berlalu lama, berkata Abad, sudah berlalu saatnya, kemudian ia memperbaharui ucapan istirja, melainkan Allah akan memberinya pahala sebagaimana pahala ketika ia ditimpa musibah
(HR Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang pernah ditimpa musibah lalu ia ingat akan musibah itu, serta memperbaharui ucapan istirja' walaupun sudah berlalu masanya, maka Allah akan memberi pahala kepadanya sebesar pahala di saat ia ditimpa musibah saat itu
(R.Ibn Majah)


Maksud Istirja ialah :"Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali"

Diambil dari buku bertajuk:RAHMAT DISEBALIK DUGAAN.
Penulis:Kasmuri Selamat M A

Wallahua'lam


Thursday, October 01, 2009

Bercinta Cara Islam

Assalamualaikum,

Pagi ni,terlintas di kepala bagaimana bercinta cara islam?
sebab nya, adalah kawan yang bertanya apa nak buat bila ada orang nk 'confess' kat die..
urm...

Tanye cik google; jumpa link2 ni..menarik....semua patut baca,terutama bagi mereka yang "terlintas' bab cinta ni dalam kepala dan yang sedang hangat "bercinta"....

Memang ada caranya..

Link2nye;

Bercinta cara islam

Nak 'couple' boleh tak?


Risalah vs cinta

Membaca entry2 ni,sedikit-sebanyak, rasa "terpukul" jugak sebab kejahilan ni..tapi sekurang-kurang belum terlambat..Alhamdulillah

Wallahua'lam

Perniagaan untuk Akhirat

Firman Allah dalam Al- Quran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

(Surah As-Saff 61:10-11)

Nukilan sahabat istimewa untuk teman-teman yang istimewa

Ingatkah engkau wahai teman?
Bertemu. Tidak kerana nama.
Berkasih. Tidak kerana harta.
Sayang. Bukan kerana rupa.
Ingatkah?

Teman,
Di kala bergema seruan dari Tuhanmu
MengesakanNya, menyembah Yang Maha Satu.
Sudikah teman, kau sambut tanganku?
Sudikah teman, kau duduk di sisiku?
Sudikah teman, kau sambut jatuhku?

Izinkan aku teman, menghulur tanganku.
Izinkan aku teman, meneguhkan dirimu.
Izinkan aku teman, menyentuh hatimu.

Teman, walau ada beza di antara kita,
Yakinlah! Yakinlah temanku
Titik persamaan hanya satu!
Yakinlah teman! Ia pada iman di hatimu.

Teman,
Ingatlah kembali wahai temanku.
Siapa yang menyatukan di antara hati-hati kita?
Siapa yang mendekatkan antara yang jauh dipisah benua?
Siapa yang menerangkan di kala hati kita gelita?
Siapa? Siapa temanku?

Teman,
Tali ini, sambutlah!
Jalan ini, susurilah
Sesungguhnya syurga itu terlalu indah..

Jika hari ini terasa perit pedihnya terluka hati,
Jika hari ini ada yang merajuk memencil diri,
Yakinlah! Yakinlah dengan iman di hatimu,
Bahawa syurga itu terlalu indah untuk dibazirkan dengan sengketa ini.

Teman, sambutlah!
Asyhadu an laa ila ha illaLlah,
Wa asyhadu anna muhammadarrasuluLlah.
Pergilah kamu teman
Pergilah dalam keadaan tunduk kepadaNya.

Nukilan sahabat istimewa untuk teman-teman yang istimewa

P/S: Terima kasih Jenny, satu entry note yang menarik