Tuesday, June 02, 2009

Antara Seorang Muslim & Seorang Solehah.

Malam itu, aku nekad untuk mengenalinya..

Satu pengalaman baru buat aku…pengalaman yang menyedarkan aku sebenarnya.Hakikat yang betapa kerdilnya aku jika dibandingkan dengannya.

“Assalamualaikum.salam ukhuwah.minta maaf kalo mengganggu.nombor ni adik saya yang bagi.Betul ke ni nombor liza?”

“Waalaikummussalam..encik ni nak cari liza mana ni?saya bukan Liza Hanim..encik ni salah hantar msg ke?”

“Salam.Selamat pagi.Maafla untuk SMS sy semalam.Saya tak tahu pulak ni bukan nombor Liza Hanim.Tapi kalo memang nombor die,tak da pasal pon kalo saya nak “message”.Liza tu,saya tak tahu pon name penuhnya,orang suruh saya cari sendiri.susah betul camni”

“Ok la,ada ape2 sign yang menunjukkan yang Liza yang awak nak kenal..email ke..ape2 je..takut salah orng je..nak tau jugak..ape tujuan awak nak kenal Liza”

“OK,ni emailnya…nur_salsabila@yahoo.com..betul ke email awak?Apsal lain benor ejaannya?Ni pon orng bagi..saya tak tahu betul ke tak..hurm..awak dah abis belajar yerk?dah start cari kerja atau masih berehat lagi?”

“Awak xabis lagi jawab soalan saya”

“OK,saja nak berkenalan,tak salah kan?(sebab ada orng bg nombor).”

“Rileks dulu..xabis lagi ni..ape matlamat hidup awak seblm mati..apa maksud awak saja nak berkenalan..sebab orng bagi nombor..?”


“Saya nak hidup ni sentiasa dalam rahmat-Nya.Paling tak pun,sempat pegi Haji dulu. Saya ni jenis malas nak “mengayat” ni-(awak pon mesti tau kalo lelaki nak mengorat perempuan macam mana kan?).Jadi kalo tak sudi,terserahla.Puas hati ngan jawapan saya?”

“lupa pulak nak tambah,kalo bab mengayat ni,bagi saya hipokrit,tak ikhlas.baik jadi diri sendiri,kalo orang tak suka pon,sekurang-kurangnya kita jujur”

“ada apa2 lagi nak tau? Kalo tak de,boleh la jawab soalan2 saya tadi pulak.ok?sebelum tu,nama penuh awak ape?”

“Agak sensitive jugak awak ni ye..semua yang saya buat ada motif dan sebabnya..boleh nak Tanya lagi?”

“tak tahu la sensitive ke tidak..saya memang cmni..kalo ada soalan lg,sila kan.Tapi cmna saya nak kenal awak ye?ade fs,facebook,YM ke?saya tak tahu awal “follow” ke tak benda2 ni,saya tak berapa jugak tapi saya kena tahujgk sebab dr “background” IT.Sekarang saya Tanya awak pulak,apa matlamat awak sebelum mati?”

“Matlamat hidup saya,”simple” je..tapi memerlukan pengorbanan yang besar dan berterusan..hidup dengan islam..bekerja demi islam..camne plk dengan perancangan dan sumbangan awak untuk mendapat rahmat Allah..?”

“Insyaallah,saya amalkan segala suruhan dan tinggalkan larangan-Nya.Cuba jadi anak yang baik kepada ibu saya.Saya tahu saya tak sempurna dan banyak kelemahan.Erm..setahu saya, awak tengah sibuk sekarang..ada program ape yerk?”

“Alhamdulillah..mesti mak awak sayangkan awak..bertuah mak awak dapat anak macam awak…mungkin soalan “last” sebelum saya buat kesimpulan..saya nak kongsi ilmu sket dengan awak..boleh awak bagitau ape yang dikatakan dengan politik islam..ape pandangan awak tentang politik Malaysia hari ni?”

“Pasal politik ni, saya tak da ilmu sangat,pasal politik islam lagi la.Tapi bagi saya,politik ni mesti mengutamakan kepentingan rakyat,pemimpin mesti adil,tak boleh ada kepentingan diri,jaga amanah yang diberi.Kalo politik Malaysia,saya tak berminat sangat sebab bagi saya,permainan dan isu2 politik Malaysia tidak matang.Dunia luar mesti ketawa ja kat Malaysia ni..tu je kot..xleh komen lebih,kan lain pulak jadinya..”

“Okey la…sebelum saya buat kesimpulan akhir..saya bagi ruang untuk awak Tanya saya..Insyaallah, saya akan jawab setakat yang saya mampu..silakan..”

“Ape benda la kesimpulan yang awak nak buat ni?...soalan saya,ada dalam msg2 sebelum ni,awak jawab je semua,ikhlas.saya Cuma nak kenal je awak dulu.memandangkan awak dari bidang Syariah,lepas ni”maybe” lagi banyak benda yang saya nak bincang.Saya pernah belajar syariah jugak sket, tapi “general” saja sebab Major saya IT”

“Nama saya Rosliza Ismail..Anak Jati Kelantan..email tu memang saya punya..baru abis belajar..Sarjana Muda Syariah..sekarang sedang bekerja untuk islam..matlamat saya dah bagitau tadi…saya baru selesai “handle” program “Lambaian Menara Gading” untuk adik-adik yang bakal ke IPTA/TPTS..rasanya saya dah jawab semua..ada ape2 lagi yang tertinggal..?”

“Satu je lagi…berkaitan hal2 komuniti cyber?awak memang xde joint?( sebab kalo boleh, saya nak kenal juga rupa awak, sebab saya rasa,awak dah pon tengok rupa saya kan?).Yang lain tu.saya ucapkan Terima kasih.”

“Maafla,saya xreti pasal IT ni…boleh saya buat kesimpulan sekarang?”

“Terserah”

“Dari kaji selidik yang saya buat…memang saya akui…minat saya pada awak ada..Cuma ideology,cara dan matlamat kita jauh berbeza…kita tak serasi la…saya msg dengan awak bukan saja nak mengayat awak..bukan sekadar untuk berkawan dan berkenalan..tapi untuk mencari bakal suami..selain itu Islam melarang perhubungan antara lelaki dan perempuan kecuali untuk memilih pasangan hidup…dan yang lain2..yang tidak termasuk dalam kategori maksiat dan dosa..oleh kerana itu…kita berhenti disini sahaja sebelum terlajak..saya mohon maaf dari awal hingga akhir..saya doakan awak bertemu jodoh yang sesuai dan serasi hingga akhir hayat.”

“Waalaikummussalam.Saya pon ucapkan terima kasih.saya tidak pernah lagi msg dengan mana2 perempuan macam saya msg dgn awak.Awak ada matlamat yang jelas.susah nak jumpa orng macam awak sekarang.apa-apa pon, teruskan matlamat awak.”

“Terima kasih juga kerana memahami..dalam hidup kita..semua kena ada perancangan..kta nak buat sesuatu kena ada perancangan..kita nak buat sesuatu yang baik..lagi la perlukan perancangan yang teliti..cuba kita perhatikan..orang yang nak mencuri..macam mana dia punya perancangan…polis pon xdapt kesan..maksudnya dia Berjaya mencuri dengan perancangan yang teliti…meski pon nak buat jahat..kita lebih2 lagi..betul x/..sorry ceramah sket dah…”

“tak pe..saya lagi suka kalo ade orang ingatkan saya.sedikit sebanyak, kalo pasal pilih pasangan hidup,saya akui,saya sependapat seperti awak.Dan perbezaan ideology,cara berfikir tu bagi saya, bergantung kepada suasana disekeliling kita,cara kita dibesarkan.Dan ia boleh berubah.”


“Assalamualaikum,maaf sekali lg.Tapi saya perlu juga jelaskan(supaya saya rasa lega).Kalo awak mencari calon suami, saya juga mencari calon isteri, tapi bukan untuk kawen terus sekarang, sebab saya perlu bersedia dengan seadanya untuk nafkah zahir dan batin.Bukan sekadar menyediakan keperluan pakaian, tempat tinggal, makan dan minum untuk secara zahir nya, malah untuk batin(bukan hubungan seks sahaja seperti tanggapan ramai orng sekarang), pengetahuan agama yang cukup untuk membimbing isteri dan menndidik anak2.Tanggung jawab terhadap ibu jaga harus lebih diutamakan daripada isteri bagi seorang lelaki yang muslim.Berkawan pulak maksud saya,bukan “couple” macam budak2 sekarang,sebab sampai sekarang pon, saya tak berpasangan sebab saya percaya pada jodoh, dan jodoh itu di tangan Tuhan.

Seperti mana mksd hadith,nikahilah perempuan berdasarkan 4 perkara:

1. Harta
2. Keturunan
3. Rupa
4. Agama

Namun, yang terbaik pilih la kerana agamanya, nescaya kamu berbahagia
(riwayat Bukhori dan Muslim)

Bab politik dan agama, saya akui pengetahuan saya cetek sebab saya meningkat dewasa dalam arus yang berbeza. Sekadar ingin menjelaskan,sekian.Wassalam”

“tak pe la..saya dah buat keputusan setelah berfikir panjang tadi..saya tenang dengan keputusan yang saya buat..sebab tu saya lambat balas msg awak…mungkin ada hikmahnya..maaf saya harap awak faham dengan pendirian saya..terima kasih”

“Ye, saya paham.saya Cuma bagi penjelasan je.sebab saya bukan tahu sangat cara berkomunikasi dengan perempuan sebenarnya.lagi2 dengan orang macam awak.saya Cuma nak betulkan percepsi awak je.Saya tahu,saya mana layak dengan awak pon.lagipon saya tak kenal pon siapa awak sebenarnya.”

Adakah ia akan berakhir disini….Hanya Tuhan sahaja yang tahu…

1 comment:

Anonymous said...

urm..i dunno wt to say bro..cm interview keje pon ade=p..u'll find sumone sumday..believe in HIM..okay=p