Saturday, August 16, 2008

BESARNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI

LELAKI
1.lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya jika anak gadisnya tidak pernah diajar mengenainya.

2.lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dan akan dipersoalkan di akhirat tantang dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

3.hukum menjelaskan anak lelaki walaupun sudah berkahwin kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya. Kalau buat tak baik, dosanya akan dipertanggungjawabkan kepada suaminya.

4.suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu, isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

*Mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

WANITA
1. wanita, auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya).
7. talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

2 comments:

mat_ganu said...

kalo half laki mcmn lak?
tomboy??eee...

Anonymous said...

memang x dpt di nafikan..kal lah smua lelaki sedar akn tanggungjawab ni...