Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Jika Kamu Ingin Menikahiku....

Dikisahkan,
Seorang wanita memberikan 4 syarat kepada lelaki yang ingin menikahinya iaitu
1.Menunaikan Solat 5 waktu setiap hari
2.Berpuasa sepanjang tahun
3.Khatam Al-Quran setiap hari
4.Bertahajjud setiap malam

Semua lelaki yang menemui wanita ini untuk dinikahi, tidak sanggup untuk memenuhi syarat ini.
Ramai juga hanya menyatakan hanya syarat No.1 yang sanggup dipenuhi, tetapi tidak sanggup untuk 3 yang lain.

Seorang lelaki menerima syarat itu tanpa melakukan semua perkara itu tetapi TETAP memenuhi syarat itu..
Persoalannya bagaimana?

Beruntungnya umat akhir zaman kerana AMALAN yang kecil tetapi konsisten (istiqamah), mampu untuk memenuhi syarat tadi....

Syarat No.2
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Puasa sebulan di bulan Ramadhan dan 6 hari di bulan Syawal juga amalannya seperti berpuasa sepanjang tahun.....

Syarat No.3
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".
(Hadis Riwayar Muslim)

Oleh itu, membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya adalah seperti membaca sebuah Al-Quran,atau dengan kata lain adalah khatam satu Al-Quran

Syarat No.4
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".
( Hadis Riwayat Muslim)

Amat pintar wanita, yang memberikan syarat-syarat ini.......cuma satu persoalan..
Kenapa tiada amalan kecil yang lain untuk memenuhi Syarat No.1?...sama-sama kita cari...:)

Wallahualam

Sunday, June 17, 2012

Fikrah

Bukan soal nafsu,tapi waktu.
kerana ajal tiada siapa yang tahu,
kerana rezeki tiada siapa dapat menduga
kerana dosa dan pahala tiada siapa dapat mengira.

manusia merancang,Allah merancang,
namun perancangan Allah yang terbaik.

Berdoalah dan mohonlah,
agar perancangan kita, adalah perancangan-Nya jua.

"Wahai Tuhan kami,beri rahmat kepada kami dan beri kemudahan serta petunjuk kepada kami
dalam urusan kami".
(Surah Al-Kahfi 18:10)


Wallahua'lam

Sunday, April 29, 2012

Nukilan Hati Si Anak (suatu monolog)

Assalamualaikum w.b.t

coretan kali ini adalah mengenai monolog hati si anak terhadap hati si ibu..(tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati, hanya luahan fikiran)

......siapa si anak pada hari ini, apa yang si anak dapat pada hari ini, hasil berkat doa si ibu...kerana si anak sedaya-upaya menjaga hati si ibu......berbanding hati si anak sendiri.....kerana akhirnya, pasti ada hikmah yang tersembunyi..

sesekali si anak rasa terhimpit dengan kehendak si ibu dengan kehendak sendiri....bila berhadapan dengan situasi terpaksa memilih, si anak dahulukan kehendak si ibu dulu......walaupun si anak terkadang termakan hati sendiri.....kerana akhirnya, pasti ada hikmah yang tersembunyi...

di dunia ini, tiada siapa lagi yang si anak betul-betul percaya selain dari si ibunya sendiri...saat si anak memerlukan bantuan sokongan moral..si ibu la tempatnya mengadu....dan si anak tahu si ibunya juga begitu, tiada sesiapa yang si ibu percaya selain si anaknya sendiri...tanpa si suami disisi....sedangkan orang-orang lain hanya akan melepaskan batuk ditangga sahaja

tapi mungkin si ibu aku tidak menyedari, bahawa si anak masih setahun jagung di dunia ni, berbanding dirinya sendiri...tiada sesiapa yang boleh si anak jadikan rujukan selain si ibu.....
sedangkan orang-orang lain hanya akan melepaskan batuk ditangga sahaja
 
walaupun banyak perkara yang si ibu sendiri tidak tahu....tapi kepada siapa lagi si anak boleh bertanya.....sebab si anak tahu, hati si ibu mana yang tidak inginkan kebahagiaan anaknya kan?kerana akhirnya, pasti ada hikmah yang tersembunyi..

si anak sekarang berada di persimpangan hati, paling kritikal sepanjang hidup si anak, dalam hidupnya.......kesilapan lalu membuatkan jauh didasar hati si anak rasa kesal,si anak redha cuma kenapa si ibu tidak menyatakannya semasa itu, sebaliknya membuatkan situasi si anak rasa bersalah masa kini, ini membuatkan hati si anak tertekan...si anak perlukan bimbingan, supaya si anak boleh berfikir dengan waras....si anak perlukan "marah" si ibu, supaya otak si anak berfungsi...si anak hanya mahu tahu!

si anak amat takut keputusan yang ambil akan mengguris hati si ibu....si anak hanya mahu tahu apa hasrat si ibu, baru la si anak boleh menilai.....jangan biarkan si anak buat keputusan sendiri.....dengan siapa lagi ingin si anak berbincang?..kalau bukan dengan si ibu...selain si ayah yang sudah lama dipanggil-Nya?.........betul atau salahnya tindakan si anak, bergantung kepada restu dan doa si ibu...kerana bagi si anak petunjuk dan ilham-Nya disitu....mohon tolongla si ibu mengerti...jeritan batin si anak ini...si anak hanya mahu tahu!

keputusan dan hasil yang akan si anak lakukan ini, akan turut melibatkan hati si ibu di masa depan,
si anak amat risau si ibu akan makan hati,tanpa si anak sedari, kerana si anak bukanlah sebijak si ibu dalam soal hati ini...keputusan yang akan mengubah hidup si anak keseluruhannya..si anak hanya mahu tahu!.

hati si anak kini teruji....selain meminta petunjuk dan ilham-Nya...si anak amat berharap si ibu turut membantu...kerana sememangnya si anak amat percaya, ilham-Nya selalu datang melalui si ibu...kerana siapa si anak pada hari ini, apa yang si anak dapat pada hari ini, hasil berkat doa si ibu...kerana si anak sedaya-upaya menjaga hati si ibu......berbanding hati si anak sendiri.....kerana akhirnya, pasti ada hikmah yang tersembunyi..
 

Sekadar mencoret, huhu :)

Wallahua'lam

Saturday, December 17, 2011

Nikmat Demi Nikmat

Assalamualaikum,
kali ini, aku ingin mencoret sedikit tentang nikmat...sememangnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hambanya...
Aku akui, aku bukan la seorang hamba yang baik, namun aku cuba dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik..
walaupun kadang-kadang seperti 'hangat-hangat taik ayam" je.....tapi sekurang-kurangnya..ada juga sekali -sekala diri ini jujur, ikhlas dengan Tuhan...menjadi hambanya yang baik...maklumla...hanya manusia biasa yang bukan maksum..

Tapi aku sungguh bersyukur kerana tuhan senantiasa melimpahkan rahmatnya kepada aku..dari celik mata bangun tidur sehingga la celik balik esok harinya..senantiasa dalam rahmatnya....syukur aku masih hidup, dan masih berpeluang menambah bekalan akhirat..walaupun kadang-kadang bukan pahala yang dapat tapi dosa yang dibuat....tapi dosa dan pahala Allah yang boleh nilai...cuma harapan aku dan doa aku, biarlah aku dikalangan hamba-hambaNya yang taat.

Aku suka berfikir, mencari jawapan kepada semua kejadian yang berlaku dalam hidup dan perkara-perkara yang berlaku di sekitar aku...kekadang terbawa ke dalam tidur lagi...mencari hakikat manusia, hakikat Qada' dan Qadar....hakikat rezeki, hakikat jodoh...aku cuba memahami sedikit demi sedikt hakikat ini....supaya aku tidak salah membuat langkah...agar perancanganku adalah perancangan-Nya jua...

Dari sekecil-kecil nikmat, hingga sebesar-besar rahmat..syukur...aku melihat diri aku amat beruntung berbanding orang lain...
Nikmat Islam, iman dan ihsan...semua ada...termasukla nikmat rezeki yang tidak putus-putus..cuma aku sahaja yang kekadang alpa...
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas segalanya...

Wallahua'lam

Sunday, May 22, 2011

Perkara Sensitif

Assalamualaikum w.b.t

Sensitif, terutama bagi yang masih tercari-cari macam aku....
Selalu orang kata "jangan memilih sangat".......
Yang pasti..kalo di hati tidak tertarik,macam mana nak dekat sekalipun....

Tersebut lah Kisah...

Peristiwa lalu masih terasa, walaupun sudah 4 tahun berlalu...aku berkawan, tiada apa-apa antara kami, cuma masing-masing tahu saling menyukai..
Tapi dia memahami, dan aku juga memahami, tanpa restu, tak mungkin ada kebahagiaan...
Jadi, dengan berat hati, kami melepaskan diri dari satu pengharapan ini...

Dia telah menemui seorang yang lebih layak untuk menjaganya..dan menyayanginya....Alhamdulillah...senang hati ku...semoga dia akan berbahagia..dan selamat diijabkabulkan tak lama lagi..dan aku...masih begini la nampaknya...
dan selalu orang kata"kita akan jumpa yang lebik baik"...

Seperti dialog watak Ilyas dalam 'Ketika Cinta Bertasbih spesial Ramadhan' -" aku pernah mengkhitbah Husna,masakan aku dapat menerima seseorang yang tidak mungkin seperti dia"-

Ciri seorang wanita yang dapat menarik hati aku adalah dia...watak,perangai,agama..nya..aku rasa amat sukar untuk dicari ganti....bukan aku tidak cuba membuka hati....malah aku cuba menyukai..tetapi kalo bukan "lebih baik" masakan hati ini bole tertaut?

Aku sedar siapa aku untuk memilih,tapi perlu memilih kerana bukan untuk hidup sehari dua, tapi aku semahunya untuk dunia dan akhirat...bunyi macam aku pentingkan diri sendiri...sedangkan diri ku bukan seberapa...hanya yang mengenali sahaja.yang tahu siapakah aku...

Bersambung....

Jadi itu la kisahnya....moral of the story...jangan gatal nak bercinta masa belajar...belajar dulu,kerja baru pikir..macam aku sekarang..hahaha

Ok la..cukup setakat ini coretan sensitif ini...Minta maaf semua yerk..

Wassalam.

Sunday, March 06, 2011

Nukilan buat Zaujah

Assalamualaikum,
Pertama sekali saya minta maaf kalau apa yang bakal saudari baca ni buat saudari terkejut. Cuma saya minta saudari baca dan buat la pilihan yang terbaik, untuk diri saudari dan juga saya…InsyaAllah dengan izin-Nya..semua akan dipermudahkan…
Tidak semudah yang disangka, untuk mempelawa seorang wanita yang ajnabi untuk keluar bersama..terus-terang..itu adalah kali pertama, saya mempelawa seoarang wanita keluar bersama saya…banyak perkara yang menggusarkan saya…dan seperti menidakkan prinsip saya.…tapi demi kepastian, saya cuba juga pelawa saudari keluar…dan terima kasih kerana akhirnya saudari sudi…
Saya agak mungkin saudari dapat membaca maksud tersirat, apabila seorang lelaki menpelawa seorang wanita untuk menemuinya..pastinya bukan saja-saja…

Antaranya dalilnya : “telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : “Adakah kamu telah melihatnya? : “Belum jawabnya” ; Nabi menjawab : “ Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)” ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : “ Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua” ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif ; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/212-antara-displin-islam-dalam-pertunangan.html

Susah untuk saya lakukan seperti mana saranan dalam ustaz tu..tapi setakat ini saja yang saya mampu buat masa sekarang…terlalu banyak kekangan.
Umur dah semakin meningkat, dan saya rasa dah tiba masanya untuk saya mendirikan baitulmuslim, menyempurkan agama, dan melengkapkan fasa hidup saya yang saya rencanakan dari usia 18 tahun lagi…Alhamdulillah, besar kurniaan-Nya kepada saya, hampir semua yang saya ingin kan sudah tercapai…dan ada yang lebih awal dari yang saya jangkakan.
Kecuali satu..menemui jodoh saya..persoalan lain, kebanyakkan sudah terjawab…Syukur sangat-sangat.
Saya bukan la jumud atau kolot tapi saya punyai pendirian atau dengan kata lain konservatif….dan ini adalah cara saya,saya mohon maaf kalau saudari tidak selesa dengan cara ini..
Saya seorang yang percaya cinta,kasih sayang antara dua insan adalah lebih suci dan kukuh bila ada ikatan yang kukuh..iaitu pernikahan..dan saya tidak pasti sama ada saudari juga percaya begini..

Dalam hadith,
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semestinya saudari mesti pernah terbaca kan?..ini menjadi sebahagian dari apa yang saya amat percaya….saya bukan sesiapa malahan tidak layak pun jadi penilai, dan saya bukan untuk menilai saudari…cuma ini menjadi pegangan saya….
Dan mungkin saudari juga tahu hadith ini,

"Bila datang seorang laki-laki yang kamu redhai agama dan akhlaknya, hendaklah kamu nikahkan dia, kerana kalau engkau tidak mahu menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas."
(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
Tapi hadith ini lebih sesuai untuk wali bagi wanita..

Saya tidak mengenali saudari sepenuhnya...
Dan saya pasti saudari juga sama, masih belum mengenali saya sepenuhnya…
Tapi tak mengapa saya ambil risiko ini, sebab saya yakin Allah tidak akan mempersia-siakan hamba yang yakin kepada-Nya..sebab Allah berfirman:

Allah berfirman: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"
(QS Ath-Thalaaq [65]: (2-3))
Ini maksud ayat seribu dinar sebenarnya…

Saya mahu saudari tahu, saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya sudah bekerja..…Tapi saya tidak tahu sampai bila saya mampu untuk bekerja, yang pasti,dengan izin-Nya saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anak kelak.
Saya tidak berharta…tapi saya amat bersyukur sebab arwah ayah saya telah meninggal harta yang paling bermakna dalam hidup saya…didikan AGAMA…walaupun tak belajar agama secara formal,dan cetek sangat ilmu …InsyaAllah,akan saya jaga..dan saya akan cuba menjadi seperti arwah saya dalam membimbing diri saya, isteri dan anak-anak kelak…
Saya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan saudari untuk berada disamping saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. ..dan saya pasti kita mampu untuk memperbaiki diri masing-masing.

Allah berfirman:
“...dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya ialah bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih-sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir)...”
(QS Ar-Rum [30]: (21))

Saya hanya manusia biasa.
Cinta saya biasa saja. Jadi saya menginginkan saudari supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta saya ini supaya jadi luar biasa, supaya menambahkan lagi cinta saya kepada-Nya.Biarlah kehadiran saudari dalam hidup saya menjadikan saya lebih beriman,lebih rasa kepatuhan kepada suruhan-Nya.
Saya amat berharap, saudari sanggup unutuk susah bersama saya,bukan saya mahu hidup susah tapi lebih baik bersedia….bukan senang mencari kawan ketika susah,dan bukan susah mencari kawan ketika senang…..kehadiran saudari,dengan izin-Nya akan meningkatkan daya hidup saya.. Saya tidak tahu adakah saya boleh bersama-sama saudari sampai mati sebab saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami mithali dan ayah yang baik.InsyaAllah.
Saya menginginkan saudari menjadi seperti seorang sahabat baik kepada ibu saya,kakak kepada adik-adik saya, dan ibu yang terbaik buat zuriat saya kelak…menjadi sebahagian daripada kebahagian keluarga saya..
Kenapa saya memilih saudari?Jawapannya saya sendiri tidak tahu…gerak hati ini,masih menyatakan saudari pilihan terbaik untuk saya.. Saya sudah solat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih saudari. Yang saya tahu, Saya memilih saudari kerana Allah. Dan yang pasti, saya ingin menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya ingin mencari seorang zaujah, dan bukannya seorang kekasih…
Saya bagi saudari masa untuk menilai saya,dan saya memohon saudari solat istikharah dulu sebelum memberi jawapan pada saya.Cuma pastikan saudari TEKAD dulu membuat pilihan,baru solat istikharah, dan bukan dalam 50-50..sebab solat istikharah adalah peluang terakhir mempertimbangkan pilihan lain yang ada.
Saya rasa cukup setakat ini saya cuba mengenali diri saudari sedikit-sebanyak...tidak sanggup lagi saya menidakkan hasrat saya...mungkin saudari dah ada yang lain, cuma masih menunggu…..dan mungkin sudah ada yang melamar(khitbah) saudari…apa-apa pun jawapan saudari, saya terima…
Sekali lagi,saya minta maaf kalau perkara ini mengganggu ketenangan jiwa saudari…..mungkin terlau singkat saudari mengenali saya tapi yang saya mahukan adalah satu kepastian…sebab sangkaan tidak wajar dijadikan amalan

http://nurjeehan.wordpress.com/2007/03/12/sangkaan-tidak-wajar-jadi-amalan/

kerana ia melemahkan keimanan kita kepada Qada’ dan Qadar Allah..
Kepastian ini amat penting untuk saya, agar saya dapat berlaku ADIL terhadap diri saya dan mungkin juga saudari.

Jadi saya amat berharap, saudari ambil peluang ini…untuk menilai saya..
Anggaplah surat ini satu khitbah dari saya, dan saya bagilah jawapan bila saudari sudah bersedia...Jodoh di Tangan-Nya..Kita hanya mampu merancang,namun Allah jua penentunya...Apa pun jawapan saudari..saya terima dengan REDHA. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalam..

Sunday, October 10, 2010

JIKA AKU JATUH CINTA

YA Allah,
Jika aku jatuh Cinta,
Cintakanlah aku pada seseoarang yang melabuhkan cintanya pada MU,
Agar bertambah kekuatan ku untuk menyintai MU,

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu,

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati MU,

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan MU,

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunjat di sepertiga malam terakhirMU,

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang Menyeru manusia kepadaMU,

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU,
jangan Kau biarkan aku melampaui batas,
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada MU..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Friday, September 03, 2010

'Ibadur Rahman( Hamba Allah )

Assalamualaikum wbt,

ketika berkesempatan balik ke kampung pada cuti Nuzul Quran yang lalu,penulis sempat menghadiri Iftar di Masjid Abu-Bakar,Kg Kadok Dalam.
Sebelum berbuka, penulis berkesempatan mengikuti kuliah sebelum berbuka di masjid berkenaan, yang membicarakan tajuk 'Ibadur Rahman atau Hamba Allah..
Disini dikongsikan terjemahan ayat 63 hingga 77, Surah Al-Furqan yang menerangkan 12 ciri-ciri 'Ibadur Rahman:

63.Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman ( yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan-santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab,hadapkan kata-kata kepada mereka, meraka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

64.Dan mereka ( yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan meraka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

65.Dan juga meraka yang berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhan kami sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami,sesungguhnya azab seksanya itu amat mengerikan.

66."Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";

67.Dan juga mereka (yang diredahi Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

68.Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak( yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

69.Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,-

70.Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik,maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

71. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh,maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

72. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang ) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

73.Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka,tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

74.Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang ( mahu) bertaqwa.

75.Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.

76.Meraka kekal di dalam Syurga itu;amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

77.Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau kamu tidak adanya doa ibadat kamu kepada-Nya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telah pun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu);dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab ( disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

Itu terjemahan dalam bahasa Melayu...Semoga kita dapat memahami maksud dan ciri-ciri 'Ibadur Rahaman kerana telah jelas maksud ayat-ayat ini...dan semoga boleh kita jadikan renungan dan mengaplikasikan ciri-ciri ini dalam diri kita sendiri( pesanan untuk penulis juga)..

Wallahua'lam.

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum,
selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia...
semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..Insyaallah...
Dan syukurla kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk beribadah dengan tenang di bulan ini..Terima kasih Allah..Terima Kasih Allah...
Insyaallah...

Saturday, June 12, 2010

Menganiaya Diri Sendiri

Firman Allah dalam surah Az-Zukhruf (43:76) yang bermaksud;

"Dan tidaklah Kami menganiaya mereka,akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri".

satu ayat dari terjemahan Al-Quran...yang membawa aku menulis entry ini...
memang banyak sangat perkara yang aku lakukan, sebenarnya menganiaya diri sendiri,
semua membawa mudarat...biarpun mengetahui perkara itu memang salah tapi buat juga...

kerana memang sifat manusia yang lemah,tidak boleh lari dari membuat pertimbangan yang salah.
Ya Allah, berilah aku peluang dan ilham untuk memperbetulkan keadaan..
Perkara yang lepas, biarkan berlalu...cuma harapan aku,mana-mana hati seseorng yang tidak sengaja aku sakiti...memaafkan aku......aku ini seorang yang bodoh pasal jiwa manusia..

Bersalah dengan Allah,Allah Maha Pengampun...tapi kalau bersalah dengan manusia???
Walaupun maaf dipinta..tapi dihati tetap ada luka...

Thursday, February 18, 2010

Kekasih Ku



 

Nak cerita sikit  tentang KEKASIH saya?(Saya taip huruf besar tu sebab saya terlampau sayang kat DIA) penyayang sifatNya....Betul ni, tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa saya susah, minta tolong sajalah pada DIA. Tentu akan datang bantuan. Bila saya susah hati, boleh terus ngadu kat DIA.-direct. Yang bestnya tu, bila saya ngadu kat DIA, terasa aman saja. Segala resah gelisah hilang. Sudah tentulah....KEKASIH, kan? Ish beruntung betul dapat KEKASIH cam nie...Tak pernah sakitkan hati saya. Bila-bila masa aja saya boleh contact DIA. DIA available 24 jam..Kadang-kadang saya menangis bila contact DIA. Hanya DIA la yang boleh memberikan saya ketenangan...

Yang seronok tu, sebab betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye le, cinta punya pasalkan? DIA tak kisah pun kalau saya tak ingat kat DIA. DIA tetap setia bersama saya. Tapi rugilah saya, sebab kalau saya ingat dan contact je DIA, pasti macam-macam boleh dapat. Tak kiralah, material ke spiritual ke...kadang-kadang DIA lindungi saya setiap kali saya ingat DIA. emmm memang KEKASIH sejati le tu!

Bila saya rindu kat DIA, baca saja surat-surat yang DIA bagi tu. Hati saya yang resah pun boleh sembuh balik…Macam-macam nasihat ada dalam tue. Siap bagi example nak bagi saya faham. Sebab DIA sayangkan saya, DIA ada bagitau cara hidup yang paling DIA suka. Sebelum ni pernah gak saya frust, memang sedih betul pada masa tu. Ye le, cinta bagai nak rak tiba-tiba putus begitu aje. Tapi KEKASIH saya yang ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita saya yang frust tu. Siap bagi semangat lagi.DIA tak cemburu sikit pun. Cuma saya yang cemburu dengan DIA.

Memang ramai yang jatuh cinta dengan DIA, jadi saya kenalah betul-betul. Kata org putih...what you give, you get back...jadi, kalau saya berusaha lebih sikit saya dapat lebih le,kan? Bertuahnya saya rasa kalau saya mendapat tempat yang special dalam hatiNya. 
KEKASIH saya ni teramat baik. Perfect! Tu yang kadang-kadang area 3-4 pagi di tengah malam, kalau saya terjaga, sudah tentu saya akan contact DIA. Rindulah!. Masa tue takkan ada orang gangu kami berbual. Tenang je rasa bila ‘berbual-bual’ denganNya. Saya luahkan segala yang saya mahu. Saya mintak maaf kerana selalu abaikan DIA dan kadang-kadang tak dengar larangan dan pesanan DIA. DIA memang selalu ada untuk saya. DIA cuma tunggu saya berjumpa DIA jer.. Sayangnya kat DIA.

Sebenarnya KEKASIH saya ni kaya.millionaire..billionaire.dan ntah apa-apa naire lagi.. DIA tu sangat pemurah. Semua keperluan hidup saya DIA support.caya tak? Free of charge. Masa saya mula-mula hidup kat dunia ni lagi, DIA dah support saya. Tapi saya tak sedap hatilah..mesti kena hargai apa yang DIA bagi tu,kan?? Mak saya kata, kalau orang dah bagi tu, ambil aje walau kita suka atau tak suka. Lepas tu, pandai-pandailah membalas budi..Tu yang buat saya sanggup berkorban apa saja. Saya cuba sedaya upaya membalas segal budi baik DIA.

DIA memang suruh saya belajar bersungguh-sungguh. Kalau boleh belajar segala ilmu. Sebab, KEKASIH saya ni memang bijak, pandai, genius dan lain-lain. DIA kata, tanpa ilmu setiap amal yang saya buat jadi sia-sia saja. DIA pun tambah sayang kat saya kalau saya rajin belajar.

Malu le nak cakap ni, sebenarnya emmmmm,.saya belum pernah jumpa dengan DIA. Belum bersedia laa. Tapi KEKASIH saya ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari le saya ni. Tapi kecut perut jugak!

Saya mesti bersedia awal-awal. Daripada surat DIA yang ada tu, saya tahu apa yang DIA suka dan apa yang DIA tak suka. Mestilah saya nak buat apa yang DIA suka, jadi bertambah-tambah sayang le DIA kat saya, kan? Takpelah, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji dengan sesiapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang tak pernah saya terfikir pun! Ish!! Rindu  sangat dah ni!!

KEKASIHKU. SAYA BERJANJI, SAYA AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI. WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA SAYA TETAP BAHAGIA.. ITULAH KEKASIHKU. ALLAH S.W.T. CINTA TERAGUNGKU!!!

Friday, February 12, 2010

Kaitan Qada' dan Qadar Dalam Kehidupan

Assalamualaikum wbt...

Ramai yang tidak faham rukun iman yang ke-6 ni, apa sebenarnya kalau ia dikaitkan dengan kehidupan kita...
Antara 5 lagi rukun iman, ini lah yang paling berkait rapat dengan kita...sebagai hamba Allah..
Ia banyak melibatkan aqidah sebenarnya...iaitu kepercayaan...
Kebanyakkan orng hanya paham Qada' dan Qadar itu sesuatu yang tersurat di Luh Mahfuz lagi...dan tidak akan berubah...senang citer nye selalu je cakap "dah qada' dan qadar macam tu, nak buat macam mana lagi?"..

Sebenarnya konsep yang difahami ini tidak tepat...penerangan secara ringkas oleh ustaz di link dibawah:
(ikuti commentnya sekali,mungkin sesetengah persoalan anda akan terjawab)

Links:
http://buluh.iluvislam.com/?p=30

Rezeki,Jodoh,Maut dan..semuanya adalah dalam pengetahuan Allah....tetapi kita diberi PILIHAN untuk berusaha kearah yang lebih baik...

Kalau secara logiknya, kenapa kita dikurniakan AKAL, ANGGOTA, KEBIJAKSANAAN...untuk kita menjalani kehidupan seharian kita?mesti ada gunanya..

Kita juga disarankan berusaha berikhtiar seperti mana yang disaran dalam Surah As-Syams:

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya).Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambahtambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
( Surah Asy-Syams 91:8-10)

Setiap perbuatan kita,pilihan kita ada baik dan buruknya..bergantung la pilihan mana yang kita mahu..dan setiap pilihan ada ketentuannya( maksud header blog ini).


Seperti kata ustaz dalam link diatas, jarang ulama' yang akan membahaskan atau memperincikan hal Qada' dan Qadar ini tanpa keperluan....sebab ia melibatkan aqidah (rosak aqidah rosak iman)..jadi cukup la setakat ini untuk saya jelaskan..

Wallahua'lam

Wednesday, January 20, 2010

Syukur



“Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia,maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya?”
-(Faatir 35:3)-

Assalamualaikum wbt.

Aku sengaja masukkan entry kali ni..bukan sebab ape…sebab aku baru terasa betapa beruntungnya aku dengan semua nikmat yang telah Tuhan berikan kepada aku…banyak perkara yang aku dapat lebih awal dari mereka yang seusia dengan aku..Alhamdulillah

Bukan semua yang aku hajatkan dapat seperti mana yang aku mahukan..tapi setelah aku fikir-fikirkan….sebenarnya semua permintaan aku kepada-Nya..sebenarnya dimakbulkan..walaupun secara tidak langsung.

Alhamdulillah….

Bukan aku tidak sedar semua nikmat ini, cuma baru saat ini baru aku terfikir …setelah aku termenung memikirkan setiap peristiwa dalam hidup aku bermula dari saat aku baligh hingga sekarang.. sememangnya Tuhan memakbulkan semua permintaan hambanya ini..

Cuma saranan aku yang xseberapa ini kepada semua teman-teman,y ang paling penting, sentiasa berkomunikasi dengan Allah, atau dengan kata lain sentiasa berdoa@berserah kepada-Nya dalam semua hal…bukan sekadar selepas sembahyang sahaja…setiap masa yang mampu..tidak perlu di lidah…sekadar monolog dalam hati pun tidak mengapa…dan istiqamah…Tuhan itu Maha Memahami….

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"-(Mukmin 40:60)-

Wallahua’lam



Friday, October 30, 2009

Nokhtah Buat Tahun Ini...

Assalamualaikum,

Kepada kawan-Kawan yang sudi menjenguk ke blog ini,atau sesiapa sahaja yang sering ke laman blog ini...ini merupakan entry terakhir buat tahun ini...dan insyaallah entry untuk lembaran baru akan bermula balik tahun hadapan..

Saya dan Ummi akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji dan umrah bermula 14 hb November sehingga 28 hb Disember ini...mungkin saya tidak akan berkesempatan untuk menjenguk lagi ke blog ini mulai 1 hb November ini, sebab banyak persiapan yang perlu dilakukan..Insyaallah banyak yang akan saya kongsikan sekembalinya saya ke Malaysia nanti..

Doakan saya dan Ummi agar selamat ke Tanah Suci Mekah dan selamat kembali ke Tanah Air nanti..

Berjuta kemaafan dipohon sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang penulisan blog yang tidak seberapa ini...halalkan segala makan-minum..

Sehingga bertemu lagi tahun depan..

Wassallam.

Friday, October 09, 2009

Kisah Benar : Kenapa Ada Syurga dan Neraka?

Dipetik dari : http://nowforeverkit.blogspot.com/2009/08/kisah-benar.html

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."



Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

End of my story. :-)

cerita ini pernah di siarkan di sahabat interaktif malaysia

Tuesday, October 06, 2009

Musibah?

Assalamualaikum wbt,

Disini saya masukkan ada sebilangan terjemahan Al-Quran yang menerangkan apa itu musibah...
Dan juga hadith2 mengenainya,

Saya xhurai apa2(takut salah)...

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan:"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali.Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk"(Al-Baqarah:156-157)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan:"Kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta"
(Al-Ankabut:2-3)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua kembali
(Al-Anbiya':35)

Rasulullah SAW bersabda:
Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya,hartanya,anaknya,akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa
(HR Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya
(HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
Apa pun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan,kesakitan,kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya
(HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:
Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya
(HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:
Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya:"Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar suaranya"
(HR Tabrani)

BERITA GEMBIRA BAGI MEREKA YANG DITIMPA MUSIBAH

Firman Allah
Ertinya:
Dan berilah berita gembira bagi orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah:155)

Rasulullah SAW bersabda:
Maka berfirman Allah SWT kepada para malaikat-Nya:Apakah yang diucapkan oleh hamba-Mu itu? Malaikat menjawab:"Dia memuji-Mu dan membaca Istirja',maka Allah SWT berfirman:"Bangunkanlah untuk hamba-Ku itu sebuah rumah di syurga dan rumah itu diberi nama dengan rumah pujian"
(Hadith dari Abu Musa)

UBAT BAGI ORANG YANG TERKENA MUSIBAH

Firman Allah
Ertinya:
Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata:"Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali
(Al-Baqarah:155)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula)pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kami jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Al-Hadid:22-23)

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada seseorang Islam dari golongan lelaki dan perempuan yang ditimpa suatu musibah, lalu ia ingat kembali akan musibah itu walaupun sudah berlalu lama, berkata Abad, sudah berlalu saatnya, kemudian ia memperbaharui ucapan istirja, melainkan Allah akan memberinya pahala sebagaimana pahala ketika ia ditimpa musibah
(HR Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang pernah ditimpa musibah lalu ia ingat akan musibah itu, serta memperbaharui ucapan istirja' walaupun sudah berlalu masanya, maka Allah akan memberi pahala kepadanya sebesar pahala di saat ia ditimpa musibah saat itu
(R.Ibn Majah)


Maksud Istirja ialah :"Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali"

Diambil dari buku bertajuk:RAHMAT DISEBALIK DUGAAN.
Penulis:Kasmuri Selamat M A

Wallahua'lam