Assalamualaikum w.b.t
coretan kali ini adalah mengenai monolog hati si anak terhadap hati si ibu..(tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati, hanya luahan fikiran)
......siapa si anak pada hari ini, apa yang si anak dapat pada hari ini, hasil berkat doa si ibu...kerana si anak sedaya-upaya menjaga hati si ibu......berbanding hati si anak sendiri.....kerana akhirnya, pasti ada hikmah yang tersembunyi..
sesekali si anak rasa terhimpit dengan kehendak si ibu dengan kehendak sendiri....bila berhadapan dengan situasi terpaksa memilih, si anak dahulukan kehendak si ibu dulu......walaupun si anak terkadang termakan hati sendiri.....kerana akhirnya, pasti ada hikmah yang tersembunyi...
di dunia ini, tiada siapa lagi yang si anak betul-betul percaya selain dari si ibunya sendiri...saat si anak memerlukan bantuan sokongan moral..si ibu la tempatnya mengadu....dan si anak tahu si ibunya juga begitu, tiada sesiapa yang si ibu percaya selain si anaknya sendiri...tanpa si suami disisi....sedangkan orang-orang lain hanya akan melepaskan batuk ditangga sahaja
tapi mungkin si ibu aku tidak menyedari, bahawa si anak masih setahun jagung di dunia ni, berbanding dirinya sendiri...tiada sesiapa yang boleh si anak jadikan rujukan selain si ibu.....
sedangkan orang-orang lain hanya akan melepaskan batuk ditangga sahaja
walaupun banyak perkara yang si ibu sendiri tidak tahu....tapi kepada siapa lagi si anak boleh bertanya.....sebab si anak tahu, hati si ibu mana yang tidak inginkan kebahagiaan anaknya kan?kerana akhirnya, pasti ada hikmah yang tersembunyi..
si anak sekarang berada di persimpangan hati, paling kritikal sepanjang hidup si anak, dalam hidupnya.......kesilapan lalu membuatkan jauh didasar hati si anak rasa kesal,si anak redha cuma kenapa si ibu tidak menyatakannya semasa itu, sebaliknya membuatkan situasi si anak rasa bersalah masa kini, ini membuatkan hati si anak tertekan...si anak perlukan bimbingan, supaya si anak boleh berfikir dengan waras....si anak perlukan "marah" si ibu, supaya otak si anak berfungsi...si anak hanya mahu tahu!
si anak amat takut keputusan yang ambil akan mengguris hati si ibu....si anak hanya mahu tahu apa hasrat si ibu, baru la si anak boleh menilai.....jangan biarkan si anak buat keputusan sendiri.....dengan siapa lagi ingin si anak berbincang?..kalau bukan dengan si ibu...selain si ayah yang sudah lama dipanggil-Nya?.........betul atau salahnya tindakan si anak, bergantung kepada restu dan doa si ibu...kerana bagi si anak petunjuk dan ilham-Nya disitu....mohon tolongla si ibu mengerti...jeritan batin si anak ini...si anak hanya mahu tahu!
keputusan dan hasil yang akan si anak lakukan ini, akan turut melibatkan hati si ibu di masa depan,
si anak amat risau si ibu akan makan hati,tanpa si anak sedari, kerana si anak bukanlah sebijak si ibu dalam soal hati ini...keputusan yang akan mengubah hidup si anak keseluruhannya..si anak hanya mahu tahu!.
hati si anak kini teruji....selain meminta petunjuk dan ilham-Nya...si anak amat berharap si ibu turut membantu...kerana sememangnya si anak amat percaya, ilham-Nya selalu datang melalui si ibu...kerana siapa si anak pada hari ini, apa yang si anak dapat pada hari ini, hasil
berkat doa si ibu...kerana si anak sedaya-upaya menjaga hati si
ibu......berbanding hati si anak sendiri.....kerana akhirnya, pasti ada hikmah yang tersembunyi..
Sekadar mencoret, huhu :)
Wallahua'lam
1 comment:
diam si ibu membawa erti
maka si anak perlu mengerti
kebaikan pasti si ibu hajati
buat si anak permata hati...
pndngan dr seorng yg jg b'glar si anak..:)
Post a Comment