Showing posts with label Aku Terbaca. Show all posts
Showing posts with label Aku Terbaca. Show all posts

Friday, October 09, 2009

Kisah Benar : Kenapa Ada Syurga dan Neraka?

Dipetik dari : http://nowforeverkit.blogspot.com/2009/08/kisah-benar.html

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."



Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

End of my story. :-)

cerita ini pernah di siarkan di sahabat interaktif malaysia

Tuesday, October 06, 2009

Musibah?

Assalamualaikum wbt,

Disini saya masukkan ada sebilangan terjemahan Al-Quran yang menerangkan apa itu musibah...
Dan juga hadith2 mengenainya,

Saya xhurai apa2(takut salah)...

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan:"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali.Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk"(Al-Baqarah:156-157)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan:"Kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta"
(Al-Ankabut:2-3)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua kembali
(Al-Anbiya':35)

Rasulullah SAW bersabda:
Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya,hartanya,anaknya,akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa
(HR Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya
(HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
Apa pun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan,kesakitan,kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya
(HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:
Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya
(HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:
Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya:"Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar suaranya"
(HR Tabrani)

BERITA GEMBIRA BAGI MEREKA YANG DITIMPA MUSIBAH

Firman Allah
Ertinya:
Dan berilah berita gembira bagi orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah:155)

Rasulullah SAW bersabda:
Maka berfirman Allah SWT kepada para malaikat-Nya:Apakah yang diucapkan oleh hamba-Mu itu? Malaikat menjawab:"Dia memuji-Mu dan membaca Istirja',maka Allah SWT berfirman:"Bangunkanlah untuk hamba-Ku itu sebuah rumah di syurga dan rumah itu diberi nama dengan rumah pujian"
(Hadith dari Abu Musa)

UBAT BAGI ORANG YANG TERKENA MUSIBAH

Firman Allah
Ertinya:
Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata:"Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali
(Al-Baqarah:155)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula)pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kami jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Al-Hadid:22-23)

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada seseorang Islam dari golongan lelaki dan perempuan yang ditimpa suatu musibah, lalu ia ingat kembali akan musibah itu walaupun sudah berlalu lama, berkata Abad, sudah berlalu saatnya, kemudian ia memperbaharui ucapan istirja, melainkan Allah akan memberinya pahala sebagaimana pahala ketika ia ditimpa musibah
(HR Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang pernah ditimpa musibah lalu ia ingat akan musibah itu, serta memperbaharui ucapan istirja' walaupun sudah berlalu masanya, maka Allah akan memberi pahala kepadanya sebesar pahala di saat ia ditimpa musibah saat itu
(R.Ibn Majah)


Maksud Istirja ialah :"Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali"

Diambil dari buku bertajuk:RAHMAT DISEBALIK DUGAAN.
Penulis:Kasmuri Selamat M A

Wallahua'lam


Thursday, August 13, 2009

PTPTN Secara Ujrah ( dari 3% caj ke 1% ujrah)

Assalamualaikum....

Mukkadimah;

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(Al-Baqarah-2:286)

-Credits untuk terjemahan diatas~ http://mtqpp-linuxmaster.blog.friendster.com/2007/03/hutang-wajib-dibayar/

Tentu semua orang pernah belajar di institusi pengajian tinggi tahu pasal PTPTN?

Caj perkhimatan dijadikan dari 3% setahun kepada 1% ujrah(Upah)...bermula 1 Ogos 2009(bulan ni)-kepada Peminjam yng dah tamat pengajian dan dah dapat surat

Apa-apa pon syabas saya ucapkan kepada PTPTN kerana sanggup mengambil tindakan ini untuk kepentingan semua.

(ni komen saya peribadi je, saya patuh je kalo dah macam tu arahan dari PTPTN)

saya sendiri dah ke pejabat PTPTN sebulan lepas(sebelum PTPTN pindah tempat baru)..bertanyakan hal ni..untuk peminjam seperti saya yang dah tamat pengajian..
pasal penukaran kontrak dari charge 3% ke 1% Ujrah.

jawapan yang saya terima seperti ini:
kontrak akan diposkan ke alamat tetap,tandatangan dan pos balik...kegagalan berbuat demikian..kontrak tetap 3% akan diteruskan..(kalo xsalah)

Persoalan yang timbul dalam otak saya:

1)kalo PTPTN pos, tapi xsampai(stuck di pos mane2),kite xleh tandatangan..kite ke yang salah?

kalo diorang pos(tapi xwat pon),tapi xsampai,kite xleh tandatangan..kite ke yang salah?

2)kalo PTPTN pos,sampai,kite tandatangan,pos balik,tapi xsampai..kite ke yang salah?

kalo diorang pos,sampai,kite tandatangan,pos balik,tapi xsampai(sampai sebenarnya tapi diorang kate xsampai)..kite ke yang salah?

3)kalo PTPTN pos(lambat), lambat sampai,(esok dah due date submittion),kite tandatangan,pos balik,sampai(walopon dah due date)..kite ke yang salah?

4)kalo PTPTN pos(awal), lambat sampai,(esok dah due date submittion),kite tandatangan,pos balik,sampai(walopon dah due date)..kite ke yang salah?

Ni persoalan dari segi teknikal nye je la..xsemestinya betul...bukan nak salahkan PTPTN..mungkin faktor lain pon mempengaruhi..

Bagi saya,kalo dapat surat kontrak baru tu,rela balik kampung ambik(alamat tetap kat kampung)..tandatangan dan hantar je terus ke pejabat PTPTN baru tu...

Kalau dilihat perlaksanaan nya...hampir sama je


sumber:UTUSAN MALAYSIA,SABTU,25 OKTOBER 2008,SISIPAN KHAS GEN-U,Kementerian Pengajian Tinggi

lebey kurang mcm ni la ringkasnye(kalo salah minta maaf)

1) 3% bergantung pada baki berkurang
2) 1% ujrah "flat rate"

Ujrah tu bergantung pada berapa tahun masa pembayaran,kalo nk kurangkan Ujrah tu,bayar balik banyak2 terus,dalam beberapa tahun.....;)

tapi sekurang-kurangnya ringan sket beban yang dirasa..

Dua link saya sertakan menyatakan hal ini:

http://www.zaharuddin.net/content/view/859/72/

http://www.ptptn.gov.my/docs/KENYATAAN%20AKHBAR-310709.pdf

Apa-apa pon sekali lagi, terima kasih kepada PTPTN...dengan xbanayk soal nye bagi pinjaman untuk aku belajar...kalo x....xtahu la macam mana..

sekadar untuk berkongsi pendapat,sebarang komen bersama amatla dialu-alukan...

Wallahua'lam

Thursday, July 09, 2009

Kerja dan Pencen

Assalamualaikum w.b.t

title ni aku terbaca dalam Utusan online(9 julai 2009), dan aku amat-amat bersetuju jika betul2 dilaksanakan (jangan kaji tapi xwat).

Kementerian Sumber Manusia kaji beri pencen untuk swasta

09/07/2009 3:02am

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kementerian Sumber Manusia pada masa ini dalam peringkat kajian untuk memberi pencen kepada pekerja di sektor swasta.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, ia adalah salah satu usaha kerajaan dalam usaha menambahbaik kualiti kehidupan rakyat.

``Kementerian kini dalam kajian untuk memberikan pencen seperti yang di nikmati oleh pegawai sektor awam untuk mereka yang bekerja di sektor swasta,’’ katanya dalam rancangan Helo Malaysia oleh Bernama TV di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berharap sektor awam yang kini diberikan tumpuan dalam penambahbaikan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP)dapat menjadi `role-model’ untuk sektor swasta.

- Bernama-

pada pendapat aku sendiri..memang patut dilaksanakan dari dulu lagi;

pencen amat bagus sebenarnya bagi semua orang yang tamat tempoh perkhidmatan, dan kebaikan yang paling utama sekarang(ikut pendapat aku sekarang la) ialah ibubapa tidak akan menyusahkan anak-anak yang bekerja dalam hal kewangan selepas tidak lagi bekerja kerana pencen boleh dianggap wang sara hidup lepas bekerja.Malah mungkin boleh membantu anak2 mereka membina hidup mereka pula sekiranya perlu..

mengikut kata Ummi aku(kerja kerajaan la) cara pemberian pencen oleh sektor awam adalah dengan mengambil kembali wang caruman KWSP caruman majikan untuk dijadikan pencen.Caruman peribadi tidak akan diusik. Dengan cara ini, wang KWSP semua kakitangan kerajaan dapat dikumpulkan untuk dijadikan wang pencen(sapa pencen dulu,die dapat dulu,dan sapa kendian dapat kedian)..kaedah ini lebih stabil dan terjamin..

dan bagi aku untuk sektor swasta pon boleh dilakukan dengan cara ini..mungkin Kementerian Sumber Manusia boleh mewujudkan satu badan GLC baru yang akan menguruskan hal ini..dimana setiap syarikat swasta perlu mendaftar dan memasukkan nilai "share" mereka untuk perkara ini..atau pun bekerjasama sahaja dengan KWSP..mungkin ada yang KWSP dapat uruskan...seperti mana PTPTN dan KWSP sekarang..

sekadar berkongsi pendapat..

Wallahua'lam..