Thursday, July 09, 2009

Kerja dan Pencen

Assalamualaikum w.b.t

title ni aku terbaca dalam Utusan online(9 julai 2009), dan aku amat-amat bersetuju jika betul2 dilaksanakan (jangan kaji tapi xwat).

Kementerian Sumber Manusia kaji beri pencen untuk swasta

09/07/2009 3:02am

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kementerian Sumber Manusia pada masa ini dalam peringkat kajian untuk memberi pencen kepada pekerja di sektor swasta.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, ia adalah salah satu usaha kerajaan dalam usaha menambahbaik kualiti kehidupan rakyat.

``Kementerian kini dalam kajian untuk memberikan pencen seperti yang di nikmati oleh pegawai sektor awam untuk mereka yang bekerja di sektor swasta,’’ katanya dalam rancangan Helo Malaysia oleh Bernama TV di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berharap sektor awam yang kini diberikan tumpuan dalam penambahbaikan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP)dapat menjadi `role-model’ untuk sektor swasta.

- Bernama-

pada pendapat aku sendiri..memang patut dilaksanakan dari dulu lagi;

pencen amat bagus sebenarnya bagi semua orang yang tamat tempoh perkhidmatan, dan kebaikan yang paling utama sekarang(ikut pendapat aku sekarang la) ialah ibubapa tidak akan menyusahkan anak-anak yang bekerja dalam hal kewangan selepas tidak lagi bekerja kerana pencen boleh dianggap wang sara hidup lepas bekerja.Malah mungkin boleh membantu anak2 mereka membina hidup mereka pula sekiranya perlu..

mengikut kata Ummi aku(kerja kerajaan la) cara pemberian pencen oleh sektor awam adalah dengan mengambil kembali wang caruman KWSP caruman majikan untuk dijadikan pencen.Caruman peribadi tidak akan diusik. Dengan cara ini, wang KWSP semua kakitangan kerajaan dapat dikumpulkan untuk dijadikan wang pencen(sapa pencen dulu,die dapat dulu,dan sapa kendian dapat kedian)..kaedah ini lebih stabil dan terjamin..

dan bagi aku untuk sektor swasta pon boleh dilakukan dengan cara ini..mungkin Kementerian Sumber Manusia boleh mewujudkan satu badan GLC baru yang akan menguruskan hal ini..dimana setiap syarikat swasta perlu mendaftar dan memasukkan nilai "share" mereka untuk perkara ini..atau pun bekerjasama sahaja dengan KWSP..mungkin ada yang KWSP dapat uruskan...seperti mana PTPTN dan KWSP sekarang..

sekadar berkongsi pendapat..

Wallahua'lam..



No comments: