Takziah kepada Roslan(sahabat masa satu course di UiTM) atas pemergian ayahandanya (Yunus bin Husain) ke rahmatullah..
Semoga roh beliau dicucuri Rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang Beriman..Amin...
Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian,seperti firman Allah s.w.t;
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; Maka apabila Telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya”
(Surah Al-A’raaf 34)
Mari la kita fikirkan sejenak..kematian sememangnya tidak boleh dielak...dan adakan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian....?
Oleh itu marilah sama2 kita perbaharui iman kita...sentiasa mengingati Allah..dan menyesali semua dosa kita..bertaubat..
Insan yang baru kembali ke rahmatullah sudah selamat..tinggallah kita yang masih hidup meneruskan perjalanan hidup kita di dunia sehingga tiba giliran kita kelak..
Syukur kepada Allah kerana kita masih diberi nafas pada hari ini, untuk beribadat kepada-Nya, sebagai bekalan di akhirat...sekurang-kurangnya ucapla "Terima kasih Allah" di dalam hati di saat ini..
Ibadat bukan hanya fokus kepada solat, sembahyang,puasa dan seangkatan dengan nya...tetapi kita keluar mencari rezki yang halal juga satu ibadat..asalkan niat kita kerana Allah..
Kematian juga merupakan satu ujian bagi orng beriman( ahli keluarga yang masih hidup);
"Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua kembali"
(Al-Anbiya':35)
Selepas kematian ahli keluarga, semesti nya kehidupan keluarga akan berlainan, seorang isteri akan menjadi balu,seorang anak akan menjadi yatim,seorng adik akan kehilangan abang dan sebagainya..itulah Lumrah..dan ada yang akan mengambil alih tanggungjawab dan peranan menggantikan yang telah kembali kepada-Nya..mungkin ia agak berat awalnya, namun percayalah ia akan dipermudahkan Allah..
Redha lah dengan Qada' dan qadar Allah kerana setiap satu rencananya ada hikmahnya bagi orang yang tahu berfikir...
Bagi keluarga yang masih hidup, selalu la berdoa untuk rohnya kerana;
Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".
sekian,sedikit coretan..
"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita Kembali"
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment