Sunday, February 19, 2012

Perkenalan

Assalamualaikum wbt,
Soalan ini yang sedang bermain di minda buat masa ini,

Bagaimana cara hendak memulakan perkenalan dengan seorang yang bukan muhrim ( muslimah) yang kira-kiranya hendak dijadikan isteri mengikut kaedah yang disarankan dalam islam?

pada zaman yang amat berbeza dari zaman nabi mahupun zaman era-60 an dulu...

Dulu jodoh ditentukan/disarankan oleh ibubapa, dan si anak mengikut perintah, sekarang ibubapa lebih banyak memberikan kebebasan untuk si anak memilih sendiri calon pasangan hidup....

Ini yang menjadi masalah terutamanya bagi seseorang yang konservatif....nak cari sendiri pon xpandai, orang bagi pon xkena...(terima shj pun mungkin tidak boleh, hipokrit, xsanggup berpura-pura sepanjang hayat, zalim pada diri sendiri dan pasangan).

Persoalan sekarang, sekiranya memilih tidak bercinta sebelum nikah...jadi bagaimana hendak berkenalan(bertaa'ruf), dalam menjaga iman, terutamanya bila tiada orng tengah yang betul-betul mampu memainkan peranan?

Adakah secara terus direct to the point?...rasanya boleh sekiranya kita telah betul-betul mengenalinya, pernah kawan sekelas, sekuliah atau satu tempat kerja...tapi bagaimana pula dengan yang baru nak kenal dan diluar skop tadi?...faktor-faktor lain masih perlu diambil kira.......latarbelakang keluarga terutamanya...zaman sekarang tidak seperti zaman dulu, banyak sangat bende yang pelik-pelik, penyakit dan perangainya....dalam masa yang sama tidak mahu di "cop" memainkan perasaan orang....

sanggup ke main "terjun"je tanpa usul periksa...tentu sekali tidak bagi seorang yang waras...

Jadi persoalan nya bagaimana?..InsyaAllah..harap-harap diberikan ilham dan petunjuk oleh-Nya..Amin....

Wallahua'lam

No comments: