Sunday, February 20, 2011

Cinta Manusia

Assalamualaikum,
saja nak menulis kali ini...
tajuk ni bukan sesuatu yang asing, cuma adakah aku yang terasing...
kenapa?
sebab aku percaya cinta manusia yang paling suci adalah percintaan selepas satu ikatan pernikahan...
jumud kah aku?...itu soalan yang aku sendiri tidak tahu nak jawab..
aku bukan la ustaz ke ape...belajar agama secara formal pon x...semua melalui kuliah dan pembacaan yang tak seberapa ni...
aku ingin mencari bakal isteri..dan bukannya kekasih...dikalangan kaum hawa diluar sana...
mungkin aku terlalu memilih..tetapi memang kene pilih.sebab bukan untuk suka-suka sekejap sahaja...tetapi untuk baitulmuslim..insyaAllah..dunia dan akhirat..
Semalam aku akhirnya berkesempatan, menemui seseorang...yang aku anggap bakal calon isteri ku...tetapi aku masih tidak menentukan perasaan aku terhadapnya...sesuai aku untuknya..dan sesuaikan dia untukku..
dan aku juga tidak tahu apa perasaan nya terhadap ku...
sungguh susah bila persoalan JODOH ni....persoalan cita-cita,pekerjaan, rezeki,usaha...semua ini, aku telah temui jawapan yang memuaskan hati aku..tetapi untuk jodoh ni..amat sukar mencari jawapan.

Didalam hadith ada menyebut:


"Bila datang seorang laki-laki yang kamu redhai agama dan akhlaqnya, hendaklah kamu nikahkan dia, kerana kalau engkau tidak mahu menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas."(H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

Bagi kaum Hawa, adakah masih releven hadith ini?

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan bagi kaum Adam pula, adakah masih mampu untuk mancari zaujah seperti ciri ini? 
Adam,cermin diri...bak kata pepatah Melayu...Pipit sama pipit,Enggang sama enggang...

Dan siapa aku untuk menilai, sedangkan diri sendiri tidak ternilai...mampukah jadi seorang suami mithali..

InsyaAllah...aku akan terus berusaha....

Wallahua'lam

No comments: