Friday, December 31, 2010

entry penutup 2010..

Assalamualaikum,
entry penutup untuk tahun 2010....terlalu banyak peristiwa berlaku dalam tahun ni...
bagi aku, 2010 adalah turning point yang sangat mencabar( 2 bulan poket kosong, pertukaran dari swasta ke kerajaan,perpindahan dari kerja di bandar ke kerja di kampung)...next year dah suku abad umur aku...
aku mengharapkan aku menjadi lebih matang dalam semua hal...termasuk hal kerja...
pengalaman kerja 1 1/2 di swasta, banyak membantu aku untuk survive di matrikulasi 'baru' ini....

mungkin kerja di goment yang aku rasakan sekarang...tidak seseronok dan sebebas di swasta..plus pulangan yang tinggi untuk prestasi kerja yang bagus....
cuma mungkin di goment...lebih terjamin...tapi kalo next year, swasta pon ade pencen..keadaan mungkin berbeza..

masa menulis entry ini...sudah genap 10 bulan aku di matrikulasi....dan banyak usaha yang aku cuba lakukan bersama anak2 buah yang bersemangat untuk menstabilkan setiap aspek ict di kolej ni...web,network,pc,maintanance dan macam2 lagi....masih customer xpuas hati..dan memang aku sendiri pon xpuas hati dengan aku sendiri...banyak lagi kelemahan dalam pengurusan yang aku xtahu nak buat...dan aku masih xtahu mana nak cari cikgunya...dan banyak bende lagi yang aku masih xboleh nak ajar anak buah aku buat (semua bab teknikal, dari nak handle desktop client, setup server dan software, commissioning network,dokumentasi dan lain2)...


untuk menyesuaikan diri amat mengambil masa..lebih-lebih lagi tanpa 'guidance'..semua kene cari sendiri..bezenya kerajaan banyak pekeliling kene rujuk tapi aku xtahu nak rujuk mana...tengah mencari...di swasta, tidak banyak sangat....budaya kerja matrikulasi, masih belum dapat diadaptasikan sepenuhnya....aku penuh harapan, semua orang boleh kerja secara professional....kesilapan dijadikan panduan untuk penambahbaikan..sebab naik taraf dari sekolah ke matrikulasi ini..tiada panduan yang jelas...kita perlu bentuk budaya dan cara kerja kita sendiri... 


fokus kerja berbeza...
perbezaan ini mungkin sebab tujuan dua jenis industri ini....

KERAJAAN = perkhidmatan dan kebajikan
SWASTA = perkhidmatan dan keuntungan

di swasta, aku rasa lebih bebas untuk kreatif, asalkan boleh bawa keuntungan kepada syarikat..birokrasi kurang...communication cukup dengan supervisor sahaja...latihan diberikan untuk laksana projek...
di kerajaan,masih boleh kreatif tetapi ada peraturan dan kekangan akta...banyak perkara perlu dirujuk dan banyak xtahu nak rujuk mana, dan kelulusan daripada orang atasan yang berlapis-lapis...latihan perlu minta( jadi kalau xtahu kat mane nak minta,xde la dapatnye)..latihan yang diberikan pun, kalau ada budget..ini pendapat dari kacamata aku dalam situasi sekarang...mungkin xbetul pon...

jadi harapan dihujung tahun ini...biarlah pengalaman mengajar..dan InsyaAllah..aku berusaha untuk jadi lebih tersusun next year...lagi2 kena jadi bos orang(xsanggup rase)

Wallahua'lam..

No comments: