Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka ~Adakah Kita Benar-benar Merdeka?~

Assalamualaikum..
Selamat Hari Merdeka untuk seluruh rakyat malaysia.....atau khususnya  rakyat Semenanjung sahaja bak kata kawan lama masa kerja di swasta dulu..sebab Hari Merdeka hanya melibatkan Tanah Melayu ( termasuk Singapura ) dan bukan termasuk Sabah & Sarawak kalo 31 Ogos 1957 ...Kalo Selamat Hari Malaysia...baru betul  kerana pada 16 September 1963(itu dah termasuk Sabah dan Sarawak.. ), baru la wujud Malaysia dan Hilang la perkataan Melayu di peta dunia....jadi kata-kata Hang Tuah yang diwar-warkan mungkin tak tepat...yang tinggal kat Malaysia ni satu jer yang ade lagi...KTMB (Keretapi Tanah Melayu BERHAD)..tapi tu syarikat,bukan tanah milik Melayu..ok cukup takat ni...bukan nak bela Melayu pon,semua bangsa adalah ciptaan Allah..dan bersebab...

Allah berfirman :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujuraat 49:13)


Persoalannya..
Adakah kita betul-betul merdeka??? Atas kertas, secara hitam putih..InsyaAllah mungkin sudah....tapi secara rohani dan kehidupan kita, mungkin kita tidak akan merdeka selama-lamanya....dan tak mungkin penulis pun dapat merubah satu dunia untuk memerdekakan diri..

Betul..kita Hamba...tetapi hamba Allah yang merdeka....
Tetapi penjajahan dalam hidup kita oleh "sekutu" Iblis dan Syaitan,  tak mungkin akan berakhir dengan mudah...bukan agama-agama di dunia ini yang dimaksudkan( sebab kebayakan kata sembah Tuhan dan Syaitan itu adalah watak jahat, Black Metal je kot terbalik)...tetapi gerakan yang bertopengkan agama yang keji itu la sebenarnya.

Dari mula terbentuknya janin dalam kandungan hingga la kita kembali kepada-Nya...sebenarnya kita tidak pernah bebas dari cengkaman sekutu Iblis (Azazil) ini...sehinggalah betul hampir sangat Hari Kiamat..

Renung-renung kan..

Apa-apa pun Selamat Hari Merdeka..

Wallahua'lam.

No comments: