Al-Fatihah(Terjemahannya)
1. Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
4. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
6. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.
Amin...
1 Ogos 2009...sudah genab 4 tahun Ayahanda kembali ke Rahmatullah...namun kehilangan nya masih dirasakan..terutamanya Ummi aku...dan adik-adik aku...
aku walaupon steady je...tapi kehilangannya banyak mempengaruhi hidup aku sekarang....
Semoga Roh nya sentiasa dalam Rahmat-NYA..
Hakikat Hidup pasti akan diakhiri dengan mati..kembali kepada Maha Pencipta...
Yang masih hidup perlu menerima hakikat dan meneruskan kehidupan...tetapi yang hidup masih boleh menyampaikan kasih-sayang kepada yang telah pergi..
Sebuah hadith;
Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".
Oleh itu,sama-samalah kita berdoa(peringatan utk diri sendiri juga)..bagi para anak2 yang masih hidup...
1 comment:
Moga rohnya di tempatkan di tempat org2 yang beriman...amin..
Post a Comment