Friday, June 26, 2009

Terima Kasih Allah

Pertama sekali,
Kebelakangan ni terlalu banyak bende yang aku fikirkan...dan tiada penyelesaian untuk setiap persoalan itu...

bahagian ini, terima kasih Allah kerana menemukan aku jawapan yang aku boleh terima untuk setiap persoalan itu..terima kasih Allah...
dan juga kepada terima kasih En.Fuad melalui blog beliau http://www.fuadlatip.com/v1/

Yang penting adalah komunikasilah dengan Allah....kita memiliki tahap keimanan yang berbeza..tapi adalah amat mudah untuk kita berkomunikasi dengan Allah sebenarnya...daripada "bercakap dengan diri sendiri" atau "termenung"...cuba tukarkan dengan mengadu kepada Allah...luahkan apa yang kita fikir,apa yang kita rasa,apa yang kita tidak suka, apa yang kita tidak mahu dan sebagainya...Allah itu Maha Mengetahui segalanya...

Dan percayalah, Allah akan menjawabnya melalui gerak hati,ketenangan jiwa dan idea ke dalam diri kita...

Mohon la selalu dengan menyatakan seperti doa istikharah( dalam post sebelum ini).

Sewaktu menulis entry ni, hari ini adalah hari jumaat pertama bulan Rejab....bulan yang sangat sesuai untuk mendekatkan diri kepada Allah...

Mungkin untuk banyakkan ibadat,selawat dan amal ibadat lain..amat sukar..lebih-lebih lagi bila kita jarang buat..(ingatan buat diri sendiri juga..huhu)..tapi mulakanlah dengan sentiasa mengucapkan "TERIMA KASIH ALLAH" dalam setiap perkara yang kita dapat..contohnya lampu jadi hijau bila kita hampir ke traffic light...Insyaallah..dengan izinnya...kita akan dapat rasakan betapa dekatnya Allah dengan kita dan betapa banyaknya nikmat yang dikurniakan kepada kita..

sewaktu menulis entry ni, saya baru lepas balik dari menunaikan solat jumaat...Alhamdullillah..
tenang kembali terasa..sewaktu bangun dari tidur pagi tadi begitu "serabut"nya fikiran ni..(xtahu la ape yg lekat kt dalam otak ni,tapi yang pasti pasal perasaan la,pasal keje tu jarang sgt).

terima kasih Allah kerana mengizinkan aku keberanian untuk tulis entry ni..

kepada para sahabat,yang rasa seperti saya yang "tercari-cari erti hidup", boleh la singgah diblog En.Fuad..mungkin anda akan dapat input dari penulisan beliau..

Terima Kasih Allah...

No comments: