Thursday, May 21, 2009

Muda atau Matang???

Muda atau matang???
persoalan yang baru terlintas kat otak aku ni,(sebab xleh bagitau)
so aku search la kat internet,hasil nye..ni la kot orng yg sependapat ngan aku..
Dipetik dari http://mfrstudio.board-realtors.com/arkib-f22/kisah-orang-orang-muda-t65.htm

Pada waktu ini umur saya sudah pun 23 tahun.Umur itu boleh dikatakan muda jika mengikut tafsiran orang-orang muda zaman sekarang. Namun kalau diikutkan pada zaman kini umur 40 tahun pun masih dianggap umur pemuda!

Saya tidak termasuk dalam golongan yang berkepercayaan seperti itu atas sebab kesedaran akan keadaan diri saya sekarang. 23 tahun itu waktu yang amat panjang. Jika seseorang lelaki membiarkan rambutnya tanpa dipotong selama 23 tahun, kemungkinan rambutnya mencecah kaki atau lebih akan terjadi.

Saya percaya diri saya sudah tua walaupun tidak setua mana, dan apa yang pasti saya bukan saja sudah mampu menilai buruk baik suatu pekerjaan malah sudah ada dalam pengetahuan saya akan situasi dunia lampau dan kini serta mampu pula menganalisis dan merancang situasi akan datang. Jika keupayaan itu sudah dipunyai oleh seorang lelaki seperti saya maka saya menganggap sudah cukup untuk digelar seorang tua yang bila-bila saja akan bertemu ajalnya.

tanggungjawab orang tua 23 tahun

seorang tua berumur 23 tahun seperti saya sebenarnya punya tanggungjawab yang lebih berat berbanding pemuda 40 tahun yang masih keanak-anakan.Jika seorang pemuda 40 tahun yang keanak-anakan membuat keputusan atau tindakan yang tidak matang, maka kita masih boleh memaafkan mereka kerana mereka masih orang muda. Tetapi tidak bagi seorang tua 23 tahun seperti saya. Jika saya membuat keputusan atau tindakan yang tidak matang maka saya sebenarnya telah menzalimi diri saya sendiri atas kerana seorang tua sepatutnya menunjukkan contoh yang matang kepada orang muda.

adalah bersalahan dari segi hukum rasionalnya seorang tua berumur 23 tahun bertindak bagai orang muda yang tidak matang kerana tindakan tidak matang hanya terhasil dari pemikiran yang cetek pengetahuan dan tidak cukup terlatih dengan pengalaman. Lalu apa yang akan diperkatakan jika seorang tua berumur 23 tahun masih kurang pengetahuan dan tidak melatih dirinya dengan pengalaman? tentu sekali itu adalah orang tua berumur 23 tahun yang tidak sedar diri! Orang tua berumur 23 tahun itu perlu sedar dirinya bahawa dia sudah terlalu tua untuk menjadi seperti orang muda!

kata yang terpalit

salah satu perkara yang saya perlu akui adalah banyaknya kata-kata saya yang sedar diri sudah tua tetapi bertindak atau meletakkan diri seperti orang muda. Situasi ini sering digelar orang sebagai cakap tak serupa bikin, atau lebih tepat sudah terpalit kata-kata saya pada diri saya atas sebab perbuatan dan tindakan saya.

atas kesedaran itulah maka saya mengarang karangan ini, untuk menceritakan pada saya kisah orang-orang muda yang sering saya sendiri lakukan yang perlu dibuang dan ditinggalkan segera selepas siapnya tulisan ini.

orang muda yang teruja

orang muda sememangnya cepat teruja.logiknya kerana orang muda belum berpengalaman akan situasi yang baru sahaja dihadapinya itu maka hatinya memberontak keterujaan, girang segirangnya seakan itu satu-satunya pengalaman yang sangat besar dalam seluruh hidupnya.

tidak hairan apabila orang muda teruja bercinta, seorang lelaki muda bisa saja meluahkan kata-kata manis pada wanita muda dengan bahasa yang menjangkaui batasan, seperti "aku cinta padamu setulus hatiku," "cinta kamu sampai mati" "akan sehidup semati" "lautan api akan ku renangi" "tidak dapat melupakan mu sehingga makan tak kenyang mandi tak basah" dan sebagainya.

Namun seperti yang sering digelar masyarakat akan cinta muda teruja ini ialah cinta monyet. Cinta khayalan, cinta fantasi yang tidak berpijak di bumi nyata. jika ditanya untuk apa mencintai dan dicintai, rata-rata orang muda tidak dapat menjawabnya dengan baik dan sering sajalah mereka menjawab, "aku tidak tahu, aku hanya mencintai" atau "aku tak mengerti aku sudah jatuh cinta, adakah ini dinamakan cinta..oh!"

peralihan muda kepada tua adalah kefahaman tujuan

setiap perkara perlu ada tujuan. perkara yang tidak ada tujuan dipanggil perkara sia-sia. Pernah ditanya kepada seorang pelajar sekolah menengah atas tujuan apakah dia mula menghisap rokok, jawapannya ialah," kawan lain hisap rokok". Jelas , perbuatan menghisap rokok pada waktu awal adalah tanpa tujuan, jika ada tujuan pun itu bukanlah kefahaman tujuan tetapi alasan. Alasan untuk jadi seperti kawan, alasan mahu berlagak macho dan dewasa, alasan mahu memanaskan badan dan sebagainya.Namun, alasan itu tidak membuktikan apa-apa akan tujuan menghisap rokok menyentuh mekanismenya.

Jika alasan ingin memanaskan badan digunakan, atas faktor asap rokok itu punya haba dan haba akan dipindahkan ke seluruh badan apabila asap melalui ruang paru-paru maka tujuan itu jelas tidak habis difahami. Faham tujuan perlu menghabiskan setiap perkara itu hingga ke titik akhirnya. Maka jika seorang remaja atau orang muda merokok dengan memberi alasan mahu memanaskan badan seharusnya difikirkan tujuan itu hingga ke proses akhir asap rokok itu yang akhirnya mendatangkan kerosakan paru-paru atas sebab faktor tar dan narkotin.

Oleh itu seorang remaja yang faham akan merokok membahayakan kesihatan adalah remaja yang sudah di ambang peralihan kepada usia tua walaupun umur mereka masih muda.Manakala seorang tua yang tidak faham bahawa merokok membahayakan kesihatan sehingga mereka tidak menolak untuk terus merokok, si tua itu belum lagi tua dalam erti kata sebenar. mereka masih muda yang keanak-anakan.

Begitu jugalah dalam soal cinta tadi. Jika seorang remaja atau orang muda memahami bahawa cinta itu naluri manusia biasa yang diwujudkan bertujuan untuk menghubungkan satu manusia dengan manusia yang lain, dan mendorong seorang lelaki untuk hidup dengan wanita dengan mendirikan rumahtangga dan keluarga demi melangsungkan fitrah manusia dalam keadaan suci supaya kehidupan manusia diredhai Allah, maka pemikiran itu sudah pun berada pada tahap peralihan usia tua.Jelas di sini bahawa faham tujuan adalah sifat yang perlu ada pada seorang individu yang mahu beralih dari usia muda kepada usia tua.Jika tidak ada faham tujuan maka individu itu masih lagi muda keanak-anakan.

Ramainya pemuda yang tidak tua

Tujuan yang paling penting untuk difahami oleh seorang muda ialah tujuan hidup. Tanpa faham tujuan hidup maka orang muda itu akan terus bergelumang dengan hal-hal remeh yang sia-sia sehingga yang kecil dirasakan besar, yang besar diperkecilkan, dan yang mana penting tidak penting tidak dapat dibeza. Tujuan hiduplah yang akan membuahkan matlamat dan perjuangan. Dan matlamat dan perjuanganlah yang akan menjadi landasan hidup manusia untuk menuju kepada titik akhir yang nyata iaitu kembali pada Allah.

Allah s.w.t tidak menjadikan manusia dan hidupkan mereka ke dunia ini dengan sia-sia atau main-main. Tidak manusia itu dijadikan melainkan untuk beribadah pada Allah. Dan Allah s.w.t memberikan ujian kepada manusia untuk menilai ibadah itu satu ibadah yang ikhlas dan taqwa atau ibadah yang kosong. Ujian Allah lah yang akan menapis manusia-manusia itu sama ada manusia yang diredhai atau dimurkai. Yang diredhai akan selamat dari azab Allah dan diberikan ganjaran selayaknya iaitu syurga Allah. Manakala yang dimurkai akan dicampak ke dalam neraka dan ada yang menjadi bahan bakar api neraka. Semoga kita dijauhkan dan berlindung dalam rahmat Allah.

Tujuan hidup yang hakiki ini jika tidak ada pada hati dan sanubari orang muda maka orang muda itu tidak akan melangkah ke alam tua. Jika mereka kembali pada Allah dalam keadaan yang serba jahil dan jijik kerana bersifat keanak-anakan walaupun sudah berkedut-kedut muka dan beruban kepala pastinya tiada malu yang lebih besar dari malu menghadap Allah sebegitu.

Ramainya orang muda yang terpesong tujuan hidup mereka. Ada yang menggilai harta benda, mahu kereta mewah, rumah mewah, hidup yang lazat melazati, yang jika difikirkan tujuan itu tidak satupun yang menghubungkan ke titik akhir yang nyata.Maka tujuan keduniaan mereka itu bukti mereka tidak memahami tujuan sebenar hidup. Mereka masih belum ada faham tujuan.

Namun, jika orang muda mengumpul harta untuk dibelanjakan di jalan Allah dengan matlamat untuk meraih kasih sayang dan redha Allah maka orang muda sebegitu sudah menghubungkan tujuan hidupnya ke titik akhir dan dia sudah pun menjadi orang yang tua dan matang.

Perjuangan orang muda yang telah tua

Kita sering melihat sejarah orang-orang muda di dalam lipatan sejarah terkenal dengan sifat yang mahu berjuang. Sifat memberontak, menongkah arus, cuba bangkit mengubah sistem yang ada merupakan antara sifat-sifat orang muda yang digambarkan. Namun, seperti yang saya nyatakan tadi jika tindakan berjuang, memberontak, menongkah arus,dan sebagainya itu tidak punya tujuan yang jelas maka perjuangan itu adalah satu perjuangan kosong dan retorik semata-mata.

Tidak hairan jika kebanyakan orang muda yang meluap-luap semangat di alam universiti menjadi malap dan layu apabila masuk ke dalam masyarakat.

Berjuang yang memahami tujuan perlulah dirangka dengan strategi yang tersusun dan sifat yang tenang membutirkan setiap langkah dan tindakan dan tidak melulu, melatah, meluap-luap marah tanpa arah, menonong membabi buta hingga tidak kisah lagi apa rancangan dan apa plannya, hanya mahu menuju dan bertindak, itu semua adalah sifat keanak-anakan dan tidak matang. Tidak menganalisis situasi secara berhati-hati dan menetapkan pendirian yang jelas antara sindrom-sindrom yang lahir dalam sebuah perjuangan tidak matang.

mustahilkah seorang muda untuk menjadi tua dan matang? tidak mustahil. telah diberitakan tadi bahawa seorang muda yang tua perlu memahami tujuan dengan faham tujuan yang jelas sejelasnya. Dengan kekuatan itu, maka dengan sendirinya orang muda itu akan kukuh matlamat dan pendirian mereka dalam berjuang. Matlamat dan pendirian yang kukuh akan membuahkan rancangan-rancangan serta strategi-strategi yang hikmah.

1 comment:

mohammad hafiz bin che noh said...

terima kasih dengan penerangan tentang matang.. saya seorang muda yang ingin mengubah diri menjadi lebih tua dan matang menyokong sehabis2nya apa yang ditulis.. terima kasih tentang explaination tu.. saya harap kita boleh bercakap panjang lebar di dalam yahoo mesengger atau myspace.. e-mailkan kepada saya ye? ciplak_0@yahoo.com