Thursday, January 08, 2009

Pernah tak terfikir?

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir
langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi
anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia
ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada
seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia
tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup
bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada
hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah
semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk
mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala
makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan
merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa
untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

1 comment:

Anonymous said...

sin chan!huahauhauahuahau