Monday, November 28, 2011

Menyepi

Assalamualaikum wbt..
Satu jangkamasa yang agak lama blog ini,tidak diupdate..bukan tidak mahu update, cuma ingin melihat sejauh mana blog ini tidak akan diupdate.

Lebih 3 bulan tiada entry, banyak perkara yang berlaku dari puasa, raya aidilfitri,raya haji..awal muharra dan lain-lain...

Banyak yag diusahakan dalam 3 bulan ni, untuk keluarga, kerjaya dan hidup aku sendiri.Ada yang mendapat hasil dan banyak juga yang mengecewakan.Lumrah hidup mengikut aturan-Nya..
Apa-apa pun aku amat bersyukur kerana masih mempunyai kudrat dan tenaga untuk melaksanakan semua tanggungjawab aku.

Kekadang aku terfikir, kenapa aku masih di tempat ini sekarang, jauh dari keluarga, jauh dari kemajuan, jauh dari semua komitment yang sepatutnya aku boleh laksanakan.Pelbagai usaha yang aku lakukan untuk keluar dari sini, sudah hampir 2 tahun aku disini.

Seperti aku perlu meneliti, kenapa aku masih disini..mungkin ini sebahagian ujian untuk aku memperbaiki diri...rahmat disebalik ketentuan ini buat masa ini.

Hari ini, merupakan 2 Muharram 1433 Hijrah, bersamaan 28 November 2011 Masihi,
dan ku masih sini..

Tahun baru hijrah, dan kali ini, tekad yang teguh untuk berusaha memperbaiki diri.Satu langkah kecil telah aku mulakan untuk hijrah ini dan azamku untuk teruskanya..tiada masa lagi untuk bertangguh..,,tiada guna jika dengan Tuhan pun masih tidak dapat meraih cinta-nya, ini kan pula cinta manusia.

Wallahua'lam

Friday, November 11, 2011

Soalan buat bakal zaujah...

Assalamualaikum,

Siapa bakal zaujah?...Hanya Allah yang tahu bila dan masa dia akan berada di sisi ku..
Namun aku ada beberapa soalan yang aku perlu tanya sebagai Taaruf:.Harapanku setiap jawapan biarlah jujur dan matang,sebab membina ikatan bukan lah semudah mengucapkan 'I love U" tanpa berfikir panjang mengenai segala yang bakal ditempuh.

1.Apa pandangan mengenai kasih-sayang ( cinta ) sebelum kahwin atau selepas kahwin?Mana satu pilihan?
2.Apa pandangan mengenai konsep perkahwinan dan ciri-ciri suami yang diharapkan?
3.Apa pandangan mengenai konsep dakwah bagi seorang isteri?
4.Apa pandangan mengenai antara ibu dan isteri, siapakah yang lebih penting bagi seorang lelaki yang memahami tanggungjawabnya seperti yang digariskan dalam Islam?
5.Memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa atau menjadi suri yang bekerja?
6.Sanggupkah mengubah penampilan sekiranya suami meminta?Bagaimana pula dengan penampilan suami?
7.Apa wawasan selepas kahwin?Perkara yang hendak dicapai?.
8.Bagaimana dengan anak pertama selepas berkahwin?
9.Pada waktu lapang, apa yang aktiviti yang dilakukan?
10.Bagaimana pergaulan dengan masyarakat( kawan-kawan,persatuan dan sebagainya) sebelum dan selepas kahwin?
11.Bagaimana sekiranya ibubapa sendiri atau mertua campurtangan dalam urusan peribadi atau rumahtangga?

Setiap soalan ada jawapan yang diharapkan, dalam mencari keserasian dalam fikrah.Soalan-soalan ini sengaja aku post kan di sini,sebagai perkongsian yang mungkin boleh digunakan sebagai panduan lelaki-lelaki yang masih mencari.

Wallahu'alam