Friday, October 30, 2009

Nokhtah Buat Tahun Ini...

Assalamualaikum,

Kepada kawan-Kawan yang sudi menjenguk ke blog ini,atau sesiapa sahaja yang sering ke laman blog ini...ini merupakan entry terakhir buat tahun ini...dan insyaallah entry untuk lembaran baru akan bermula balik tahun hadapan..

Saya dan Ummi akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji dan umrah bermula 14 hb November sehingga 28 hb Disember ini...mungkin saya tidak akan berkesempatan untuk menjenguk lagi ke blog ini mulai 1 hb November ini, sebab banyak persiapan yang perlu dilakukan..Insyaallah banyak yang akan saya kongsikan sekembalinya saya ke Malaysia nanti..

Doakan saya dan Ummi agar selamat ke Tanah Suci Mekah dan selamat kembali ke Tanah Air nanti..

Berjuta kemaafan dipohon sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang penulisan blog yang tidak seberapa ini...halalkan segala makan-minum..

Sehingga bertemu lagi tahun depan..

Wassallam.

Saturday, October 24, 2009

Terima Kasih Tuhan

Oleh Mawaddah:


Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

a a a a a....

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rahmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

KAWEN??AWEK??CALON??


"ko bila nk kawen?""Kete dah ade,Keje dah ade..xkan xde lagi kot?"

Assalamualaikum,


Tu soklan yang sepupu aku tanye masa raye lepas,dan semestinya ramai juga kawan2 yang tanye soklan yg sama.

Sedikit nk kongsi pendapat aku mengenai perkara ni.
Sebelum tu ,Dua fakta pasal utama dulu yang aku ingin bagitahu:
1)kawan perempuan, ramai..
2)Awek? TIDAK.
Kenapa?aku akan jelaskan..


KAWEN???
Ok, bagi aku nak kawen kene dah bersedia dari segi mental dan fizikal, dari segi nafkah zahir dan batin.

Dan jangan salah paham plk maksud nafkah zahir dan batin tu…
Kalo ikut pengetahuan aku ni(lupa plk hadith ke,ayat Al-Quran mana aku baca),

Zahir tu merujuk pada makanan,pakaian,tempat tinggal,
Batin tu pulak bukan “batin” betul je,pendidikan dan pengetahuan agama pn ye jugak,kene bg untuk isteri dan anak….sebelum tu diri sendiri la kene ambik tahu,amal(AMinn..)..

Kalo bagi lelaki lg berat,nak jadi ketua keluarga lagi…kene membimbing anak isteri lagi..kalo diri sendiri pon tunggang-langgang…macam mana?

Satu lagi,tanggungjawab lelaki plk, ibubapa masih kene jaga, kena taat, isteri pula taat kepada suami yg paling utama.

Perkahwinan juga merupakan satu kontrak sepangjang hayat yang paling banyak tanggungjawab.(kalo bercerai plk tu, Nauzubillah)

Dari segi kewangan plk,mesti stabil..maksud stabil ni,bkn sekadar ade kerja je….pendapatan tu mesti cukup untuk tanggung perbelanjaan sendiri,keperluan rumah-tangga,duit belanja anak(seksok)..dan tanggung isteri(kalo isteri xkeje)..

Dan sekiranya berlaku kecemasan, ada “back up”
Jadi macam mana?..bersedia?..kalo aku….jawapannya…Belum

AWEK?
Ok,istilah bercinta sebelum kawen ni takde dalam islam…..bukan bermaksud aku ni alim warak..Cuma…lebih baik xpayah…ade sebab la kenapa islam xbagi tu…so kalo tanye ade awek ke?..jawapannye TIDAK.

CALON?
Ha, ni aku bagitau…wanita pilihan hati aku cukup sekadar hidup dalam fitrah(jaga tutur-bahasa,solat,puasa,dan yg seangkatan dengannya)…maksud fitrah tu…biasa bg orang muslimah….bukannye kene warak..aku ni ape la sgt kan…kene la cermin diri sendiri jgk…
Rupe?sejuk mata memandang…bukan nye mesti cun abis…aku bukan hensem pon.
Dan paling penting….buleh jadi kawan dengan Ummi aku…

Cume persoalannye….ade ke wanita macam ni…xnak couple, tunang je(kalo perlu), kemudian kawen?..ade yg snggup???....
ramai yang xnak sebab xkenal hati budi..kan?

Se

Dan selalu je akan disebut,,jangan terlalu memilih…betul..jangan terlalu memilih….tetapi tetap kene pilih….ni bukan bende main….sepanjang hayat sekali je…aku xnak sampai 4…sorng je cukup…kesian sgt kalo sampai 4….dah la ko penat…yang empat-empat tu pon..mesti makan hati nye la…
Tapi kaum wanita perlu tahu jgk, kasih sayang lelaki ni unik,ia boleh dibahagi-bahagikan,tanpa berkurang…..xbermaksd dah ada yang baru, yang dah lama ni xsayang..saje je kan..huhu
k..la cukup je takat ni…kalo tulis xabis…xwat keje lain aku arini….kalo penulis betul pon bleh sampai jd berjilid2 buku…xmustahil la kan??

Sekian,Wassalam

Wednesday, October 21, 2009

Trial...Founder...Initiator...only for beginning not for the time of harvesting.

Assalamualaikum,
arini aku terasa sedikit sedih....tapi bukanlah maksudnya xbersyukur dengan apa yang sudah dikurniakan-Nya..
cuma....

Untuk UPSR, tahun aku merupakan tahun pertama 5A diperkenalkan.
Untuk SPM,tahun aku juga merupakan tahun pertama dwibahasa diperkenalkan.
Untuk Matrikulasi,tahun aku juga merupakan tahun pertama Bahasa Inggeris digunakan untuk semua bahan rujukan.

Di UiTM, batch MPP 0607, tahun pertama, SMPP diperakukan sah,tahun aku membuat perubahan organisasi utk fakulti, bg kelab persatuan pelajar..dari xde duit,sampai sekarang tiap2 hujung tahun tiap2 sem..boleh melancong....(selepas aku dah abis belajar).

Di tempat kerja pula, aku yang mulakan network company ni...kaedah2 baru menyelesaikan masalah technical...buat document2 yang xwujud...implementation/techinical planning/document utk project....memudahkan kerja staff2 lain..techinical problem solver...tapi gaji....(sebab aku bukan bodoh xtahu hal macam ni)....bukan nak demand tapi biar adil...

tapi dari semua bende ni,ape yang aku dapat?

Yang aku tahu,...PENGALAMAN...itu saja....

Aku masih xpaham apa yang cuba disampaikan-NYA melalui semua ni...

Ya ALLAH, tunjukkan la aku,paham kan la aku, apa yang ENGKAU cuba beritahu aku...

Friday, October 09, 2009

Kisah Benar : Kenapa Ada Syurga dan Neraka?

Dipetik dari : http://nowforeverkit.blogspot.com/2009/08/kisah-benar.html

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."



Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

End of my story. :-)

cerita ini pernah di siarkan di sahabat interaktif malaysia

Tuesday, October 06, 2009

Musibah?

Assalamualaikum wbt,

Disini saya masukkan ada sebilangan terjemahan Al-Quran yang menerangkan apa itu musibah...
Dan juga hadith2 mengenainya,

Saya xhurai apa2(takut salah)...

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan:"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali.Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk"(Al-Baqarah:156-157)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan:"Kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta"
(Al-Ankabut:2-3)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua kembali
(Al-Anbiya':35)

Rasulullah SAW bersabda:
Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya,hartanya,anaknya,akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa
(HR Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya
(HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
Apa pun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan,kesakitan,kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya
(HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:
Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya
(HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:
Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya:"Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar suaranya"
(HR Tabrani)

BERITA GEMBIRA BAGI MEREKA YANG DITIMPA MUSIBAH

Firman Allah
Ertinya:
Dan berilah berita gembira bagi orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah:155)

Rasulullah SAW bersabda:
Maka berfirman Allah SWT kepada para malaikat-Nya:Apakah yang diucapkan oleh hamba-Mu itu? Malaikat menjawab:"Dia memuji-Mu dan membaca Istirja',maka Allah SWT berfirman:"Bangunkanlah untuk hamba-Ku itu sebuah rumah di syurga dan rumah itu diberi nama dengan rumah pujian"
(Hadith dari Abu Musa)

UBAT BAGI ORANG YANG TERKENA MUSIBAH

Firman Allah
Ertinya:
Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata:"Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali
(Al-Baqarah:155)

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula)pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kami jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Al-Hadid:22-23)

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada seseorang Islam dari golongan lelaki dan perempuan yang ditimpa suatu musibah, lalu ia ingat kembali akan musibah itu walaupun sudah berlalu lama, berkata Abad, sudah berlalu saatnya, kemudian ia memperbaharui ucapan istirja, melainkan Allah akan memberinya pahala sebagaimana pahala ketika ia ditimpa musibah
(HR Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang pernah ditimpa musibah lalu ia ingat akan musibah itu, serta memperbaharui ucapan istirja' walaupun sudah berlalu masanya, maka Allah akan memberi pahala kepadanya sebesar pahala di saat ia ditimpa musibah saat itu
(R.Ibn Majah)


Maksud Istirja ialah :"Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali"

Diambil dari buku bertajuk:RAHMAT DISEBALIK DUGAAN.
Penulis:Kasmuri Selamat M A

Wallahua'lam


Thursday, October 01, 2009

Bercinta Cara Islam

Assalamualaikum,

Pagi ni,terlintas di kepala bagaimana bercinta cara islam?
sebab nya, adalah kawan yang bertanya apa nak buat bila ada orang nk 'confess' kat die..
urm...

Tanye cik google; jumpa link2 ni..menarik....semua patut baca,terutama bagi mereka yang "terlintas' bab cinta ni dalam kepala dan yang sedang hangat "bercinta"....

Memang ada caranya..

Link2nye;

Bercinta cara islam

Nak 'couple' boleh tak?


Risalah vs cinta

Membaca entry2 ni,sedikit-sebanyak, rasa "terpukul" jugak sebab kejahilan ni..tapi sekurang-kurang belum terlambat..Alhamdulillah

Wallahua'lam

Perniagaan untuk Akhirat

Firman Allah dalam Al- Quran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

(Surah As-Saff 61:10-11)

Nukilan sahabat istimewa untuk teman-teman yang istimewa

Ingatkah engkau wahai teman?
Bertemu. Tidak kerana nama.
Berkasih. Tidak kerana harta.
Sayang. Bukan kerana rupa.
Ingatkah?

Teman,
Di kala bergema seruan dari Tuhanmu
MengesakanNya, menyembah Yang Maha Satu.
Sudikah teman, kau sambut tanganku?
Sudikah teman, kau duduk di sisiku?
Sudikah teman, kau sambut jatuhku?

Izinkan aku teman, menghulur tanganku.
Izinkan aku teman, meneguhkan dirimu.
Izinkan aku teman, menyentuh hatimu.

Teman, walau ada beza di antara kita,
Yakinlah! Yakinlah temanku
Titik persamaan hanya satu!
Yakinlah teman! Ia pada iman di hatimu.

Teman,
Ingatlah kembali wahai temanku.
Siapa yang menyatukan di antara hati-hati kita?
Siapa yang mendekatkan antara yang jauh dipisah benua?
Siapa yang menerangkan di kala hati kita gelita?
Siapa? Siapa temanku?

Teman,
Tali ini, sambutlah!
Jalan ini, susurilah
Sesungguhnya syurga itu terlalu indah..

Jika hari ini terasa perit pedihnya terluka hati,
Jika hari ini ada yang merajuk memencil diri,
Yakinlah! Yakinlah dengan iman di hatimu,
Bahawa syurga itu terlalu indah untuk dibazirkan dengan sengketa ini.

Teman, sambutlah!
Asyhadu an laa ila ha illaLlah,
Wa asyhadu anna muhammadarrasuluLlah.
Pergilah kamu teman
Pergilah dalam keadaan tunduk kepadaNya.

Nukilan sahabat istimewa untuk teman-teman yang istimewa

P/S: Terima kasih Jenny, satu entry note yang menarik

Sunday, September 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

sebenarnya agak malas nak update blog ni..yela..menikmati raya ni...sebaik mungkin..
cuba jumpa semua saudara-mara, bermaaf-maafan...siap extend cuti lg tue...tu pon pasal ade hal yang kene setel..alang2 semua orng ade kat kg..kalo x, bila lagi kan...

xde ape yang nk ditulis sangat, cuma bagi mereka yang singgah di blog ni..aku ingin memohon maaf sekiranya ada content blog ni yang menyakitkan hati..huhu

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin..

Wednesday, August 26, 2009

Taubat Seorang Hamba

Taubat Seorang Hamba
Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


P/S:
Sekadar Renungan di Ramadhan yang Mulia ini

Wallahua'lam

Monday, August 24, 2009

Puasa Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...sempat lagi untuk berada di bulan Ramadhan tahun ini..

semasa entry ini dibuat, sudah 4 Ramadhan.

Di sini saya kongsikan ayat-ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah mengenai Puasa untuk renungan semua(termasuk saya sendiri) semoga di bulan yang mulia ini,kita dapat sama2 mendekati Allah yang sememangnya sentiasa dekat dengan kita...Semoga Ramadhan ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya..Amin...

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 hinga 185, yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(183)

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu
yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.(184)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.(185)

Saya tidak mahu hurai apa-apa kerana ayat2 ini sememangnya jelas maksudnya.Tambahan pula ilmu di dada masih tidak cukup..

Wallahu'alam

Wednesday, August 19, 2009

Cinta Pertama

Cinta Pertama
Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

Monday, August 17, 2009

Wanita oh wanita...

Assalamualaikum..

Aku masih lagi xpaham makhluk Allah ni....satu spesis dengan kaum Adam cuma lain jantina...

Susah nak jangka...sebab bukan jam la kot...

Cuma bab emosi ni,aku minta maaf awal2...bukan aku sombong,bukan aku pentingkan diri,bukan aku xambik kisah...cuma aku xpaham...jadi tolong la jelaskan(please.......)..

Lelaki ni jenis manusia logik,kurang emosi..Wanita ni plk vise-versa..

sebab tu perlunya saling melengkapi, baru stabil...

Tuhan pon dah jelaskan:

"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui".
(Surah Yaasin 36 : 36)

sekali lagi aku minta maaf...

satu lagi, ni mungkin kelemahan aku sebagai manusia jugak la..kekadang ape yang aku TULIS tu, bukan la sama maksud nya bila aku SEBUT...susah jugak bahasa ni...intonasi bacaan kekadang tak selari dengan maksud....patut la orang kata sastera melayu ni susah...haiiii

Wallahua'lam

Saturday, August 15, 2009

Komitment

Assalamulaikum...
saje nak cerita sket pasal tajuk ni...
ape yang korang pikir bila bace je tajuk ni?
cinta?pakwe?makwe? atau bende lain..hehehe
bagi aku 3 bende tadi..belum lagi...belum sedia untuk "komitment" tu...hehehe
cerita pasal komitment aku sekarang...aku ade 2 yang biasa je...

1) family aku
2) aku sendiri

pelik bukan?..ape katan dengan komitment plk dua perkara ni...biar aku jelas kan..
untuk family, aku sebagai anak sulong kene la bertanggung jawab,ambik hal pasal semua yang perlu aku tahu..

untuk aku sendiri plk...
aku sedikit-sebanyak kene rancang hidup ni...beberapa fasa yang aku rancang...flow hidup aku...
memang xboleh lari dari ketentuan Allah SWT jugak tapi sebab kita diberi pilihan,jadi kita kenalah berusaha...

sekarang aku di fasa 2 dalam hidup aku...dan tengah prepare untuk ke fasa 3...
nak tahu pasal detail fasa-fasa yang aku rancangkan tu ape?..ha tu kene tanye aku sendiri secara peribadi..


cuma yang aku buat setakat ni..ada lima..

Untuk setiap fasa ada komitment yang perlu diberikan...dan dalam fasa 2 ni..aku dah ada satu..nk kene jaga "si hitam"...

kene bagi treatment,checkup,bawak jalan2, mandikan die, belai...

kekadang susah nk jaga "si hitam" tu..sebab area rumah sewa aku sekrang tu banyak budak2 kecik..kekadang kalo aku xsempat mandikan "si hitam" tu..mula la bebudak tu..gatal tangan nk sentuh die...


last week,sampai cedera " si hitam" tu...sumenye bukan sebab ape...aku biarkan die jauh sket dari halaman rumah sebab kene outstation ke Penang...maklumla..halaman rumah tu sempit..ape plk kate housemate aku kalo aku letak "si hitam" tu kat halaman lama2..sedangkan aku xde(outststion)..

bila balik tu...tersangat la kecewa aku tengok "si hitam" tu cedera..tapi nak buat macam mana..bende dah jadi..redha jela...

tapi Tuhan ni memang pemurah...housemate aku tu..ade seorng yang cakap boleh "ubat" die..tapi kene la pegi "klinik' khas die...lagi nasib baik sebab die staff kata "klinik" tu juga..

tengok la nanti macam-mana..Insyaallah..elok kot..


Ooo..yea lupa nak kenalkan "si hitam" tu..

ni die gambar nye...

Ni la die "si hitam"...komitment yang gila yang aku sanggup ambil untuk fasa 2....

harap2 betul la tindakan aku ni...
hehehe.

Until next entry...

Thursday, August 13, 2009

PTPTN Secara Ujrah ( dari 3% caj ke 1% ujrah)

Assalamualaikum....

Mukkadimah;

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(Al-Baqarah-2:286)

-Credits untuk terjemahan diatas~ http://mtqpp-linuxmaster.blog.friendster.com/2007/03/hutang-wajib-dibayar/

Tentu semua orang pernah belajar di institusi pengajian tinggi tahu pasal PTPTN?

Caj perkhimatan dijadikan dari 3% setahun kepada 1% ujrah(Upah)...bermula 1 Ogos 2009(bulan ni)-kepada Peminjam yng dah tamat pengajian dan dah dapat surat

Apa-apa pon syabas saya ucapkan kepada PTPTN kerana sanggup mengambil tindakan ini untuk kepentingan semua.

(ni komen saya peribadi je, saya patuh je kalo dah macam tu arahan dari PTPTN)

saya sendiri dah ke pejabat PTPTN sebulan lepas(sebelum PTPTN pindah tempat baru)..bertanyakan hal ni..untuk peminjam seperti saya yang dah tamat pengajian..
pasal penukaran kontrak dari charge 3% ke 1% Ujrah.

jawapan yang saya terima seperti ini:
kontrak akan diposkan ke alamat tetap,tandatangan dan pos balik...kegagalan berbuat demikian..kontrak tetap 3% akan diteruskan..(kalo xsalah)

Persoalan yang timbul dalam otak saya:

1)kalo PTPTN pos, tapi xsampai(stuck di pos mane2),kite xleh tandatangan..kite ke yang salah?

kalo diorang pos(tapi xwat pon),tapi xsampai,kite xleh tandatangan..kite ke yang salah?

2)kalo PTPTN pos,sampai,kite tandatangan,pos balik,tapi xsampai..kite ke yang salah?

kalo diorang pos,sampai,kite tandatangan,pos balik,tapi xsampai(sampai sebenarnya tapi diorang kate xsampai)..kite ke yang salah?

3)kalo PTPTN pos(lambat), lambat sampai,(esok dah due date submittion),kite tandatangan,pos balik,sampai(walopon dah due date)..kite ke yang salah?

4)kalo PTPTN pos(awal), lambat sampai,(esok dah due date submittion),kite tandatangan,pos balik,sampai(walopon dah due date)..kite ke yang salah?

Ni persoalan dari segi teknikal nye je la..xsemestinya betul...bukan nak salahkan PTPTN..mungkin faktor lain pon mempengaruhi..

Bagi saya,kalo dapat surat kontrak baru tu,rela balik kampung ambik(alamat tetap kat kampung)..tandatangan dan hantar je terus ke pejabat PTPTN baru tu...

Kalau dilihat perlaksanaan nya...hampir sama je


sumber:UTUSAN MALAYSIA,SABTU,25 OKTOBER 2008,SISIPAN KHAS GEN-U,Kementerian Pengajian Tinggi

lebey kurang mcm ni la ringkasnye(kalo salah minta maaf)

1) 3% bergantung pada baki berkurang
2) 1% ujrah "flat rate"

Ujrah tu bergantung pada berapa tahun masa pembayaran,kalo nk kurangkan Ujrah tu,bayar balik banyak2 terus,dalam beberapa tahun.....;)

tapi sekurang-kurangnya ringan sket beban yang dirasa..

Dua link saya sertakan menyatakan hal ini:

http://www.zaharuddin.net/content/view/859/72/

http://www.ptptn.gov.my/docs/KENYATAAN%20AKHBAR-310709.pdf

Apa-apa pon sekali lagi, terima kasih kepada PTPTN...dengan xbanayk soal nye bagi pinjaman untuk aku belajar...kalo x....xtahu la macam mana..

sekadar untuk berkongsi pendapat,sebarang komen bersama amatla dialu-alukan...

Wallahua'lam