Wednesday, August 26, 2009

Taubat Seorang Hamba

Taubat Seorang Hamba
Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


P/S:
Sekadar Renungan di Ramadhan yang Mulia ini

Wallahua'lam

Monday, August 24, 2009

Puasa Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...sempat lagi untuk berada di bulan Ramadhan tahun ini..

semasa entry ini dibuat, sudah 4 Ramadhan.

Di sini saya kongsikan ayat-ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah mengenai Puasa untuk renungan semua(termasuk saya sendiri) semoga di bulan yang mulia ini,kita dapat sama2 mendekati Allah yang sememangnya sentiasa dekat dengan kita...Semoga Ramadhan ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya..Amin...

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 hinga 185, yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(183)

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu
yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.(184)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.(185)

Saya tidak mahu hurai apa-apa kerana ayat2 ini sememangnya jelas maksudnya.Tambahan pula ilmu di dada masih tidak cukup..

Wallahu'alam

Wednesday, August 19, 2009

Cinta Pertama

Cinta Pertama
Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

Monday, August 17, 2009

Wanita oh wanita...

Assalamualaikum..

Aku masih lagi xpaham makhluk Allah ni....satu spesis dengan kaum Adam cuma lain jantina...

Susah nak jangka...sebab bukan jam la kot...

Cuma bab emosi ni,aku minta maaf awal2...bukan aku sombong,bukan aku pentingkan diri,bukan aku xambik kisah...cuma aku xpaham...jadi tolong la jelaskan(please.......)..

Lelaki ni jenis manusia logik,kurang emosi..Wanita ni plk vise-versa..

sebab tu perlunya saling melengkapi, baru stabil...

Tuhan pon dah jelaskan:

"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui".
(Surah Yaasin 36 : 36)

sekali lagi aku minta maaf...

satu lagi, ni mungkin kelemahan aku sebagai manusia jugak la..kekadang ape yang aku TULIS tu, bukan la sama maksud nya bila aku SEBUT...susah jugak bahasa ni...intonasi bacaan kekadang tak selari dengan maksud....patut la orang kata sastera melayu ni susah...haiiii

Wallahua'lam

Saturday, August 15, 2009

Komitment

Assalamulaikum...
saje nak cerita sket pasal tajuk ni...
ape yang korang pikir bila bace je tajuk ni?
cinta?pakwe?makwe? atau bende lain..hehehe
bagi aku 3 bende tadi..belum lagi...belum sedia untuk "komitment" tu...hehehe
cerita pasal komitment aku sekarang...aku ade 2 yang biasa je...

1) family aku
2) aku sendiri

pelik bukan?..ape katan dengan komitment plk dua perkara ni...biar aku jelas kan..
untuk family, aku sebagai anak sulong kene la bertanggung jawab,ambik hal pasal semua yang perlu aku tahu..

untuk aku sendiri plk...
aku sedikit-sebanyak kene rancang hidup ni...beberapa fasa yang aku rancang...flow hidup aku...
memang xboleh lari dari ketentuan Allah SWT jugak tapi sebab kita diberi pilihan,jadi kita kenalah berusaha...

sekarang aku di fasa 2 dalam hidup aku...dan tengah prepare untuk ke fasa 3...
nak tahu pasal detail fasa-fasa yang aku rancangkan tu ape?..ha tu kene tanye aku sendiri secara peribadi..


cuma yang aku buat setakat ni..ada lima..

Untuk setiap fasa ada komitment yang perlu diberikan...dan dalam fasa 2 ni..aku dah ada satu..nk kene jaga "si hitam"...

kene bagi treatment,checkup,bawak jalan2, mandikan die, belai...

kekadang susah nk jaga "si hitam" tu..sebab area rumah sewa aku sekrang tu banyak budak2 kecik..kekadang kalo aku xsempat mandikan "si hitam" tu..mula la bebudak tu..gatal tangan nk sentuh die...


last week,sampai cedera " si hitam" tu...sumenye bukan sebab ape...aku biarkan die jauh sket dari halaman rumah sebab kene outstation ke Penang...maklumla..halaman rumah tu sempit..ape plk kate housemate aku kalo aku letak "si hitam" tu kat halaman lama2..sedangkan aku xde(outststion)..

bila balik tu...tersangat la kecewa aku tengok "si hitam" tu cedera..tapi nak buat macam mana..bende dah jadi..redha jela...

tapi Tuhan ni memang pemurah...housemate aku tu..ade seorng yang cakap boleh "ubat" die..tapi kene la pegi "klinik' khas die...lagi nasib baik sebab die staff kata "klinik" tu juga..

tengok la nanti macam-mana..Insyaallah..elok kot..


Ooo..yea lupa nak kenalkan "si hitam" tu..

ni die gambar nye...

Ni la die "si hitam"...komitment yang gila yang aku sanggup ambil untuk fasa 2....

harap2 betul la tindakan aku ni...
hehehe.

Until next entry...

Thursday, August 13, 2009

PTPTN Secara Ujrah ( dari 3% caj ke 1% ujrah)

Assalamualaikum....

Mukkadimah;

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(Al-Baqarah-2:286)

-Credits untuk terjemahan diatas~ http://mtqpp-linuxmaster.blog.friendster.com/2007/03/hutang-wajib-dibayar/

Tentu semua orang pernah belajar di institusi pengajian tinggi tahu pasal PTPTN?

Caj perkhimatan dijadikan dari 3% setahun kepada 1% ujrah(Upah)...bermula 1 Ogos 2009(bulan ni)-kepada Peminjam yng dah tamat pengajian dan dah dapat surat

Apa-apa pon syabas saya ucapkan kepada PTPTN kerana sanggup mengambil tindakan ini untuk kepentingan semua.

(ni komen saya peribadi je, saya patuh je kalo dah macam tu arahan dari PTPTN)

saya sendiri dah ke pejabat PTPTN sebulan lepas(sebelum PTPTN pindah tempat baru)..bertanyakan hal ni..untuk peminjam seperti saya yang dah tamat pengajian..
pasal penukaran kontrak dari charge 3% ke 1% Ujrah.

jawapan yang saya terima seperti ini:
kontrak akan diposkan ke alamat tetap,tandatangan dan pos balik...kegagalan berbuat demikian..kontrak tetap 3% akan diteruskan..(kalo xsalah)

Persoalan yang timbul dalam otak saya:

1)kalo PTPTN pos, tapi xsampai(stuck di pos mane2),kite xleh tandatangan..kite ke yang salah?

kalo diorang pos(tapi xwat pon),tapi xsampai,kite xleh tandatangan..kite ke yang salah?

2)kalo PTPTN pos,sampai,kite tandatangan,pos balik,tapi xsampai..kite ke yang salah?

kalo diorang pos,sampai,kite tandatangan,pos balik,tapi xsampai(sampai sebenarnya tapi diorang kate xsampai)..kite ke yang salah?

3)kalo PTPTN pos(lambat), lambat sampai,(esok dah due date submittion),kite tandatangan,pos balik,sampai(walopon dah due date)..kite ke yang salah?

4)kalo PTPTN pos(awal), lambat sampai,(esok dah due date submittion),kite tandatangan,pos balik,sampai(walopon dah due date)..kite ke yang salah?

Ni persoalan dari segi teknikal nye je la..xsemestinya betul...bukan nak salahkan PTPTN..mungkin faktor lain pon mempengaruhi..

Bagi saya,kalo dapat surat kontrak baru tu,rela balik kampung ambik(alamat tetap kat kampung)..tandatangan dan hantar je terus ke pejabat PTPTN baru tu...

Kalau dilihat perlaksanaan nya...hampir sama je


sumber:UTUSAN MALAYSIA,SABTU,25 OKTOBER 2008,SISIPAN KHAS GEN-U,Kementerian Pengajian Tinggi

lebey kurang mcm ni la ringkasnye(kalo salah minta maaf)

1) 3% bergantung pada baki berkurang
2) 1% ujrah "flat rate"

Ujrah tu bergantung pada berapa tahun masa pembayaran,kalo nk kurangkan Ujrah tu,bayar balik banyak2 terus,dalam beberapa tahun.....;)

tapi sekurang-kurangnya ringan sket beban yang dirasa..

Dua link saya sertakan menyatakan hal ini:

http://www.zaharuddin.net/content/view/859/72/

http://www.ptptn.gov.my/docs/KENYATAAN%20AKHBAR-310709.pdf

Apa-apa pon sekali lagi, terima kasih kepada PTPTN...dengan xbanayk soal nye bagi pinjaman untuk aku belajar...kalo x....xtahu la macam mana..

sekadar untuk berkongsi pendapat,sebarang komen bersama amatla dialu-alukan...

Wallahua'lam

Sunday, August 09, 2009

Menanti Di Barzakh

Assalamualaikum...

sekadar berkongsi sedikit nasyid yang aku dengar...berderau darah setiap kali dengar...tapi aku suka..sekurang-kurang nya kita sedar sikit hakikat diri kita siapa sebenarnya...

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Monday, August 03, 2009

Al-Fatihah(Terjemahannya) untuk Arwah Ayahanda

Al-Fatihah(Terjemahannya)

1. Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
4. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
6. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Amin...

1 Ogos 2009...sudah genab 4 tahun Ayahanda kembali ke Rahmatullah...namun kehilangan nya masih dirasakan..terutamanya Ummi aku...dan adik-adik aku...

aku walaupon steady je...tapi kehilangannya banyak mempengaruhi hidup aku sekarang....

Semoga Roh nya sentiasa dalam Rahmat-NYA..

Hakikat Hidup pasti akan diakhiri dengan mati..kembali kepada Maha Pencipta...

Yang masih hidup perlu menerima hakikat dan meneruskan kehidupan...tetapi yang hidup masih boleh menyampaikan kasih-sayang kepada yang telah pergi..

Sebuah hadith;

Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".


Oleh itu,sama-samalah kita berdoa(peringatan utk diri sendiri juga)..bagi para anak2 yang masih hidup...

Satu Minggu Bersama Keluarga ( penat jgk..)

Assalamualaikum...

3 minggu xupdate blog...
(sebab xde internet access dan speed yang cukup selesa untuk update blog)..

berkenaan tajuk diatas..seminggu bercuti...mula 11 julai sampai la 19 julai....
asal nye mintak 13,14,15 julai je..tapi melarat sampai seminggu..

jadi kenapa cuti yang memenatkan?

pertamanya aku cuti untuk attend majlis konvo adik aku di kuala terengganu...15 julai tu..so ambik awal sket...kot2 ade urusan lain....tapi memang Tuhan dah susun betul2 seminggu tu..sgt pack...

10 julai
tengah hari 10 julai, Ummi aku call bagitau adik aku dapat UDM, cost Dakwah untuk second intake( Alhamdulillah...)..tapi lapor diri 12 julai..kelam-kabut...

10 julai adalah hari jumaat, jadi apa2 urusan pon xleh wat di kelantan..sebab hujung minggu...
jadi Ummi aku call, suruh print sume borang2 untuk pendaftaran adik aku tu kat shah alam ni..sebab alang2 aku balik, bawa sekali..jadi sampai2 je pagi sabtu tu..terus wat ape yang patut..

aku bertolak pkl 7 malam, dengan membe matrik aku, Izuan, budak pasir puteh...yang aku ajak balik sama2..

pkl 7 pegi seksyen 2 dulu, pegi print sume borng2 tu...
then baru la gerak balik...

perjalanan agak ok la...tapi bila nk masuk Gua Musang tu...punye la lembap...rupe2 nye sebab nak pilihan raya kecil kat Manek Urai tu..lupa lak aku..follow je traffic slow tu...beberapa bas FRU kot..

sampai di pasir puteh pkl 4 pagi...tido sekejap kat umah member aku tu...pkl 8 pagi baru balik umah...penat siot drive sorng..membe aku xtau drive..huhu..

11 julai
sampai2 je..terus pas kan borng2 kat adik aku tu...borng medical checkup die la yng paling penting...time tu jugak adik dan Ummi terus ke klinik kat Ketereh(swasta la,kalo ari sabtu,yang kerajaan punye xleh pakai)...

aku boleh la rest kejap kat umah...

ramai jgk orng..dekat pkl 1 petang baru bleh siap...

pkl 3 petang,
mak aku ajak pegi cari duit,ambik duit la..bila nk jalan ni...kene la ade duit sket..
jadi drive la ke Nilam Puri,ATM rosak plak..pusing2 last2 sampai jugak pusat bandar Kota Bharu, cari duit tu..traffic jam la plk...tup..tup..pkl 6 petang jgk sampai umah balik..

Malam tu mak aku tunjuk perkara2 kene wat sepanjang aku ade kat umah sampai 15 hb tu…

12 Julai

Awal pagi lagi dah bangun tido..siap2 barang nk bawak…makanan la terutama nya..kalo makan kedai..parah jgk abis nanti…

Ajak mak cik sedara aku dan sepupu pompuan aku sekali..saje nk bawak jalan2…huhuhu

Tu kali pertama aku tengok sepupu aku yang tu dressing cmtu…muslimah abis nampak..

Baru aku perasan yang sepupu aku aku tu lawa jgk rupe2 nye…berdebar jugak jantung aku..huhuhu..tapi die 10 tahun lg tua dari aku..huhuhu..cun dan kiut die xilang la…huhuh( maklum la, keturunan kami ni kecik2,kering je, kalo berisi pon sket je..huhu)

Jadi pukul 10 pagi gerak…2 keta…satu aku yang drive(dalam kete aku,sepupu aku,mak cik aku dan 2 adik pompuan aku)..satu lg…adik aku bwk(die dan mak aku)..

Perjalanan agak ok..xjam sgt…cume adik aku je drive macam rebut..takut lambat..aku follow je..rileks…wat pe nak ribut…

Singgah kejap dalam pkl 11 di pantai Rhu Sepuluh,pantai tempat biase yng family aku singgah setiap kali nk ke kuala Terengganu…berhenti untuk makan..dan melegakan urat..huhu

Sampai di kuala Terengganu, UDM kampus KUSZA tu pkl 12 tgh ari…boleh tahan la panas nye..adik aku mendaftar(urus sendirila bukan budak kecik lagi..)….yang lain sume tunggu kat khemah ibubapa..UDM sedia khemah….

On the same time….

Di Maktab adik pompuan aku tu..ade motivasi untuk bebudak darjah 6 untuk bebudak dari kampng angkat maktab tu….

Keluarga angkat adik pompuan aku tu ade yang darjah 6, jadi family die ade sekali la..kebetulan plak…orang2 kampong angkat maktab tu nak wat reunion la(sempena musim buah ni,dorng bawak satu lori durian)…jadi ambik peluang untuk kenal family angkat adik pompuan aku ni…jadi tinggal la adik lelaki aku tu wat hal sendiri(daftar kursus,kolej kediaman dan what so ever la)..dan pergi ke maktab adik aku..

Kat situ…baham la buah2 yg di bawak tu..huhuhu…

Adik pompuan aku tu dah mintak cuti 1 ari(15 hb tu), nk attend konvo adik lelaki aku tu la(abang die jgk..huhu)…dan ari 16 hb tu (ari khamis) die xde kelas(lect ade hal lain)..so pegi pegi la ambik barang2 die…(Balik sekali la ke klate nanti..ape lg..!!!)

Ambik die kitorang gerak ke Pasar Payang…saje untuk kenalkan tempat tu pade makcik aku tu..huhu…beli makanan sket2..

Pastu kitorang singgah kejap kat Taman Tamadun Islam….nk kenal tempat tu sket..aku sendiri xpernah sampai lagi…tapi..masalah..kamera xbawak la plak…ye la..bende unplanned..

Tempat tu cantik…impress jgk rase..

Lepas 3 jam la rasanye..pegi balik ke UDM….

Bila sampai…adik aku dah siap sume urusan die…so ckp2 sket,solat kat masjid UDM tu..then balik..

Tapi xde la jgk balik terus, singgah jgk beli keropok..

Kitorang sampai umah dalam pkl 7 malam..antar makcik sedara aku dulu…then balik umah..lepas masak and makan malam..baru antar sepupu aku tu balik..huhu..

13 Julai

Aktiviti bermula seawall pkl 8 pagi….aku bersiap untuk teman mak aku pegi kursus haji perdana dan juga medical check up die(appointment ngan pakar die la)….

Pegi kursus haji tu sekejap je..ambik tande pergi je..sebab aku tengok pengisian die same je macam kursus haji 16 siri tu…cume decompile kan sekali…

Ummi aku buat appoiment die..aku plk cabut pegi Jabatan Imigresen…perbaru passport aku…actually xmati lagi pon..tapi last date x memenuhi criteria yang tabung haji mintak..so kene la wat baru….tapi bimbang jgk rase..sebab passport tu ade kenangan(g Jepun..huhu)…nasib baik bagi balik..dan xpotong bahagian g Jepun tu…

Lepas g imegresen, aku ke Tabung Haji, tukar kod pusat urusan..ntah macam mane, yang aku punye boleh tertukar jadi yang KL urus..patutnye same la ngan Ummi aku…dah daftar sekali pon..huhu..

Then aku mintak surat buat MC..sebab aku xdpt lagi…sedang kan Ummi aku dah selesai wat..

Aku mintak tarikh esok(14 julai)…tapi..tetiba je petang tu dalam pkl 2..baru la kedengaran…ESOK CUTI!!!!...kenape..?

Ha…ni la special nye rakyat Kelantan….Manek Urai nk pilihanraya..semua rakyat satu negeri dapat cuti..politik punye hal..hahahaha..(tp menyusahkan aku jgk sbnrnye..MC aku kene postpone la plk..aiyaak….)…

Then petang tu,ape lagi..kira macam holiday jgk la….terus tempat hotel kat Pantai Batu Buruk…esok vacation!!!..

14 Julai

Erm…

Awal2 pagi dah bangun 14 hb tu….pegi cari lauk pauk untuk masak dan bawak ke KT tu..pegi pasar pagi kat Ketereh

Beli buah,sayur,daging dan bla..bla…bla…banyak jgk la…..

Then balik tu masak..aku sekali pon turut masuk dapur..tapi jadi pembantu jela..huhuhu

Dalam pkl 10 pagi baru gerak…ajak juga kakak Ummi aku (mak cik sedara aku la..)..

Kt tgh2 jalan tu, berhentu kejap kat pantai Rhu 10…ummi aku beli ikan..

Dalam pkl 3 smpai sane..check-in hotel….pastu hujan plk petng tu…so kitorang just makan kat bilik hotel je la….

Petang tu….swimming hehe….sebab kat situ ade kolam renang…jadi bila hujan dah reda..ape lagi..terjun la…

Dalam pkl 6 petang….kuar jalan2 tengok Bandar KT…sambil cari barang2 nk wat BBQ..sebab dah beli ikan kat tgh jalan td…

Malam tu, just makan ape saje bekal yang masih berbaki..dan makan buah2 yg dibeli awal pagi td…

Sbnrnye budget malam tu yang nk wat BBQ…tp hujan la plk….kecewa lg..

Tp kitorang kuar…cari berus gigi utk Ummi aku…adik aku lupa nk pack..isk3..

Balik tu….tido la…ape lagi kan..

15 hb

Seawal pkl 5 pagi dah bangun…prepare sarapan dan kemas2 nk check-out…

Sesi konvo adik aku tu sebelah pagi…jadi takut kelam-kabut….bangun awal la…lagi pon..pantai batu buruk tu…10 km jugk dr U adik aku tu…kan kene traffic jam kan plk..susah..


alhamdulillah...sume ok je time konvo tu..siap semua sekali(yang pegi) boleh masuk dewan tgk acara tu.....


then lepas acara tu..biasa la...sesi bagi bunga dan bergambar....huish bleh tahan jgk nk bergambar....

panas giler ari tu....


part bagi bunga dan bergambar ni yang best...kali ni sume kasi chance kat adik aku nk posing macam mane pon ngan awek die....hehe...awek dr sekola lagi tu...siap satu fakulti satu U lg tu...(dah jodoh die la kot..huhu)...grade pon sekali....jumba bakal mak mertua jgk tu...kasi face to face ngan Ummi aku..(tp dah kenal lame dah pon)..


selesai sume...


lepas tu plan nk singgah mane2 time balik...tp last2 sampai umah..sebabnye...2,3 orng sakit perut...salah makan la ni..huhu...


dalam pkl 6 petang jgk la sampai umah..


aku antar msg je bos aku petang tu...tmabah cuti lagi 2 ari..penat la kalo nk drive ke KL plk malam tu..tambahan plk 16 hb tu nk wat MC utk haji..


16 hb


aku pegi buat MC utk haji tu...satu ari la jgk...


yang lain..ke sekolah la...Ummi aku pon same..keje...


17 hb


ari jumaat..so buat ape?

rehat la...tp x jgk..pegi ke pusat rawatan resdung...buang resdung aku dan adik pompuan aku..


18 hb


ari tu..wat kenduri buah durian sket(sanak-sedara dekat2 umah je)..sebab sume ade kat umah..wat tahlil utk arwah ayah..


19 hb


ahad..yang lain sume ke sekolah...aku ke kota Bharu...selasai kan hal2 ambik borang zakat adik aku....pindah duit..Celcom Centre...ambik adik dan balik umah...


dalam pkl 6 aku gerak plak ke KL...singgah ambik membe akau izuan aritu kat pasir puteh.....ngan die sekali cuti satu minggu...


cume on d way tu la penat sket...bapak membe aku tu kirim durian nk bagi kat kakak die kat Rawang tu..pening2..huhuhu..


so far..alhamdulillah..sampai jgk KL..pkl 5 pagi..bwk slow2..huhu..


pagi tu pkl 9, aku terus masuk opis..


Tamat..tu la citer seminggu aku...

huhuu