Friday, July 10, 2009

Renungan Di Pagi Jumaat 17 Rejab 1430 Hijrah

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Wallahua'lam

Thursday, July 09, 2009

Want A Date?

Ini adalah jawapan yang saya cuba dapatkan untuk persoalan yang saya timbulkan dalam post “Heart Broken..Clash?”

Jawapan-jawapan ini saya petik dari http://www.zaharuddin.net/content/view/101/99/ dan saya sesuaikan ikut persoalan yang saya timbulkan..untuk lebih jelas sila rujuk sendiri di blog utz zaharuddin;

1) Perhubungan yang macam mana diharuskan dalam Islam?

Berhubung dengan niat untuk mendirikan rumahtangga;
Si wanita diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali’ lain di majlis itu, wanita dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya :

“telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : “Adakah kamu telah melihatnya? : “Belum jawabnya” ; Nabi menjawab : “ Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)” ( Riwayat Muslim)

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : “ Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua”( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif ; Sohih menurut Albani )

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat).(Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

2) kaedah yang dibolehkan zaman sekarang dan macam mana?

Bertemu berdua-duaan di luar adalah dilarang, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

g. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


Soalan tambahan:

Pihak mana yang harus “start’ dulu?

Sebenar tiada masalah siapa yang start dulu;
wanita boleh meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda untuk membina “rumahtangga” bersama.
Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW.


Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk “ Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh” (Rujuk Kitab Nikah) ; ,

juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : “telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : “ Adakah dikau punyai hajat kepadaku? “ ; maka anak perempuan Anas menyampuk : “ Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya ” ; maka Anas menjawab : “ Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW” ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada cacatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)


P/S:Semua content ini adalah dari blog Utz Zaharruddin.


Sekadar berkongsi,


Wallahu’alam.

Kerja dan Pencen

Assalamualaikum w.b.t

title ni aku terbaca dalam Utusan online(9 julai 2009), dan aku amat-amat bersetuju jika betul2 dilaksanakan (jangan kaji tapi xwat).

Kementerian Sumber Manusia kaji beri pencen untuk swasta

09/07/2009 3:02am

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kementerian Sumber Manusia pada masa ini dalam peringkat kajian untuk memberi pencen kepada pekerja di sektor swasta.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, ia adalah salah satu usaha kerajaan dalam usaha menambahbaik kualiti kehidupan rakyat.

``Kementerian kini dalam kajian untuk memberikan pencen seperti yang di nikmati oleh pegawai sektor awam untuk mereka yang bekerja di sektor swasta,’’ katanya dalam rancangan Helo Malaysia oleh Bernama TV di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berharap sektor awam yang kini diberikan tumpuan dalam penambahbaikan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP)dapat menjadi `role-model’ untuk sektor swasta.

- Bernama-

pada pendapat aku sendiri..memang patut dilaksanakan dari dulu lagi;

pencen amat bagus sebenarnya bagi semua orang yang tamat tempoh perkhidmatan, dan kebaikan yang paling utama sekarang(ikut pendapat aku sekarang la) ialah ibubapa tidak akan menyusahkan anak-anak yang bekerja dalam hal kewangan selepas tidak lagi bekerja kerana pencen boleh dianggap wang sara hidup lepas bekerja.Malah mungkin boleh membantu anak2 mereka membina hidup mereka pula sekiranya perlu..

mengikut kata Ummi aku(kerja kerajaan la) cara pemberian pencen oleh sektor awam adalah dengan mengambil kembali wang caruman KWSP caruman majikan untuk dijadikan pencen.Caruman peribadi tidak akan diusik. Dengan cara ini, wang KWSP semua kakitangan kerajaan dapat dikumpulkan untuk dijadikan wang pencen(sapa pencen dulu,die dapat dulu,dan sapa kendian dapat kedian)..kaedah ini lebih stabil dan terjamin..

dan bagi aku untuk sektor swasta pon boleh dilakukan dengan cara ini..mungkin Kementerian Sumber Manusia boleh mewujudkan satu badan GLC baru yang akan menguruskan hal ini..dimana setiap syarikat swasta perlu mendaftar dan memasukkan nilai "share" mereka untuk perkara ini..atau pun bekerjasama sahaja dengan KWSP..mungkin ada yang KWSP dapat uruskan...seperti mana PTPTN dan KWSP sekarang..

sekadar berkongsi pendapat..

Wallahua'lam..



Wednesday, July 08, 2009

Inna Lillahi wa Inna ilaihi Raaji’uun

Takziah kepada Roslan(sahabat masa satu course di UiTM) atas pemergian ayahandanya (Yunus bin Husain) ke rahmatullah..

Semoga roh beliau dicucuri Rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang Beriman..Amin...

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian,seperti firman Allah s.w.t;

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; Maka apabila Telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya”
(Surah Al-A’raaf 34)

Mari la kita fikirkan sejenak..kematian sememangnya tidak boleh dielak...dan adakan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian....?

Oleh itu marilah sama2 kita perbaharui iman kita...sentiasa mengingati Allah..dan menyesali semua dosa kita..bertaubat..

Insan yang baru kembali ke rahmatullah sudah selamat..tinggallah kita yang masih hidup meneruskan perjalanan hidup kita di dunia sehingga tiba giliran kita kelak..

Syukur kepada Allah kerana kita masih diberi nafas pada hari ini, untuk beribadat kepada-Nya, sebagai bekalan di akhirat...sekurang-kurangnya ucapla "Terima kasih Allah" di dalam hati di saat ini..

Ibadat bukan hanya fokus kepada solat, sembahyang,puasa dan seangkatan dengan nya...tetapi kita keluar mencari rezki yang halal juga satu ibadat..asalkan niat kita kerana Allah..

Kematian juga merupakan satu ujian bagi orng beriman( ahli keluarga yang masih hidup);

"Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua kembali"
(Al-Anbiya':35)


Selepas kematian ahli keluarga, semesti nya kehidupan keluarga akan berlainan, seorang isteri akan menjadi balu,seorang anak akan menjadi yatim,seorng adik akan kehilangan abang dan sebagainya..itulah Lumrah..dan ada yang akan mengambil alih tanggungjawab dan peranan menggantikan yang telah kembali kepada-Nya..mungkin ia agak berat awalnya, namun percayalah ia akan dipermudahkan Allah..

Redha lah dengan Qada' dan qadar Allah kerana setiap satu rencananya ada hikmahnya bagi orang yang tahu berfikir...

Bagi keluarga yang masih hidup, selalu la berdoa untuk rohnya kerana;

Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".

sekian,sedikit coretan..

"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita Kembali"

Wallahua'lam





Tuesday, July 07, 2009

Heart Broken..Clash??

Assalamualaikum w.b.t.

tentu tertanye-tanye kan nape aku tulis tajuk cmtu? aku ke?

bukan aku sebenarnya...aku tertarik untuk menulis sedikit mengenai tajuk ni...
sebabnye?

kebelakangan ni, ramai sangat dikalangan kawan2 aku (xkira la kenalan time sekolah rendah ke, menengah ke,matrix ke, UiTM ke)yang mengalami masalah ni..mungkin sebab perubahan cuaca yang tak menentu ni..ramai yang berfikir dengan xberapa waras@betul (kot).

Firman Allah,
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujuraat 49:13)

Tuhan dah jelaskan..diciptakan manusia itu lelaki dan perempuan,berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kita saling kenal-mengenali..jadi di sini tidaklah salah perkenalan antara lelaki dan juga perempuan betul x? tetapi perlulah dengan batas-batasnya,

Firman Allah,

" Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan wanita yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. " (Surah An Nisa: 1 )

Hubungan antara lelaki dan perempuan banyak dalam sejarah hidup manusia,bermula dari Nabi Adam dan Hawa..Nabi Yusof dan Zulaikha..Nabi Muahammad dan Siti Khadijah...dan banyak lagi..

Hubungan antara lelaki dan perempuan ketika dilamun cinta amat mengasyikkan...
tapi hubungan yang macam mana yang diharuskan dalam islam?(persoalan ini saya belum ada jawapan yang jelas)

masa untuk kenal-mengenal hati budi pasangan yang dianggap akan dijadikan sebagai bakal isteri atau pun bakal suami ini biasa nya dianggap "bercouple" oleh orang2 zaman sekarang...

sebenarnya untuk mengenali hati budi pasangan dalam islam juga ada caranya..biasenya melibatkan orang tengah....ataupon mahramnya..cume orng sekarng lebih suka secara direct..melalui SMS,chatting ataupun "dating"...boleh ke sebenarnya?kaedah yang dibolehkan zaman sekarang, macam mana?(persoalan ini pon saya belum ada jawapan yang jelas)

Masalah akan timbul apabila berlakunya salah faham yang akhirnya dikatakan "clash"..
maka mula la hidup rasa xkeruan..benci yang meluat-luat(bagi yang terpisah kerana bergaduh)..menangis dalam diam(bagi yang ditinggalkan tanpa alasan)...dan macam-macam lagi la...

biasanya bila masa2 macam ni...kawan@sahabat rapat la yang jadi tempat mengadu(jarang sangat yang akan share dengan parent)..untuk mencari ketenangan....
hakikat sebenarnya, kita kena mengadu pada Allah..

Allah berfirman: "(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram"
(Ar-Ra'd 13:28)

Saya selitkan disini konsep Qada' dan Qadar (bagi yang masih belum mamahami)...
Manusia itu diberi pilihan(Qada') dan setiap pilihan ada ketentuannya(Qadar)..

Jika dikaitkan dengan hal ini...kita sebenarnya sedang membuat pilihan seseorang yang bakal menjadi pasangan kita seumur hidup...dan jika berlaku perpisahan anggaplah ia sebagai satu yang positif...iaitu ia bukan la pilihan yang baik disisi-Nya dan bukan pilihan yang betul bagi kita, dan Tuhan tentukan kita "clash' sebab mungkin buruk ketentuannya kelak..jangan anggap tuhan kejam plak(Astagfirllah hal azim)..

"Sesungguhnya Allah tidak sesekali menganiaya(seseorang) sekali pun sebesar zarah.Dan kalau lah( amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan,nescaya akan menggandakan dan akan memberi,dari sisi-Nya,pahala yang amat besar"
(surah An-Nisaa 4:40)

"Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia.Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya.Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Dialah yang Maha Pengampun lagi maha Penyayang"
(surah Yunus 107)

Anggapla juga ia memberi kita satu pengalaman yang akan mematangkan kita...sebab mungkin kita berkenalan dengan seseorang yang salah,baru la kita akan lebih menghargai seseorng yang betul untuk kita...kalo senang dapat,senang la pula hilangnya..betul x?

Firman Allah;

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ”
(al-Baqarah: 216)

Jodoh tu memang adalah ketentuannya,tetapi ingatlah kita juga yang membuat pilihan..

Firman Allah;

"Dan diantara tanda-tanda kekuasanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir "
(Surah Ar Rum : 21)

Dari ayat itu,setiap lelaki dan perempuan,Insyaallah ada pasangan nya...

Sebenarnya...perhubungan dan komunikasi antara lelaki dan perempuan dalam islam antara yang bukan mahram adalah untuk niat mendirikan rumah tangga...dan perkara2 yang tidak menjurus kepada maksiat...sebab itu pertemuan antara pasangan perlu ditemani mahram..bukan hanya berdua..sebab kalo x..yang ketiga mesti syaitan yang akan menghasut nafsu melakukan perkara tidak elok...

Satu perkara lagi...jangan terlalu meletakkan harapan 100% terhadap satu perhubungan itu...
sebab "couple" adalah satu hubungan yang sangat rapuh...sebab itu islam menggalakkan perkahwinan.

Akibat perpisahan itu, jangan la pula melakukan perkara yang menganiaya@ merugikan diri sendiri..

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya,:”Tatkala turun ayat yang berbunyi:”Mereka yang beriman dan tidak mencampur-baurkan iman mereka dengan aniaya, mereka akan beroleh ketenteraman dan akan dipimpin (Allah). Bertanya para sahabat Rasulullah s.a.w:”Siapakah di antara kami yang tidak aniaya terhadap dirinya sendiri? Maka diturunkan Allah ayat:”Sesungguhnya syirik (mempersekutukan Allah) adalah aniaya yang amat besar.)”
(HR Bukhori)

selagi masih hidup,pilihan dalam setiap perkara tetap ada..Allah akan tunjukkan jalannya..yang penting komunikasilah dengan-Nya..Apa2 pon masalah, kita kembalikan kepada Maha Pencipta,berkomunikasi dengan-Nya,
sebabnya;

"Dan bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi,dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan"
(Surah Ali'Imraan 3:109)

Jalan terbaik supaya seseorang yang kita harapkan menjadi pasangan hidup kita adalah memang jodoh kita ialah doa,sebab hakikatnya semua makhluk adalah milik Allah,jadi minta la dari Allah...

Disini saya masukkan balik post sebelum ini,"Doa Untuk Kekasih"..lagaknya macam jiwang tapi x menjadi masalah apabila kita mengadu dengan Allah:

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…

Maka jodohkanlah kami…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandangan ku…
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…
Amin… Amin… Amin…Ya rabbal ‘aalamiin…

Itula sedikit pengkongsian ilmu yang saya sendiri masih mencari( kalo salah,tolong betulkan)...
Jadi janganla disempitkan fikiran apabila berlaku perpisahan....jangan menganiaya diri sendiri

Wallahua'lam

Friday, July 03, 2009

Aku Adalah AKu

P/s::(sila baca dengan intonasi yang rileks,bukan "emo" ni..cuma nak menjelaskan)

bukan sesiapa tapi aku....

entry ini ditujukan buat semua yang mengenali aku...dan dah salah anggap tentang aku..
hakikatnya...tidak ada sesiapa yang lebih mengenali aku selain Tuhan dan aku sendiri sahaja...dan mungkin Ummi aku(90 %)

beza aku dulu dan sekarang.

DULU:
aku suka menyendiri..buat kerja sorng2...xpercaya orng...pendiam..xsuka bergaul dengan orng..
belajar pon sorng2...xmatang...xpandai nk bercakap dengan orng....xyakin..selalu je mengalah...
sanggup buat apa sahaja sampai orang pon suka ambil kesempatan atas kerajinan aku...xberani..xsuka ambil tahu hal orang...bercakap sorng2...suka tengok tv(ade kaitan ke?)..suka anime(sampai sekarang)...selalu suka bertanya soklan bodoh.."kenapa?"..lebih2 lagi2 dengan Tuhan(Astagfirlah hal azim....melampau kan?)

SEKARANG:
aku dah berubah la...dah tua pon...skrng aku xbape suka wat keje sorng2,xde improvement kecuali memang keje aku..kene bincang..

aku still xpandai bergaul dengan orng(aku masih mencuba)...jadi kalo sesiapa terasa dengan aku,aku minta maaf sebab baru sekarang aku yakin nak bergaul dengan orang...

sekarang ape bende yang aku nak,aku akan dapatkan(dengan ketentuan Tuhan jgk,dapat ke x)....

pasal bercakap dengan orang,mungkin sekarang baru aku mula banyak mulut, nak komunikasi ngan orang...sebab aku nak kenal orang la(lain orang lain cara)...

aku xkan mengalah,selagi ada harapan(huhuhu)..

aku sekarang masih rajin(ade orng kate la)..tapi rajin bertempat...xguna kalo rajin tapi asyik dipergunakan...

aku suka juga ambik tahu hal kawan2...sampai orang kate penyibuk pon ade..tujuannya bukan apa..aku nak kenal kawan2 aku..kalo aku terbuat salah (pasal hal2 sensitif) tolong bagitau aku..xterlintas pon nak wat cmtu, kan sebab aku dah bagitau,aku masih cuba untuk bergaul dengan orang...dan sekarang aku masih berusaha mencari kawan2 lama aku...dari sekolah rendah sampai la sekarang...sebab dah lama sangat aku keseorangan..

aku suka tolong orang..kawan2 terutamanya..xkisah la..dari segi apa...jadi pendengar yang baik pon boleh..sebab aku suka dengar masalah dan cerita orang, bincang penyelesaian....aku belajar dari pengalaman orng...boleh mematangkan cara berfikir..

tolong pon tolong jugak tapi tolong la jangan melampau2...dulu aku bolehkan je semua..tapi kalo dah kerap sangat..baru sekarang aku boleh cakap xboleh...hanya kalo sampai menjejaskan perharian aku dan komitment aku yang lain(bkn couple ek)..harap paham la maksud aku...bukan aku pentingkan diri sendiri...

aku sangat2 penyabar(adik aku pon kate cmni),aku boleh tahan dengan semua perangai orng(aku sentiasa anggap orang ni semua baik,sebab tu aku xkisah berkawan dengan sesiapa pon,selagi aku sendiri mengakui keburukan seseorng tu..tapi xbermakna aku ni sangat baik...paham?)dan budak2 terutamanya..merengek je keje,boleh je aku tahan..dan termasuklah kenalan aku yang suke merenget..

honestly, aku seorang yang agak sensitif,mudah terasa,tapi xbermakna aku ni emo ekk...hisshh...tolong la..bagi aku emo dengan sensitif ni lain(xtahu la orng lain cmne)...tp xsesuai sungguh..wekkk...sebab tu kena jelas dengan aku ape2 perkara...tapi jangan bimbang aku xsimpan dalam hati,dan aku pasti cr kepastian juga....dan paling penting,jangan buat aku tercabar...part ni aku xboleh (xtahu la kenapa)..aku akan buktikan..sebab xda manusia yang sempurna..xbermakna aku xbuat sesuatu kerana aku xboleh...cuma sebab xde keperluan utk itu dalam hidup aku, jadi buat apa aku buat?...

satu lg part janji...aku pegang janji aku..sebab tu aku xberani nak janji..tapi bila aku janji..memang aku janji..tapi kalo janji nk jumpe ke ape...masa kene jaga...aku xsuka bab menunggu orang ni...dikecualikan Ummi aku je..

sekarang fokus hidup aku,
selain keje aku,aku nak jaga Ummi (ibu tunggal)..tu janji aku..
tolong Ummi besarkan lagi 4 orang adik aku..
tanggujawab besar untuk aku..
sebab tu aku selalu balik..sebulan paling kurang sekali...
sebab Ummi aku xde tempat bergantung selain aku...(orang lain xpaham dan xkan paham)..
ape2 pon mesti bincang dengan aku...
jadi cuba bayangkan macam mana pemikiran aku????
kalo dah semua masalah Ummi aku,
pasal masalah keje die,pasal perangai adik2,pasal perangai sanak-saudara yang xpaham-paham,
pasal urusan tu..urusan ni,kewangan,harta pusaka(xde ape pon,sekakang kera je,tapi...) dan macam2 lagi..mesti berbincang dan aku yang mencadangkan penyelesaian...???xpon aku yang kene bercakap bagi pihak Ummi aku???ade sesiapa mampu???

dan pada masa yang sama, aku perlu usaha untuk capai impian aku jgk...
pada usia aku yang dah tua ni...ape yang orang seusia dengan aku nak,aku pon nak..
tapi banyak yang aku xleh buat...(enjoy, pegi bercuti ngan membe,travel,miliki tu..miliki nie..)..aku pon nak...but when it comes to family..you know...

satu lagi..aku ni bukan nya alim pon...cuma aku suka pasal2 agama..sebab banyak soklan2 bodoh aku.."kenapa?" tu terjawab...

Hakikat Qada'(pilihan) dan Qadar(ketentuan) yang baru aku paham dan kenapa adanya ayat ini dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
(Surah Ar-Ra’ad :11)

jadi manusia diberi pilihan dan ketentuan setiap pilihan itu ditetapkan...itulah maksud Allah..jangan la sesekali mengeluh setiap kali ditimpa musibah..memang ada hikmah nya..

Tuhan tidak akan menzalimi hambanya,musibah itu hanyalah satu petunjuk yang itu bukan satu pilihan yang terbaik disisi-Nya dan bukan yang terbaik untuk kita.Jadi mohon la kepadanya agar ditunjukkan,dipermudahkan,diilhamkan cara dan jalan yang sesuai dan terbaik untuk kita dalam semua perkara.

Dan apa pon yang aku hadapi dalam hidup ni:

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ”
(al-Baqarah: 216)

dan hakikat kenapa aku sekarang macamla alim sket:

Allah berfirman: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"
(Ath-Thalaaq 65:2-3)

Allah berfirman: "(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram"
(Ar-Ra'd 13:28)


dan aku minta maaf jugak kalo ade message yang aku hantar kepada beberapa orang member aku..(hadith atau ayat Al-Quran je..biasenye)...bukan aku nk poyo ke ape...sebab aku nk membantu dan berkongsi..dan kalo xsuka..bagitau...sebab:

Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian,
Kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh,
Yakni mereka-mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran,
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran..
(Surah Al-As)

apa2 pon..hidup aku..aku rancang...banyak fasa yang perlu dihadapi..dan doa

Allah berfirman: 'Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" (Mukmin 40:60)

Itu ketara janji Tuhan,

satu lagi sekarang aku suka buat lawak bodoh, gurau2 bodoh,cakap macam xserius..tapi kalo aku betul2 maksudkannya..aku akan cakap."serius ni"...jadi paham2 la..aku xkan bohong perkara yang serius..aku ada pendirian..

“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]

Jadi aku minta maaf semua...sesiapa yang terasa dengan entry ni..aku minta maaf..
sedangkan Nabi Muhammad pon memaafkan Umatnya...xkan kita manusia biasa yang bukan semulia Nabi pon susah sangat nak memaafkan??

Terima kasih ALLAH..kerana Mu aku masih berkesempatan hidup hari ini dan dipermudahkan segala urusan dan memberikan aku jawapan..
Terima kasih juga buat sahabat aku..Asyraf Dinie..kerana sudi berkongsi ilmu agama dan berbincang dengan aku..

bukan aku nak orang paham aku pon,sebab aku bukan sesiapa pon...cuma memperbetulkan percepsi orang...samada diterima atau tidak itu terpulang la pada individu...

Aku adalah aku..bukan sesiapa tapi aku...